advertising

Main @jiefeilau

Saturday, 16 May 2015

Segala yang tercinta ada di sana

Sinopsis

 Cerpen ini mengisahkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya yang dibesarkan di kampung.  Rata-rata penduduk kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada semua sumber tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit kerana kos perubatan mahal.  Mereka diajar mengaji oleh Hajah Tom yang sering bermurah hati dan dan amat disayangi oleh mereka.  Mereka juga diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong.  Hubungan penulis dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Kematian kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis dan rakan-rakan. 

Tema

 Cerpen ini bertemakan tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu tradisional di kampung.  Masyarakat kampung banyak bergantung kepada tumbuh-tumbuhan semula jadi bagi menjalani kehidupan mereka termasuklah dalam perubatan tradisional dan sumber makanan harian bagi mereka.  Guru mengaji dan imam pula merupakan tempat rujukan bagi mendalami ilmu agama dan mengatasi sebarang masalah dalam kehidupan harian.  

Persoalan

i.        Kepentingan alam semula jadi dalam meneruskan kehidupan harian.

Contoh: Herba tumbuhan seperti daun melong, ubi jaga, asam jawa dan buah kundur digunakan untuk merawat pelbagai penyakit.  

ii.        Pendidikan agama dalam masyarakat.

Contoh: Bagi masyarakat Melayu tradisional, guru mengaji dan imam merupakan orang-orang penting bagi mendidik ahli-ahli dalam masyarakat

iii.        Ketaatan kepada guru.

Contoh: Masyarakat kampung tradisional terutamanya kanak-kanak amat taat kepada guru mengaji dan imam kampung.

iv.        Kemiskinan masyarakat di kampung

Contoh: Masyarakat kampung digambarkan sebagai masyarakat yang miskin.  Penulis dan rakan-rakannya digambarkan sebagai orang miskin yang sudah lali dengan kelaparan


Plot

i.        Permulaan

Penulis mengingati zaman kehidupannya dan rakan-rakannya semasa mereka membesar di kampung.

ii.        Perkembangan

Penulis menceritakan kepentingan tumbuh-tumbuhan untuk mengubat pelbagai penyakit bagi menggantikan ubat-ubatan moden yang lebih mahal dan tidak mampu dibayar oleh penduduk kampung. 

iii.        Puncak

Penulis dan rakan-rakan amat sedih kerana kematian Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong, kedua-dua orang yang paling disayangi dan dihormati oleh mereka.

iv.        Peleraian

Penulis menganggap Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong merupakan dua orang yang tidak akan dilupakan oleh mereka. 

Teknik Plot


i.        Imbas Kembali

Contoh: Penulis menggunakan teknik imbas kembali bagi menyampaikan ceritanya dari awal hingga akhir.  Peristiwa menggambarkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya semasa dibesarkan di kampung

ii.        Dialog

Contoh: Dialog antara Hajah Tom dan penulis semasa menasihatkan anak-anak muridnya supaya sentiasa tawakal, berserah dan berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa agar mendapat keberkatan ilmu

iii.        Pemerian

Contoh: Penulis menceritakan secara langsung tentang daun-daun yang dapat digunakan untuk mengubat pelbagai penyakit

iv.        Kejutan

Contoh:  Pembaca dikejutkan dengan berita kematian Hajah Tom secara tiba-tiba.  



Watak Utama 

Aku/kami

i.        Penulis dan rakan-rakan merupakan anak kampung yang miskin dan dibesarkan di kampung.

ii.        Rajin

Contoh:  Penulis dan rakan-rakan rajin membantu sebarang kerja yang diminta oleh Hajah Tom  dan Haji Salleh Pumpong.

iii.        Taat

Contoh: Penulis dan rakan-rakan bersedia untuk membuat apa-apa sahaja pekerjaan yang disuruh oleh Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.

Watak Sampingan

Hajah Tom

i.        Hajah Tom ialah guru Quran penulis dan rakan-rakan di kampung.

ii.        Beliau telah kematian suami pada usia yang masih muda.

iii.        Hajah Tom tinggal sendirian di kampung.

iv.        Beliau bertubuh kecil serta berkulit putih licin seperti langsat matang.

v.       Kuat agama. Contoh:  Hajah Tom sering menasihatkan penulis dan rakan-rakannya agar sentiasa mengingati Tuhan.

vi.        Baik hati. Contoh:Hajah Tom akan memasakkan mereka makanan seandainya dilihat murid-muridnya sangat letih kerana belum makan.

vii.        Pemurah. Contoh: Hajah Tom menjamu penulis dan rakan-rakannya selepas membantu Haji Salleh Pumpong membersihkan surau akibat musim air pasang.

viii.        Penyayang. Contoh:  Hajah Tom sentiasa mengalu-alukan kedatangan penulis dan rakan-rakannya kerana beliau tidak mempunyai anak.  Penulis dan rakan-rakannya  juga telah khatam al-Quran beberapa kali di rumah Hajah Tom.


Haji Salleh Pumpong

i.        Haji Salleh Pumpong ialah imam tua di kampung penulis.

ii.        Berpengetahuan luas. Contoh:  Aku menyatakan bahawa imam yang paling tahu segala perkara yang berkaitan dengan agama.

iii.        Pembersih. Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur.

iv.        Penyayang. Contoh: Penulis menganggap bahawa Haji Salleh Pumpong seorang yang penyayang.


Latar

Latar Masa

i.        Waktu subuh. Contoh: Penulis dan rakan-rakan berasa takut pada waktu subuh kerana ada anjing berkeliaran pada waktu itu.

ii.        Malam-malam pertengahan Ramadhan. Contoh: Hajah Tom menasihatkan penulis dan rakan-rakan agar mengamalkan surah al-Ikhlas dan bertawakal kerana tiada binatang buas yang akan mengganggu mereka jika mengamalkan surah tersebut

iii.        Pagi-pagi sebelum keluar rumah. Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menghafal surah yang telah diajar oleh Hajah Tom kepada mereka.

iv.        Sebelum habis bulan pertama persekolahan

Contoh: Dalam jangka masa tersebut, penulis dan rakan-rakannya telah menghafal segala bacaan dan doa yang diajarkan oleh Hajah Tom kepada mereka.

v.        Suatu hari kelam-kelam buta.Contoh: Haji Salleh Pumpong meminta penulis dan rakan-rakannya membersihkan surau.

vi.        Tiga bulan kemudian. Contoh: Hajah Tom meninggal dunia selepas tiga bulan menyuruh Haji Salleh Pumpong mengajarkan solat jenazah kepada penulis dan rakan-rakannya.

vii.        Awal Ramadhan. Contoh: Awal Ramadhan selepas kematian Hajah Tom, Imam Haji Salleh Pumpong pula meninggal dunia.


Latar Tempat

i.        Kampung. Contoh:  Tempat penulis dan rakan-rakannya dibesarkan.

ii.        Kepala jalan masuk ke kampung sebelum menempuh jalan besar

Contoh:  Tempat pertemuan penulis dan rakan-rakannya semasa dalam perjalanan ke rumah Hajah Tom.

iii.        Surau. Contoh:  Tempat orang-orang kampung sembahyang berjemaah dan penulis atau rakan-rakannya bergilir-gilir azan apabila disuruh oleh Haji Salleh Pumpong.  Penulis dan rakan-rakannya juga telah membersihkan surau kerana air pasang yang membawa selut dan lumpur mengotori surau tersebut. 

iv.        Gubir. Contoh: Tempat Sarjan Omar, suami Hajah Tom meninggal dunia ditembak oleh pengganas.



Latar Masyarakat

i.        Masyarakat kampung. 

Contoh: Masyarakat dalam cerita ini merupakan masyarakat kampung yang digambarkan bergantung kepada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan perubatan tradisional.

ii.        Masyarakat miskin.  

Contoh: Penduduk kampung menggunakan rawatan tradisional kerana tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di klinik.

iii.        Masyarakat yang taat kepada guru .

Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat dan menurut kata Hajah Tom sebagai guru Quran mereka.

iv.        Masyarakat yang prihatin. 

Contoh: Hajah Tom digambarkan sebagai seorang guru mengaji yang amat prihatin terhadap anak-anak muridnya.  Beliau sentiasa mengambil tahu hal-ehwal anak-anak muridnya sebelum mula mangajar mereka.

v.        Masyarakat yang mengutamakan kebersihan. 

Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu sangat daif keadaannya. 

vi.        Masyarakat yang mengenang jasa.

Contoh: Penulis dan rakan-rakannyanya tidak pernah melupakan jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang banyak mendidik mereka sejak kecil


Gaya Bahasa

i.        Kata Ganda

Contoh:tua-tua/dewa-dewa/doa-doa/subuh-subuh/malam-malam/pagi-pagi/sama-sama/cepat-cepat/tahun-tahun/compang-camping/satu-satu/berlubang-lubang/sisa-sisa/berebut-rebut/budak-budak/lama-kelamaan.

ii.        Simile. Contoh:  Peluang ketemu doktor pula umpama menghadap dewa-dewa.

iii.        Pengaruh Bahasa Asing. Contoh:  bahasa Arab - insya-Allah/Allah

iv.        Pengulangan kata. Contoh: Kalau dia kata jangan, maka segera kami jauhi; kalau katanya mesti, maka cepat-cepat kami patuhi. 


Nilai

i.        Nilai ketaatan

Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat kepada Hajah Tom dan mengikut semua arahan guru Quran tersebut.

ii.        Nilai keprihatinan. Contoh: Hajah Tom amat prihatin kepada anak-anak muridnya dan sentiasa bertanyakan hal-ehwal mereka sebelum mula mengajar Quran.

iii.        Nilai baik hati. Contoh: Hajah Tom akan memasakkan nasi untuk penulis dan rakan-rakannya sekiranya mereka belum makan.

iv.        Nilai mengenang jasa. Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah banyak berjasa kepada mereka.

v.        Nilai kasih sayang

Contoh: Penulis dan rakan-rakan menyayangi Hajah Tom yang amat prihatin dan mengambil berat hal-ehwal mereka sejak mereka kecil lagi sehinggalah beliau meninggal dunia.

vi.        Nilai kebersihan. Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur.


Pengajaran

i.        Kita hendaklah taat kepada guru yang mendidik kita.

Contoh:  Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menurut kata Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.

ii.        Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.

Contoh: Hajah Tom sentiasa prihatin dan mengambil tahu hal-ehwal penulis dan rakan-rakannya yang merupakan anak-anak kampung yang miskin.

iii.        Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama manusia.

Contoh:  Hajah Tom memasakkan nasi dan lauk bagi penulis dan rakan-rakannya apabila mengetahui mereka keletihan dan kelaparan.

iv.        Kita hendaklah mengenang jasa orang yang mendidik kita.

Contoh:  Penulis dan rakan-rakan sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah mendidik mereka sejak kecil lagi.

v.        Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain.

Contoh: Penulis dan rakan-rakan amat menyayangi Hajah Tom yang sentiasa baik hati kepada mereka.




Anda mungkin meminati juga:

Tuesday, 12 May 2015

Cerpen Mencari Nafas Baharu

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan Ana yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat, Hulu Pahang. Ana dan semua guru gigih berusaha menaikkan nama sekolah. Ana mula gelisah apabila anak murid kesayangannya Milah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut. Ana terus ke rumah Milah untuk menziarahinya. Dia mendapati Milah sakit dan dalam keadaan yang lemah. Ana membawa Milah ke hospital dan doktor mengesahkan Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL). Ana sedih kerana Milah meninggal dunia akibat penyakit tersebut sebelum sempat menerima sumsum tulang daripadanya. Peristiwa sedih itu menyebabkan Ana memohon ditukarkan kembali ke tempat kelahirannya.


Tema

Tema cerpen ini ialah pengorbanan seorang guru.


Persoalan

        I.            Kegigihan guru-guru untuk menaikkan prestasi sekolah.
Contoh: Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat bekerja keras menaikkan prestasi sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.

      II.            Pengorbanan guru terhadap murid.
Contoh: Ana sanggup berkorban dengan mendermakan sumsum tulang kepada Milah.

    III.            Kasih sayang guru terhadap murid.
Contoh: Ana menyayangi Milah seperti adik sendiri.

    IV.            Suka duka guru yang mengajar di pedalaman.
Contoh: Ana gembira mengajar di pedalaman Pahang namun dia amat sedih apabila anak murid kesayangannya meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulangnya.

      V.            Kepentingan perubatan moden.
Contoh: Ana membawa Milah ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah dia tidak sembuh dengan cara perubatan tradisional.



Binaan Plot


I.                    Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak Ana yang mengambil keputusan untuk bertukar sekolah selepas kematian Milah. Milah merupakan anak murid kesayangannya yang meninggal dunia kerana menghidap penyakit leukemia.

II.                  Perkembangan
Pada bahagian ini, Ana mengimbas kembali saat-saat dia dihantar bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat, Pahang dan perkenalannya dengan Milah. Ana menganggap Milah seperti adiknya sendiri.

III.                Puncak
Milah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Ana.

IV.                Peleraian
Ana reda dengan ketentuan Ilahi dan mengambil keputusan untuk bertukar ke tempat kelahirannya.


Teknik Plot


I.                    Pemerian
Contoh: Pada permulaan cerita, pengarang memerihalkan watak dan perwatakan Milah yang menarik hati Ana.

II.                  Dialog
Contoh: Perbualan antara Ana dengan emak Milah tentang ketidakhadiran Milah ke sekolah selama tiga hari.

III.                Imbas Kembali
Contoh: Ana teringat detik-detik yang begitu mendebarkan apabila dia ditugaskan untuk mengajar di Kampung Chat, Hulu Pahang.

IV.                Kejutan
Contoh: Doktor Izah mengesahkan bahawa Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL).



Watak Utama

v  Ana
I.                    Seorang guru lulusan universiti pendidikan tempatan.
II.                  Berkhidmat di Sekolah Kampung Chat, Hulu Pahang
III.                Gigih melaksanakan tugas.
Contoh: Setiap pagi Sabtu, Ana mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR.
IV.                Sanggup berkorban terhadap anak didiknya.
Contoh: Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulang kepada Milah yang menghidap penyakit leukemia.
V.                  Penyayang. Contoh: Ana menyayangi Milah dan menganggapnya seperti adiknya sendiri.
VI.                Prihatin.
Contoh: Ana pergi ke rumah Milah setelah mendapat tahu Milah sakit.



Watak Sampingan

v  Milah
        I.            Murid kepada Ana.
      II.            Pelajar tingkatan 1.
    III.            Anak sulung daripada enam orang adik-beradik.
    IV.            Ibunya berniaga secara kecil-kecilan manakala ayahnya sebagai penangkap ikan.
      V.            Seorang pelajar yang rajin dan aktif dalam sukan.
Contoh: setiap petang Milah ke sekolah menyertai aktiviti kokurikulum.
    VI.            Menghidap penyakit leukemia.
  VII.            Menerima rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya.
VIII.            Meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang daripada Ana.

Latar Masa

        I.            Pagi Sabtu
Contoh: Ana seperti biasa mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR.

      II.            Waktu petang
Contoh: Aktiviti kokurikulum diadakan pada waktu petang dan selepas itu Ana melawat Milah.

    III.            Hari Jumaat.
Contoh: Hari Jumaat merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh Ana untuk melawat Milah di Hospital Daerah Kuala Lipis.

    IV.            Tempoh tiga bulan.
Contoh: Dalam tempoh tiga bulan Ana telah bergaul mesra dengan masyarakat di Kampung Chat.



Latar Tempat

I.                    Kampung Chat, Hulu Pahang
Contoh: Kampung tempat Ana ditugaskan.

II.                  Sekolah Kebangsaan Kampung Chat
Contoh: Sekolah pertama tempat Ana mengajar.

III.                Kampung Lenjun
Contoh: Tempat tinggal keluarga Milah yang terletak kira-kira dua kilometer dari sekolah.

IV.                Hospital Daerah, Kuala Lipis
Contoh: Tempat Milah mendapat rawatan penyakitnya.


Latar Masyarakat


I.                    Masyarakat guru yang prihatin terhadap anak muridnya.
Contoh: Ana mengambil berat terhadap Milah yang tiga hari tidak hadir ke sekolah.

II.                  Masyarakat pendidik yang gigih berusaha dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Contoh: Ana gigih mengajar dan sering mengadakan kelas tambahan yang diikuti dengan tekun oleh murid-muridnya.

III.                Masyarakat kampung di pedalaman.
Contoh: Masyarakat kampung yang bekerja sebagai nelayan.

IV.                Masyarakat yang tabah menghadapi takdir Tuhan.
Contoh: Ayah Milah dan Ana tabah dan reda dengan ketentuan Ilahi bahawa Milah meninggal dunia akibat leukemia.

V.                  Masyarakat guru yang mencintai profesion keguruan.
Contoh: Ana berazam dan sanggup mencurah baktinya di sekolah yang jauh di pedalaman.


Gaya Bahasa


I.                    Personifikasi
Contoh: Tambahan pula, dengan keindahan hutan dara yang menghijau disulami nyanyian unggas dan percikan air jeram semasa menyusuri Sungai Kuah benar-benar menggamit Ana untuk kembali ke kampung itu suatu hari nanti sebagai tenaga pengajar.

II.                  Sinkope
Contoh: “Belum . Ayah Milah dah cari air penawar, tetapi tak kurang-kurang demamnya…..” keluh emak Maisarah.

III.                Kata Ganda
Contohnya: Kini segala-galanya hanya tinggal kenangan.
IV.                Simile
Contohnya: Tanpa suara manja Milah bagaikan lagu berirama.

V.                  Metafora
Contoh: hutan dara


Nilai


I.                     Nilai kasih sayang.
Contoh: Ana sangat menyayangi Milah dan menganggap Milah seperti adiknya sendiri.

II.                  Nilai pengorbanan.
Contohnya : Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah.

III.                Nilai kerajinan.
Contoh :Ana juga rajin membantu ibu Milah berniaga kedai runcit di kampung.

IV.                Nilai simpati.
Contoh : Ramai yang bersimpati apabila mengetahui bahwa Milah disahkan menghidap
penyakit leukemia.

V.                  Nilai kegigihan.
Contoh: Ana dan guru-guru yang lain gigih berusaha untuk menaikkan nama sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.

VI.                Nilai keprihatinan.
Contoh: Ana amat prihatin dan mengambil berat tentang penyakit leukemia yang dihidapi oleh Milah.


Pengajaran


I.                     Kita hendaklah mengasihi sesama insan .
Contoh : Ana mengasihi Milah seperti adiknya sendiri.

II.                  Kita hendaklah sanggup berkorban untuk kebaikan orang lain.
Contoh : Ana sanggup berkorban untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah.

III.                Kita hendaklah rajin membantu untuk meringankan beban orang lain.
Contoh: Ana rajin membantu ibu Milah berniaga di kedai runcit.

IV.                Kita hendaklah bersimpati dengan nasib malang yang menimpa orang lain.
Contoh : Ramai yang bersimpati apabila mengetahui bahawa Milah disahkan menghidap penyakit leukemia.


Anda mungkin meminati juga: