advertising

Main @jiefeilau

Thursday, 21 May 2015

Hikayat Patani

SINOPSIS

                Prosa tradisional ini mengisahkan asal-usul raja negeri Patani Dar al-Salam. Raja Kota Maligai bernama Phaya Tu Kerub Mahajana. Baginda  mempunyai seorang putera bernama Phaya Tu Antara.  Phaya Tu Antara menjadi raja selepas  kemangkatan ayahandanya dengan gelaran  Phaya Tu Naqpa. Baginda suka berburu dan meminta rakyatnya untuk menjejaki  rusa yang banyak di kawasan itu tetapi tidak berhasil. Phaya Tu Naqpa berasa hairan  dan menyuruh pengikutnya melepaskan anjing perburuannya. Setelah dua jam perburuan, anjing itu menyalak dengan kuat dan  mengejar  seekor pelanduk putih tetapi pelanduk tersebut dapat menghilangkan diri. Phaya Tu Naqpa  berangkat ke tepi pantai dan bertemu sepasang suami isteri yang tinggal di pantai itu bernama Encik Tani. Orang tua itu menyatakan  mereka rakyat Kota Maligai yang pernah mengiringi Paduka Nenda ke negeri Ayuthia, disebabkan mengidap penyakit mereka ditinggalkan di situ. Phaya Tu Naqpa berbincang dengan orang-orang besar untuk membuka negeri di tempat pelanduk putih ditemui dan diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani. Mereka juga membina sebuah pangkalan yang diberi nama Pintu Gajah, manakala tempat Encik Tani turun ke laut dinamakan Jambatan Kedi. Setelah beberapa lama memerintah, baginda dikurniakan  tiga cahaya mata bernama Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai dan  Mahacai Pailang.  

Beberapa lama selepas itu Phaya Tu Naqpa mengalami sakit kulit yang sukar diubati. Phaya Tu Naqpa menawarkan sesiapa yang boleh mengubati baginda, orang itu akan dijadikan menantu. Namun begitu, tiada sesiapapun yang dapat mengubati baginda, lalu pemukul canang telah pergi ke kampung orang Pasai. Syeikh Said telah bersetuju mengubati baginda dengan syarat Phaya Tu Naqpa  mesti memeluk agama Islam sekiranya baginda sembuh. Syeikh Said mengubati baginda selama tujuh hari dan baginda pun sembuh seperti sedia kala. Namun begitu raja telah mungkir janji.  Selepas dua tahun baginda mendapat sakit kembali dan meminta Syeikh Said mengubatinya semula. Syeikh Said bersetuju untuk mengubatinya dengan syarat raja tidak akan mungkir janji buat kali kedua. Apabila sembuh baginda masih tidak menunaikan janji sehingga baginda jatuh sakit buat kali ketiga. Syeikh Said bersetuju mengubati buat kali terakhir. Menurutnya, jika berulang lagi, beliau tidak akan mengubati lagi walaupun dihukum bunuh. Akhirnya, setelah sembuh baginda bersama-sama pengikut-pengikutnya memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam. 
Sebuah kapal Cina berlabuh di Patani Dar al- Salam. Sultan Ismail dihadiahkan sebuah peluru besar oleh nakhoda kapal dari negara China sedangkan negeri baginda tidak mempunyai meriam. Hal ini telah mengaibkan baginda, lalu baginda mengarahkan rakyat jelata agar tidak menjual tembaga kepada pedagang asing selama tiga tahun bagi membolehkan rakyatnya membuat meriam. Selepas tiga tahun Syeikh Gambak seorang pedagang Patani menyuruh anak muridnya, Abdul Mukmin menjual tembaga yang mereka kumpul kepada saudagar dari Melaka. Abdul Mukmin ditangkap semasa  membawa tembaga. Hal ini dikhabarkan kepada baginda sultan. Baginda murka lalu mengarahkan  Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh dan mayatnya dihanyutkan  ke sungai.  Peristiwa itu telah menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh. Hal ini mendorong Tuk Besar meminta keizinan raja bagi mengebumikan mayat tersebut. Semasa  upacara pengebumian dijalankan kedua-dua mayat itu memanjang. Oleh itu, kubur mereka dikenali sebagai kubur Tuk Panjang. 

