advertising

Main @jiefeilau

Tuesday, 12 May 2015

Cerpen Harga Sebuah Lukisan

Sinopsis

Kamal Hijaz akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya. Dia seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan. Dua minggu sebelum berpindah, dia menyertai pertandingan melukis. Pada pagi hari pertandingan, Kamal Hijaz didatangi kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka bersarapan bersama-sama di taman mini sekolah. Maryati mengkhianati Kamal Hijaz dengan menukar kertas lukisannya.Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya juga memenangi hadiah pertama dalam pertandingan itu. Akhirnya, Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia meminta maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi Maryati sebuah lukisan.

Tema

Keluhuran hati dalam persahabatan. Keluhuran hati Kamal Hijaz terserlah apabila dia bersikap tenang dan memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya. Pada hari pertandingan, Maryati telah menukar kertas lukisan Kamal Hijaz ketika dia ke kantin untuk membersihkan bekas makanan.

Persoalan

        I.            Kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.
Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan dijadikan model dalam pertandingan melukis.

      II.            Keharmonian dalam kehidupan bersahabat.
Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan dengan berbual mesra.

    III.            Baik hati dalam kalangan murid sekolah.
Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.

    IV.            Kekuatan semangat menghadapi cabaran hidup.
Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat kertas lukisannya yang disabotaj, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya.

      V.            Keinsafan akibat kesilapan yang dilakukan.
Contoh : Maryati berasa bersalah dan menginsafi kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz dan seterusnya dia meminta maaf.

    VI.            Kemuliaan hati dalam memaafkan seseorang.
Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang mengkhianatinya dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Binaan plot

i. Permulaan
Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari ilham yang akan dilukiskan dalam pertandingan melukis yang akan disertainya. Pembaca diperkenalkan dengan watak Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan di sekolahnya.

ii. Perkembangan
Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan usik-mengusik tentang isu yang berkisar dengan pertandingan melukis yang akan disertai oleh mereka sebentar lagi. Sejurus kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka. Pada mulanya, Kamal Hijaz agak keberatan dan malu untuk menerima pelawaan Maryati, tetapi atas permintaan mereka untuk kali yang terakhir, Kamal Hijaz mengalah. Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas.

iii. Puncak
Pertandingan melukis bermula, Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya telah disabotaj sehingga sukar untuk diwarna. Dia terpaksa menukar kertas lukisan. Sekali -gus dia mengubah fikiran, lalu melukis gambaran Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Tatkala itu, fikirannya berkonflik, berfikir tentang kisah sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat. Pada perhimpunan mingguan di sekolah, dia diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua.

iv. Peleraian
Pada hari terakhir persekolahan, Kamal Hijaz diberi peluang memberikan ucapan perpisahan. Ucapannya amat menyentuh hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan kesal. Maryati menemui Kamal Hijaz untuk meminta maaf. Kamal Hijaz memaafkan Maryati dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Teknik Plot

i. Pemerian
Contoh: Penulis memerihalkan peristiwa ketika Kamal Hijaz yang dicemburui oleh kawan-kawannya kerana kebolehannya melukis.

ii. Monolog Dalaman
Contoh: Penulis menggambarkan Kamal Hijaz bermonolog dalaman semasa melukis gambaran pahlawan sedang bertikam di pertandingan melukis peringkat daerah.

iii. Dialog
Contoh: Teknik ini digunakan semasa Maryati meminta maaf kerana telah mengkianati Kamal Hijaz semasa pertandingan melukis.


Gaya Bahasa

i. Peribahasa. Contoh : Membulatkan hatinya
ii. Hiperbola. Contoh : Menusuk rongga hidung
iii. Pengaruh bahasa asing. Contoh : Penggunaan bahasa Inggeris - water colour
iv. Simile. Contoh : macam nenek kebayan
v. Kata ganda. Contoh : Kamal Hijaz merenung muka Maryati dan Norlela bergilir-gilir.

Watak Utama

v  Kamal Hijaz
        I.            Pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.
      II.            Berbakat dan berminat dalam lukisan dan sentiasa mendapat markah A dalam Mata Pelajaran Lukisan.
    III.            Pelajar yang berusaha dengan gigih. Dia tekun mencari ilham sebagai persediaan menyertai pertandingan melukis.
    IV.            Berjiwa mulia kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.
      V.            Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan meneruskan lukisannya yang kedua sehingga berjaya.
    VI.            Bersikap terbuka dan pemaaf. Dia memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya.

Watak Sampingan

v  Maryati
        I.            Rakan kepada Kamal Hijaz.
      II.            Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan Norela bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.
    III.            Berjiwa kecil. Dia sanggup menggunakan taktik kotor untuk mengalahkan Kamal Hijaz dalam pertandingan melukis.
    IV.            Mudah insaf dan menyesali kesilapannya. Dia berasa bersalah dan meminta maaf kepada Kamal Hijaz atas kesalahannya menukar kertas lukisan.

Latar Masa

        I.            Hari Isnin. Hari Perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.
Contoh: Pengetua menyampaikan amanatnya dan mengumumkan keputusan pertandingan yang diadakan.
      II.            Hari Sabtu. Hari cuti persekolahan.
Contoh : Pada hari pertandingan melukis di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.
    III.            Dua minggu.
Contoh : Tempoh antara hari pertandingan melukis dengan pengumuman keputusan pertandingan diumumkan.
    IV.            Tiga hari
Contoh : Tempoh Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan gambaran dua pahlawan sedang bertikam.

Latar Tempat

        I.            Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa. Tempat pertandingan melukis dijalankan.
 Contoh : Di Sekolah Menengah Kebangsaan itulah akan dilangsungkan pertandingan melukis itu.
      II.            Taman mini sekolah. Tempat Kamal Hijaz menunggu sebelum pertadingan dimulakan. 
Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar pada bangku simen terazo yang terletak berhampiran taman mini sekolah.
    III.            Kantin sekolah. Latar tempat yang digunakan watak untuk membersihkan bekas makanan. Contoh :“Kalau sudah begitu kata kamu, terpulanglah. Tapi, Norlela tentu boleh membantu kamu mencuci pinggan dan gelas di kantin,”

Latar Masyarakat

        I.            Golongan pendidik. Golongan yang berilmu dan bertanggungjawab mendidik anak-anak tempatan.
Contoh : Cikgu Salina yang memaklumkan kepada pelajar tentang pertandingan melukis peringkat daerah.
      II.            Golongan pelajar. Sekumpulan anak-anak yang menuntut ilmu secara formal di sekolah.
Contoh : Kamal Hijaz, Maryati dan Norlela merupakan contoh murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.
    III.            Golongan yang gigih berusaha.. Terdapat individu yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Contoh : Tiga hari Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan gambaran pahlawan sedang bertikam.
    IV.            Golongan yang sanggup mengkhianati orang lain. Terdapat individu yang sanggup mengkhianati kawan demi kepentingan sendiri, tidak terkecuali pelajar.
Contoh : Maryati sanggup menukar kertas lukisan Kamal Hijaz sebelum pertandingan bermula.

Nilai

        I.            Nilai persahabatan.
Contoh : Meskipun Maryati pernah mengkhianati Kamal Hijaz, mereka tetap bersahabat dan akan terus bertukat-tukar kertas soalan setelah mereka berpisah nanti.
      II.            Nilai ketabahan. 
Contoh : Ketabahan Kamal Hijaz sewaktu menghadapi masalah dengan kertas lukisannya. Dia tetap tabah dan gigih meneruskan lukisan keduanya.
    III.            Nilai kesabaran.
Contoh : Kesabaran Kamal Hijaz menerima pengakuan Maryati yang menukar kertas lukisannya sebelum pertandingan melukis.
    IV.            Nilai kegigihan.
Contoh : Kamal Hijaz membelek helaian buku lukisan, dan berlatih tiga hari melukis pemandangan di sawah padi dan pahlawan sedang bertikam.

Pengajaran

I.                    Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.
Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan dilukiskan dalam pertandingan melukis.
II.                  Kita hendaklah berbudi bahasa.
Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.
III.                Kita hendaklah bersemangat tinggi.
Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat daripada kertas lukisannya yang dikhianati, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya.
IV.                Kita hendaklah menginsafi dan mengakui kesilapaan sendiri.
Contoh : Maryati berasa bersalah dan insaf akan kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz dan seterusnya dia meminta maaf.
V.                  Kita hendaklah berhati mulia.
Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang telah mengkhianatinya dan menghadiahkan sebuah lukisan.


Anda mungkin meminati juga:

Monday, 11 May 2015

Drama Sebuah Perjuangan

SINOPSIS

 Babak 1

Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas agar menentang kompeni Inggeris kerana kawasan itu di bawah pemerintahan adik Tunku Sultan Hashim Jalilul Alam.

 Babak 2

Jahul melaporkan kepada Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar mendakwa beliau berkuasa di Sungai Padas. Hal ini membangkitkan kemarahan Pegawai Inggeris kerana  Sungai Padas telah pun dipajak oleh Tuanku Sultan Brunei kepada mereka. Pegawai Inggeris memberi hadiah kepada Jahul sebagai penghargaan atas maklumat yang diberikan. 

 Babak 3

Pangeran Syahbandar dan Awang mengesyaki ada tali barut yang menfitnah Pangeran Syahbandar kepada penduduk kampung. Mereka bertekad untuk bertindak terhadap penduduk kampung yang belot.

 Babak 4

Satu pertempuran berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan kumpulan pembelot. 

Babak 5

Jahul memberitahu Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar  telah menyerang dan menawan penduduk yang menyokong kompeni Inggeris. Pengawai Inggeris akan membuat bantahan kepada Sultan Brunei agar menghentikan kegiatan Pangeran Syahbandar yang menentang kompeni Inggeris.

Babak 6

Tunku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan penentangan. Pangeran Syahbandar kesal kerana Sultan termakan hasutan Inggeris. Beliau bertegas tetap meneruskan perjuangan. 

 Babak 7

Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis-polis kompeni Inggeris. Mereka berjaya menyerang, membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris.

Babak 8

Di pejabat, Pegawai Inggeris marah kerana tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pihaknya kerugian. Kedegilan Pangeran Syahbandar akan dibalas kerana pihak Inggeris telah mendapat kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas kota Manggalela iaitu kubu kuat Pangeran Syahbandar.

Babak 9

Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis kompeni. Pangeran Syahbandar mahu semua pengikutnya berwaspada walaupun pihak kompeni telah berundur.

Babak 10

Pegawai Inggeris mengetahui tentang kebijaksanaan Pangeran Syahbandar membina kubu untuk menahan serangan kompeni Inggeris tetapi pihaknya tidak akan berputus asa dan akan menyerang sekali lagi kubu tersebut. Kompeni  Inggeris juga mendapatkan bantuan polis Sikh dari Perak yang mempunyai senjata api yang lebih lengkap.

 Babak 11

Keadaan kelam kabut berlaku kerana tembakan meriam daripada polis kompeni yang menyerang kubu Pangeran Syahbandar sekali lagi. Awang berasa cemas kerana bilangan polis kompeni yang ramai dan dibantu oleh polis Sikh manakala pihaknya hanya mempunyai senjata lembing dan keris. Pangeran Syahbandar memberi kata-kata semangat agar berjuang habis-habisan.

Babak 12

Pertempuran berlarutan, Awang memberitahu Pangeran Syahbandar bahawa mereka tidak boleh bertahan kerana ramai pengikut telah terkorban. Pangeran Syahbandar menyatakan mereka tidak akan mengaku kalah. Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan Gabenor untuk berunding dan menghentikan peperangan. Akhirnya Pangeran Syahbandar 
bersetuju tetapi pengunduran mereka bukan bererti mereka tewas. Pangeran Syahbandar  dan pengikut-pengikutnya keluar dari kubu dan menyerah diri kepada kompeni Inggeris.

PEMIKIRAN / TEMA
Drama ini mengetengahkan pemikiran  perjuangan anak watan menentang penjajahan. Drama  ini menyorot kisah perjuangan Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris di Sungai Padas. Pangeran Syahbandar bertegas bahawa kawasan Sungai Padas merupakan hak milik Sultan Hashim Jalilul Alam yang mesti dipertahankan oleh penduduk watan. Pangeran Syahbandar sanggup menentang serangan kompeni Inggeris walaupun mereka bertempur  dalam keadaan serba kekurangan.


PERSOALAN

i.        Kepentingan mempertahankan hak kebebasan memerintah  di negara sendiri. 

Contoh: Pangeran Syahbandar bertegas agar kawasan Sungai Padas diuruskan oleh anak watan.


ii.        Pengkhianatan terhadap bangsa sendiri. 

Contoh: Jahul sanggup menjadi tali barut Pegawai Inggeris.


iii.        Kepentingan bekerjasama dalam mempertahankan tanah air. 

Contoh: Pangeran Syahbandar  dan orang kampung menentang Kompeni Inggeris  walaupun tidak mempunyai senjata  yang lengkap.


iv.        Kebijaksanaan dalam menghadapi musuh. 

Contoh: Pangeran Syahbandar dan pengikutnya telah membuat persediaan awal menentang kompeni Inggeris dengan membina kubu yang kuat.


PLOT

 Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas dan diakhiri dengan Pangeran Syahbandar bersetuju menyerah kalah apabila melihat anak buahnya terkorban.


Pembinaan plot

Empat peringkat garapan plot:

 i.       Permulaan

Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas. Beliau menyeru penduduk kampung menentang kompeni Inggeris

kerana daerah ini ialah kawasan mereka.



ii.          Perkembangan

Di pejabat Pegawai Inggeris, Jahul melaporkan berita tentang Pangeran Syahbandar yang memberitahu beliau berkuasa di Sungai Padas kerana itu tidak termasuk dalam kawasan pajakan Inggeris.Pertempuran berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan kumpulan  pembelot. Pangeran Syahbandar telah mengarahkan pengikut-pengikutnya memburu dan menangkap pembelot-pembelot.Pegawai Inggeris membuat bantahan kepada Sultan Brunei supaya menghentikan tindakan Pangeran Syahbandar menentang kompeni.Tuanku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan penentangan terhadap kompeni tetapi tidak diendahkan. Pertempuran dan tembak-menembak antara Pangeran Syahbandar dan polis-polis kompeni. Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya menyerang, membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris. Ramai polis kompeni dibunuh  dan senjata api dirampas.Tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pegawai Inggeris mendapatkan kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas Kota Manggalela iaitu kubu kuat Pangeran Syahbandar.

iii.         Klimaks

Keadaan kelam kabut berlaku apabila serangan sekali lagi dilakukan oleh kompeni Inggeris dengan bantuan polis Sikh. Bilangan polis kompeni lebih ramai jika dibandingkan dengan pengikut-pengikut Pangeran Syahbandar.  Awang berasa cemas  tetapi Pangeran Syahbandar memberi kata semangat supaya berjuang habis-habisan.

iv.        Peleraian 

Awang menyatakan bahawa mereka tidak dapat bertahan lagi kerana ramai orang mereka yang terkorban. Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan gabenor supaya berunding dan menghentikan peperangan. Pangeran Syahbandar bersetuju tetapi mereka bukan menyerah kalah. Semangat mereka tetap kekal untuk menentang penjajah. Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya keluar daripada kubu dan menyerah diri.

TEKNIK PENCERITAAN

1.            Teknik Pemerian

Contoh: Pengarang mengarapkan teknik pemerian dalam babak pertempuran antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan polis Kompeni.

 2. Teknik dialog

Contoh: Jahul:   (sedikit gugup) Betul tuan. Saya tidak salah dengar,tuan.

3. Teknik kejutan

Contoh: Kota Manggalela diserang secara tiba-tiba oleh pihak Inggeris dengan bantuan anggota polis Sikh dari Perak selepas Pangeran Syahbandar menyangka mereka telah berundur.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Pangeran Syahbandar

i.        Tokoh pejuang di Sungai Padas.

ii.        Pemimpin yang berani. 

Contoh: Pangeran Syahbandar tidak gentar menentang kumpulan kompeni Inggeris yang ramai.

iii.        Pemimpin yang tegas. 

Contoh: Pangeran Syahbandar bertegas meneruskan perjuangan menentang Inggeris walaupun Tuanku Sultan mahu mereka menghentikan penentangan terhadap Kompeni Inggeris.

iv.        Pemimpin yang rasional. 

Contoh: Pangeran Syahbandar sanggup berunding dan berdamai dengan Kompeni Inggeris setelah pengikut-pengikutnya semakin ramai terkorban.

v.        Pemimpin yang berkaliber. 

Contoh: Pangeran Syahbandar telah berjaya mengarahkan pengikut-pengikutnya menangkap pembelot.

vi.        Pemimpin yang bijak. 

Contoh: Pangeran Syahbandar telah membuat persediaan yang rapi dengan membina kubu sebagai pertahanan menentang musuh.

Watak Sampingan

Awang 

i.        Pembantu kepada Pangeran Syahbandar. 

Contoh: Awang sentiasa membantu Pangeran Syahbandar semasa menentang Kompeni Inggeris.

 ii.        Pemuda yang cinta akan tanah air. 

Contoh: Awang bersama-sama Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris yang ingin menguasai kawasan Sungai Padas.

 iii.        Berfikiran jauh. 

Contoh: Awang mencadangkan Pangeran Syahbandar supaya berunding dan menghentikan peperangan.


Jahul

i.        Tali barut Inggeris. 

Contoh: Jahul sentiasa melaporkan kegiatan Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya kepada Pegawai Inggeris.

 ii.        Pemuda yang mudah termakan pujukan. 

Contoh: Jahul bersetuju memberikan maklumat  apabila  Pegawai Inggeris memberi hadiah.


Pegawai Inggeris

i.        Wakil kompeni Inggeris di Sungai Padas.  

ii.        Bijak mengatur strategi. 

Contoh: Pegawai Inggeris pandai memujuk Jahul untuk mendapatkan maklumat dengan memberikan ganjaran kepada Jahul.


LATAR
Latar Masa

i.        Berlaku hampir 4 bulan

Contoh: Awang menyatakan pertempuran antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan Kompeni Inggeris sudah berlarutan hampir 4 bulan.

 ii.        Waktu malam. 

Contoh: Pertempuran berlaku antara pihak Kompeni Inggeris dengan pengikut Pengeran Syahbandar di Kota Manggalela.


iii.        Waktu pagi. 

Contoh: Jahul melaporkan berita Pangeran Syahbandar mendakwa dia berkuasa di kawasan Sungai Padas kepada Pegawai Inggeris.

Latar Tempat

i.        Di kawasan Sungai Padas. 

Contoh: Pangeran Syahbandar memberi ucapan kepada penduduk kampung bahawa Kompeni Inggeris tidak berhak melarang mereka mencari nafkah di bumi mereka sendiri.

ii.        Pejabat Pegawai Inggeris. 

Contoh: Perbualan antara Jahul dan Pegawai Inggeris tentang perkara yang berlaku di kawasan Sungai Padas


iii.        Kubu Kota Manggalela. 

Contoh: Kompeni Inggeris membedil kota Manggalela sebagai serangan balas.


Latar Masyarakat

i.        Masyarakat  kampung yang mudah dipengaruhi. 

Contoh: Terdapat penduduk kampung Kawasan Sungai Padas menyokong kompeni Inggeris dan menjadi pembelot

ii.        Masyarakat  yang mengkhianati bangsanya sendiri.

Contoh: Jahul memberi maklumat mengenai Pangeran Syahbandar kepada Kompeni Inggeris.

iii.        Masyarakat penjajah. 

Contoh: Kompeni Inggeris bertegas mahu menguasai  kawasan Sungai Padas. 


iv.        Masyarakat pemimpin yang bertimbang rasa. 

Contoh: Pangeran Syahbandar hanya akan mengutip cukai sekadar yang termampu oleh penduduk.


GAYA BAHASA


i.        Kata pinjaman(bahasa Inggeris)

Contoh: what, special for you, coming

ii.        Peribahasa

Contoh: Biar berputih tulang, jangan berputih mata, alang-alang mandi biar basah, kepala batu, biar kita mati berkalang tanah

iii.        Kata ganda

Contoh: tercunggap-cungap, saudara-saudara dan polis-polis

 iv.        Sinkof/sinkop Contoh: tu, tak kan, tapi


NILAI

i.           Nilai semangat cinta akan tanah air 

Contoh: Pangeran Syahbandar sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan kawasan Sungai Padas.

ii.          Nilai kesetiaan 

Contoh: Awang menyokong tindakan Pangeran Syahbandar demi mempertahankan tanah air daripada kekuasaan Kompeni Inggeris.

iii.         Nilai bersatu padu

Contoh: Pangeran Syahbandar, Awang, dan pengikut-pengikutnya bersatu padu dalam menentang Kompeni Inggeris sehingga ramai yang terkorban.

iv.        Nilai keberanian 

Contoh: Pangeran Syahbandar dan Awang sanggup mati demi menegakkan hak mereka. Mereka juga berani menyerang pihak Kompeni Inggeris walaupun tidak mempunyai kelengkapan senjata yang sesuai.

v.         Nilai rasional 

Contoh: Pangeran Syahbandar menerima pendapat Awang untuk berdamai dengan pihak Kompeni Inggeris agar tidak ramai yang menjadi korban.

PENGAJARAN

i.        Kita haruslah mempertahankan tanah air daripada sebarang bentuk penjajahan. 

Contoh:  Pangeran Syahbandar berjuang habis-habisan untuk mempertahankan kawasan Sungai Padas.

ii.        Kita hendaklah bersatu padu menentang penjajah. 

Contoh: Pengikut-pengikut kampung bersama-sama Pangeran Syahbandar dan Awang bersatu padu menentang Kompeni Inggeris.

iii.        Kita hendaklah berani menentang penjajah. 

Contoh:  Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya berani menentang Kompeni Inggeris.

iv.        Kita mestilah setia kepada ketua. 

Contoh: Pangeran Syahbandar sentiasa disokong oleh Awang dalam mempertahankan tanah air.



Anda mungkin meminati juga:

Sunday, 3 May 2015

Drama Cabaran

TEMA

 Perubahan sikap dan pemikiran generasi muda dalam mencapai kemajuan. Firdaus dan Yahya mempunyai gagasan fikiran untuk membela nasib masyarakat kampung. Antara perubahan yang cuba diketengahkan adalah dengan menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dengan harapan dapat membela masyarakat.


PERSOALAN
i.        Penentangan arus perubahan. Persoalan ini dapat dilihat daripada watak Zainal yang sentiasa tidak mahu mengikut arus perkembangan.

ii.    Kepentingan berpegang pada janji. Perkara ini dapat dilihat dalam watak Yang Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji semasa berkempen untuk pilihan raya.

iii.       Kepentingan kejujuran dalam memegang amanah. Hal ini dapat dilihat melalui sikap orang-orang yang menggelapkan keuntungan syarikat sehingga kilang padi terpaksa ditutup.

 iv.      Keperluan perubahan sikap dalam masyarakat. Perkara ini dapat dilihat dalam watak-watak seperti Yahya dan Firdaus yang mahukan perubahan dalam masyarakatnya. Contohnya Yahya telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat untuk membantu rakyat desa.


PLOT

Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.

Pembinaan plot

Empat peringkat garapan plot:

 i.        Permulaan

Perbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cabaran dalam kemajuan, ekonomi dan pelajaran. Kemunduran masyarakat adalah disebabkan sikap masyarakat yang suka membuang masa. 

ii.        Perkembangan

Perbualan antara Yahya dan Mariah  tentang sikap  anak-anak muda  mereka yang berbual kosong. Yahya  mencadangkan pengumpulan dana agar dapat menubuhkan yayasan untuk membantu anak-anak ke universiti. 

 iii.       Konflik

 Barisan Pembela Rakyat  Desa ditubuhkan dan telah mengutip wang bagi tabung pelajaran agar  dapat membela nasib rakyat desa. Mereka juga menyediakan kelas pemimpin dan berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama. Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak. Mereka seharusnya sanggup berubah ke arah kebaikan.Firdaus berpendapat bahawa hidup mestilah percaya kepada diri sendiri untuk maju serta berfikir dahulu sebelum membuat keputusan. Yahya menyindir sikap pemimpin yang mudah lupa akan orang bawahan. Yahya teringat kembali ucapan pemimpin yang berjanji untuk menolong orang bumiputera jika mereka menyokongnya. Zainal berpandangan negatif terhadap penglibatan masyarakat Melayu dalam bidang perniagaan.

iv.        Klimaks

Firdaus menegaskan masyarakat Melayu tidak boleh berlembut atau merendah diri lagi. Baginya adat resam yang tidak sesuai harus ditinggalkan sebaliknya  masyarakat harus mencipta generasi yang dinamis dan progresif.

 v.        Peleraian 

Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari kekuatan permuafakatan.


TEKNIK PENCERITAAN

i.        Imbas Kembali

Contoh: Yahya teringat ucapan Yang Berhormat Encik Osman semasa berkempen menjelang pilihan raya sedikit masa dahulu.

ii.        Dialog

Contoh: Firdaus : Salah kita juga Ani. Salah aku. Salah engkau.

             Hani      : Ani tak mengaku salah, Ani.

iii.        Monolog

Contoh: Yahya bercakap pada diri sendiri sambil menyindir Yang Berhormat mudah lupa akan jasa yang dilakukan oleh orang-orang bawahan.


WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Yahya

i.        Ketua Pemuda Parti dan suami Mariah.

ii.        Pemuda kampung bersemangat tinggi. 

Contoh: Yahya mahu masyarakat Melayu berani mengkritik diri sendiri demi mencapai kemajuan

iii.        Berpandangan jauh dan berpendirian tegas. 

Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca-punca kemunduran masyarakat Melayu.

 iv.        Gigih berusaha. 

Contoh: Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa.

Watak Sampingan

Firdaus

i.        Berfikiran positif. 

Contoh:  Firdaus yakin masyarakat Melayu sanggup bertungkus lumus.

ii.        Pemuda yang tetap pendirian. 

Contoh: Firdaus percaya masyarakat Melayu layak menjalankan perusahaan walaupun disanggah oleh Zainal.

iii.        Bijak berhujah. Contoh: Firdaus mematahkan setiap sindiran Zainal. 

Zainal

i.        Berfikiran negatif. 

Contoh: Zainal tidak yakin masyarakat Melayu boleh terlibat dalam bidang perusahaan.

ii.        Mementingkan diri sendiri. 

Contoh: Zainal menganggap setiap individu hanya perlu berusaha untuk diri sendiri.

Osman

i.        Ahli parlimen.

ii.        Pandai berkata-kata. Contoh: Osman dapat mempengaruhi pengundi sewaktu berkempen.

LATAR

Latar Masa

1.            Malam :

Contoh: Beberapa orang pemuda iaitu Yahya, Mariah, Firdaus, Hani. Zainal dan Husin berbual-bual tentang kemajuan masyarakat mereka di rumah Yahya.

2. Petang :

Contoh: Yahya, Zainal, Firdaus dan Husin berbual-bual tentang berita yang tersiar di dada akhbar tentang kerugian Syarikat Kilang Padi di balai raya

Latar Tempat

1.            Rumah Yahya

Contoh: Beberapa anak muda berbual-bual selepas makan malam mengenai pemikiran masyarakat yang tidak mahu menerima perubahan.

2. Rumah Firdaus

Contoh: Hani meluahkan rasa kecewa setelah melihat anak-anak muda menghabiskan masa dengan duduk di tepi jalan.


3. Balai raya

Contoh: Berlaku perbincangan hangat mengenai masyarakat kita perlu menerajui ekonomi kerana perusahaan adalah punca kemajuan sebuah negara.

 Contoh: Perbincangan mengenai masyarakat kita perlu sedar dan bergerak seiring dengan arus perubahan semasa.


Latar Masyarakat


i.       Masyarakat kampung yang tidak mahu berubah. 

Contoh: Yahya menyatakan bahawa penduduk kampung  hanya rajin menanam bunga, tetapi tidak mahu menanam sayur-sayuran.

ii.        Masyarakat yang mahukan perubahan. 

Contoh: Pemuda kampung seperti Yahya dan Firdaus mempunyai pandangan yang jauh untuk mengubah kehidupan penduduk desa.

iii.        Masyarakat yang mementingkan diri sendiri. 

Contoh: Zainal berfikiran sempit dan tidak mahu menerima perubahan

iv.        Masyarakat yang berusaha membela nasib bangsa sendiri. 

Contoh: Yahya dan penduduk kampung telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dan menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama.

v.        Masyarakat yang suka membazir masa. 

Contoh: Ramai pemuda kampung bertenggek di tepi tembok batu dengan membuang masa.  

vi.        Masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama. 

Contoh: Husin dan Firdaus mengaitkan agama dengan cara kehidupan masyarakat sekarang dan mencontohi cara kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W.



GAYA BAHASA

 i.        Peribahasa

Contoh: Hangat-hangat tahi ayam., cakap besar dan tahi tersangkut di gelegar.

 ii.        Kata ganda

Contoh: Tuan-tuan, puan-puan

 iii.        Kata Pinjaman

Contoh: Flasback, transistor


NILAI

 i.        Nilai permuafakatan

Contoh: Yahya dan rakan-rakan berjaya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa bagi membantu masyarakat Melayu kampung mereka.

ii.        Nilai ketegasan. 

Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca-punca kemunduran masyarakat Melayu.

iii.        Nilai kegiigihan. 

Contoh; Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan Barisan pembela Rakyat Desa.


PENGAJARAN

i.        Kita hendaklah menerima perubahan mengikut kesesuaian zaman. 

Contoh: Yahya ingin mengubah masyarakat yang tidak maju dalam bidang ekonomi kepada masyarakat yang pandai berniaga

 ii.        Kita mestilah menunaikan janji. 

Contoh: Yang Berhormat Encik Osman seorang pemimpin yang berjanji kepada masyarakat namun beliau hanya pandai berkata-kata.

iii.        Kita mestilah menjelaskan hutang apabila kita berhutang dengan seseorang. 

Contoh: Masyarakat suka berhutang di kedai runcit tetapi tidak mahu membayarnya.

iv.        Kita hendaklah memanfaatkan masa lapang. 

Contoh: Hani tidak suka melihat remaja kampungnya yang suka melepak.

 v.        Kita hendaklah bijak memilih. 

Contoh: Penduduk kampung lebih suka menanam bunga daripada menanam sayur.

vi.        Kita hendaklah berpandangan jauh. 

Contoh:  Firdaus matang dalam memberi pendapat tentang sikap masyarakat.