Sultan mengarahkan seorang tukang berbangsa Rom membuat meriam. Namun begitu, setelah siap meriam tersebut tidak dapat digunakan kerana terlalu nipis. Akhirnya baginda menyuruh tukang tersebut agar membuat semula meriam tersebut. Hasilnya terciptalah tiga meriam diberi nama Seri Negeri, Tuk Buk dan Nang Liu-liu.

TEMA

Tema  prosa tradisional ini ialah peristiwa pembukaan Negeri Patani. 
Phaya Tu Naqpa berasa kagum akan pelanduk putih yang dikejar anjing tetapi pelanduk tersebut berjaya menghilangkan diri. Oleh itu, baginda berasakan bahawa tempat tersebut sangat sesuai untuk dijadikan negeri. Setelah itu raja juga bertemu dengan sepasang suami isteri dan setelah mengetahui asal-usulnya, lalu dibuka negeri baharu yang diberi nama Patani  Dar al-Salam sempena nama Encik Tani.



PERSOALAN

i.      Kerjasama dalam membina sebuah kerajaan.                                     
Contoh: Semua pengikut Phaya Tu Naqpa bekerjasamana dalam usaha membina sebuah kerajaan baru bernama Patani Dar al-Salam.

ii.     Keberanian dalam menegakkan kebenaran.                        
Contoh: Syeikh Said berani menuntut janjinya dengan Phaya Tu Naqpa agar  memeluk Islam kerana dia berjaya mengubati penyakit raja. Sekiranya baginda masih mungkir janji dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.

iii.    Kebolehan luar biasa dalam mengubati penyakit. 
Contoh: Syeikh Said mampu mengubati penyakit dengan kelebihan yang ada pada dirinya.

iv.    Menunaikan janji yang telah dibuat. 
Contoh: Phaya Tu Naqpa menunaikan janjinya dengan memeluk   agama Islam setelah sembuh daripada penyakitnya sebanyak tiga kali.

v.     Peristiwa pengislaman seorang pemerintah. 
Contoh: Phaya Tu Naqpa telah memeluk agama Islam dengan bimbingan Syeikh Said.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Phaya Tu Naqpa
Nama asalnya Phaya Tu Antara.
Nama sewaktu menjadi raja ialah Phaya Tu Naqpa.
Nama Islamnya ialah Sultan Ismail Syah  Zillullah Fil-Alam.
Seorang raja yang tidak berpegang pada janji. 
Contoh:  Phaya Tu Antara tidak memegang janjinya untuk memeluk agama Islam setelah diubati oleh Syeikh Said pada kali pertama.
Akur kepada janji setelah ditimpa musibah. 
Contoh: Phaya Tu Naqpa memeluk agama Islam setelah diserang penyakit buat kali ketiga.
Mempunyai tiga cahaya mata. 
Contoh: Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai, dan Mahacai Pailang.

Watak Sampingan

Syeikh Said
Berkebolehan mengubati penyakit. 
Contoh: Syeikh Said berkebolehan mengubati penyakit raja hingga sembuh.
Tegas pendirian dalam membuat sesuatu keputusan. 
Contoh: Syeikh Said bertegas tidak mahu mengubati raja sekiranya baginda tetap tidak mahu memeluk agama Islam setelah diubati kali ketiga.
Berani kerana benar. 
Contoh: Syeikh Said bertegas sekiranya raja tidak menunaikan janjinya, dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.
Mengislamkan Phaya Tu Naqpa. 
Contoh: Syeikh Said mengajarkan Phaya Tu Naqpa mengucap dua kalimah syahadah.

Kerub Picai  Paina
Anak sulung kepada Phaya Tu Naqpa ( Phaya Tu Antara )
Menggunakan gelaran Sultan Mudaffar Syah setelah memeluk agama Islam.

Tuanku Mahacai
Anak perempuan kepada Phaya Tu Naqpa
Anak kedua daripada tiga adik beradik
Menggunakan gelaran Raja Aisyah setelah peluk agama Islam

Mahacai Pailang
Anak bongsu kepada Phaya Tu Naqpa
Menggunakan gelaran Sultan Manzur  Syah setelah memeluk agama Islam.

Tuk Besar
Seorang yang bertanggungjawab. 
Contoh:Tuk Besar bertanggungjawab mengebumikan mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin.

LATAR

Latar Tempat
                                 i.            Jambatan Kedi    
Contoh: tempat Encik Tani turun ke laut

                                ii.            Pintu Gajah                          
Contoh: Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh.

                              iii.            Kampung orang Pasai 
Contoh: tempat tinggal Syeikh Said.

                              iv.            Balairung istana
Contoh: Tempat raja, menteri , hulubalang dan semua rakyat  menjalankan proses pengislaman.

                               v.            Sungai
Contoh: Tempat mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihanyutkan.

Latar Masa

                                 i.            Zaman pemerintahan  Phaya Tu Naqpa 
Contoh: Phaya Tu Naqpa menjadi raja di negeri Patani Dar al-Salam.

                                ii.            Malam 
Contoh: Abdul Mukmin menghantar tembaga ke kapal pedagang Melaka pada                 waktu malam untuk mengelakkan kegiatannya dikesan oleh pemerintah.

                              iii.            Bulan Ramadan.
Contoh: Abdul Samad membuat tiga pucuk meriam.

Latar Masyarakat

i.         Masyarakat feudal. 
Contoh: Negeri yang diketuai oleh raja iaitu Raja Phaya Tu Naqpa.

ii.        Masyarakat  yang taat setia kepada pemerintah.
Contoh: Rakyat memeluk agama Islam setelah pemerintah memeluk agama Islam                kerana mereka taat pada pemerintah.

iii.      Masyarakat yang menerima pengaruh agama Islam.
Contoh: Phaya Tu Naqpa, dan rakyatnya memeluk agama Islam setelah baginda                 sembuh daripada penyakit buat kali ketiga.



iv.      Masyarakat yang tidak berpegang teguh pada janji.
Contoh: Phaya  Tu Naqpa tidak menunaikan janji untuk memeluk Islam setelah dua           kali   penyakitnya disembuhkan oleh Syeikh Said.

GAYA BAHASA

                     i.                        Bahasa istana
Contoh: sultan, ayahanda, patik, hulubalang, titah dan bersemayam.

                    ii.                        Bahasa Arab
Conto : karar

                  iii.                        Kata ganda
Conto : gilang-gemilang, bersungguh-sungguh, dan siapa-siapa.

                  iv.                        Simile                                                                                                                     
      Contoh: besarnya seperti kambing

                   v.                        Hiperbola
                Contoh: Warna tubuhnya gilang-gemilang


NILAI

i.                     Nilai bekerjasama. 
Contoh: Rakyat jelata bekerjasama membina negeri baharu.

ii.                    Nilai keberanian.
                Contoh: Syeikh Said sangat berani menuntut raja menunaikan janjinya.

iii.                  Nilai berpendirian tegas.
                Contoh: Syeikh Said sangat tegas dalam membuat sesuatu keputusan.

iv.                  Nilai menepati janji.
                Contoh: Phaya Tu Naqpa akhirnya menepati janji setelah tiga kali ditimpa 
            musibah.
v.                   Nilai keinsafan.
                Contoh: Phaya Tu Naqpa insaf akan kesilapan dirinya tidak menepati janji. Akhirnya baginda insaf dan bersedia untuk memeluk agama Islam.


PENGAJARAN

                                 i.            Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. 
Contoh: Rakyat  jelata bekerjasama membina negeri baharu.

                                ii.            Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran. 
Contoh: Syeikh Said sangat berani kerana menuntut raja menunaikan janji yang telah dibuat.

                              iii.            Kita hendaklah tegas dalam membuat sesuatu keputusan. 
Contoh: Syeikh Said sangat tegas dengan keputusannya.

                              iv.            Kita hendaklah menepati janji. 
Contoh: Phaya Tu Naqpa telah menunaikan janjinya dengan memeluk agama Islam .

                               v.            Kita hendaklah insaf apabila menyedari diri telah melakukan kesilapan. 
Contoh: Phaya Tu Naqpa insaf setelah dua kali memungkiri  janji dan akhirnya baginda insaf dan memeluk Islam.

Wednesday, 20 May 2015

Syair berbuat jasa

Syair Berbuat Jasa KOMSAS Tingkatan 3


MAKSUD

Rangkap
Maksud
1
Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa tetap akan dikenang walaupun sudah tiada.
2
Penyair mengajak supaya berbuat jasa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan kerana setiap jasa yang dicurahkan akan menerima balasan di akhirat sana.
3
Penyair mengingatkan supaya kehidupan janganlah disia-siakan. Sebaliknya, berbuatlah jasa kerana jasa yang baik akan dikenang selama-lamanya.
4
Penyair menyeru agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
5
Penyair menegah supaya setiap jasa yang ditabur janganlah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan menyebabkan timbulnya perasaan tamak.
6
Penyair sekali lagi mengingatkan jangan mengharapkan balasan dan penghormatan memadai jasa yang dicurahkan boleh dimanfaatkan.
7
Penyair mengajak supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak diketahui orang kerana Tuhan lebih mengetahui.


TEMA

Kepentingan berbuat jasa.

PERSOALAN

i. Keikhlasan dalam pengorbanan. 

Contoh: Buatlah baik sedaya upaya, Hidup berbakti memberi cahaya; Sumbu pelita tidak sia-sia, Terbakar dirinya menerangi raya.

ii. Berhati-hati ketika menerima pujian.

Contoh: Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji; Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji.

iii. Persoalan budi yang baik akan berkekalan  selama-lamanya. Walaupun orang yang menabur jasa  sudah tiada lagi di dunia ini, namun jasanya tetap lagi dikenang.

Contoh: Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama; Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lama.

BENTUK

i. Mempunyai 7 rangkap. 

ii. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.

iii. Semua baris adalah maksud.

iv. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris. 

Contoh: buatlah jasa wahai teruna (4 perkataan – rangkap 1)

Contoh: jasa yang kekal berfaedah murni (5 perkataan – rangkap 2)

v. Terdiri daripada 9 hingga 12 suku kata sebaris.

Contoh: Tu/han/ ta/hu/ i/a/kah/ bu/kan/ (9 suku kata – rangkap 7)

Contoh: cu/kup/lah/ di/si/tu/ mu/la/i/ ter/gan/tung (12 suku kata – rangkap 6)

vi. Rima akhir aaaa.

vii. Bentuk syair terikat.

GAYA BAHASA

i. Asonansi – Pengulangan vokal a Contoh: buatlah jasa wahai teruna

ii. Aliterasi – Pengulangan konsonan b Contoh: buatlah bakti budi utama 

iii. Sinkope – Pemendekan kata  Contoh: Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan jasamupadat berdentung.

iv. Inversi – Pembalikan kata Contoh: hidup manusia jangan percuma  sepatutnya jangan percuma hidup manusia

v. Diksi – Penggunaan Bahasa Arab  Contoh: Tuhan Rabbani

vi. Perlambangan Contohnya: buahnya, sumbu pelita

vii. Kata Ganda –  Contoh: selama-lama, sia-sia, dikaji-kaji

viii. Repitisi – Pengulangan perkataan ’hidup’ sebanyak 4 kali.

NILAI

i. Nilai keikhlasan. Ikhlas dalam berbuat jasa tanpa mengharapkan balasan. 

ii. Nilai mengenang jasa. Budi yang baik akan dikenang. 

iii. Nilai rasional. Berfikir dahulu sebelum menerima sebarang pujian. 

PENGAJARAN

i. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya beroleh keberkatan.

ii. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita supaya hubungan yang terjalin akan berkekalan kelak.

iii. Kita perlulah menimbang baik dan buruk sesuatu sebelum mengambil sebarang tindakan.


Anda mungkin meminati juga:

Seorang Insan Istimewa

MAKSUD

Rangkap
Maksud

1
Penyajak menyatakan seseorang itu tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai seorang insan istimewa atau cacat. Namun siapalah dirinya untuk melawan takdir Tuhan. Segalanya telah ditakdirkan sejak azali lagi dan dia perlu meneruskan kehidupan seharian.
2
Seorang insan istimewa perlu reda dalam menanggung segala kepayahan walaupun dalam keadaan terpaksa. Walaupun ada orang yang bersimpati dengan nasib yang menimpa diri, namun segalanya tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan yang dialaminya.
3
Nasib insan istimewa dianggap sebagai anugerah dan ujian Tuhan kepada hamba-hambanya. Biarpun sukar, mereka tetap mempunyai peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.
4
Penyajak menyeru agar kita membantu dan membimbing insan istimewa dengan hati yang ikhlas kerana setiap kebaikan yang kita lakukan pasti mendapat keredaan Allah.


























TEMA

Dugaan hidup sebagai golongan kelainan upaya. Golongan istimewa 
telah menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

PERSOALAN


i.         Ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan. Walaupun dilahirkan 
sebagai insan istimewa mereka tabah menghadapi ujian Tuhan.
ii.        Tanggungjawab membantu sesama manusia. Sebagai insan 
sempurna kita bertanggungjawab membantu golongan kelainan upaya.
iii.      Bersyukur kepada Tuhan. Golongan kelainan upaya ini 
bersyukur walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa.
iv.      Keyakinan diri menghadapi dugaan Tuhan. Keyakinan diri
insan istimewa dapat mengatasi segala halangan dan dugaan.
v.       Sikap berdedikasi walaupun bergelar insan istimewa. 
Walaupun bergelar insan istimewa sikap dedikasi perlu ditonjolkan
oleh mereka dalam melaksanakan sesuatu perkara.

BENTUK
                                                                                                                                                    
i.            Sajak ini berbentuk bebas.
ii.           Mengandungi empat rangkap.
iii.         Baris-baris ayat dan rima akhir
·         Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabacd.
·         Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabcdc.
·         Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abbbacbb.
·         Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb.

GAYA BAHASA

i.         Repitisi 
Contoh  :  Seorang insan istimewa.
ii.        Anafora 
Contoh    :  sebuah.
iii.      Responsi.
Contoh  :  suatu.
iv.      Asonansi – pengulangan vokal ‘e
Contoh  :  meneruskan kehidupan.
v.       Aliterasi – pengulangan konsonan ‘b
Contoh  :  bantulah, bimbinglah.
vi.      Inversi 
Contoh  :  biar sukar mesti disempurnakan.

NILAI

i.         Nilai keredaan
Contoh: Reda menerima takdir diri yang cacat.

ii.        Nilai ketabahan
Contoh: Tabah menerima takdir diri yang cacat.

iii.      Nilai simpati
Contoh: Bersimpati kepada orang yang kurang upaya.

iv.      Nilai bantu-membantu
Contoh: Bersedia membantu orang yang kurang upaya.

v.       Nilai keikhlasan
Contoh: Membantu orang lain dengan hati yang ikhlas.

vi.      Nilai amanah
Contoh: Membantu golongan kurang upaya merupakan amanah Allah.

vii.    Nilai bertanggungjawab
Contoh: Semua insan yang sempurna bertanggungjawab 
menolong golongan kurang upaya.


PENGAJARAN

i.         Kita haruslah reda menerima takdir sekiranya dilahirkan atau ditakdirkan cacat.

ii.        Kita haruslah menerima takdir yang tersurat terhadap kita.

iii.      Kita perlulah bersedia membantu golongan kurang upaya pada bila-bila masa.

iv.      Kita haruslah ikhlas menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja.

v.       Kita bertanggungjawab membantu golongan kurang upaya seikhlas hati.


Anda mungkin meminati juga: