advertising

Main @jiefeilau

Sunday, 8 March 2015

Kepimpinan Melalui Teladan

SINOPSIS
 
            Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk  mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.   
            Patih Gajah  membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri  menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.
            Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka daripada kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini disebabkan Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk mengelakkan diri daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.
            Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari
            Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.  




PLOT 

Permulaan

Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk  mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.   

Perkembangan


 Patih Gajah  membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri  menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.

Perumitan

  Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka daripada kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini disebabkan Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.

Puncak/Klimaks

Laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula. Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari

Peleraian

 Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.  

TEMA

Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara.

Keberanian dan kegagahan Laksamana mempertahankan negeri Melaka daripada ancaman penjurit tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang menimbulkan hura hara.

PERSOALAN
 
  1. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.
  2. Persoalan pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
  3. Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
  4. Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
  5. Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk.

WATAK DAN PERWATAKAN
 
  1. Laksamana
    • Seorang yang berani
    • Seorang yang pemurah
    • Seorang yang bijaksana
    • Cinta akan keamanan negara
      • Taat setia kepada pemerintah
      • Pandai dalam ilmu kesaktian
      • Memiliki sifat kepahlawanan

  1. Kertala Sari
    • Anak kepada Petala Bumi
    • Berasal dari Majapahit
    • Seorang pencuri yang handal
    • Seorang yang tamak dan angkuh
    • Seorang pendendam
    • Pandai dalam ilmu kesaktian
    • Suka membuat huru hara
    • Taat kepada pemerintah

  1. Sultan Melaka
    • Seorang yang prihatin
    • Seorang pemimpin yang adil
    • Seorang yang mengenang budi

  1. Patih Gajah Mada
    • Berasal dari Majapahit
    • Seorang pendendam


LATAR
 
Latar Masyarakat
  1. Masyarakat feudal
      Contoh:  Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .

2. Masyarakat yang bertanggungjawab

      Contoh :    Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka.
3.   Masyarakat yang mengenang budi
Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas serta harta mereka ditemui.
4.Masyarakat yang taat pada pemerintah
              Contoh :  Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.

Latar Tempat
  1. Negeri Melaka     
Contoh: Kartala Sari membuat huru hara dengan mencuri harta sudagar dan orang-orang kaya di Melaka

2. Majapahit 
      Contoh: Patih  Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas kematian penjurit tujuh  bersaudara di Bukit Cina.

3. Di tengah pasar

     Contoh :  Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh Laksamana.

Latar Masa
  1. Malam
      Contoh: Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-orang kaya pada sebelah malam.

2. Siang
Contoh: Bendahara melaporkan kepada Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan habis segala harta-hartanya.  

GAYA BAHASA
 
  1. Bahasa istana
       Contoh:    sultan, patik, tuanku,

2. Bahasa pinjaman bahasa Jawa
       Contoh:      manira,kula,pakanira

3. Kata ganda
       Contoh: kaya-kaya, sekuasa-kuasa, menampar-nampar,tikam-menikam,radak-meradak

NILAI
 
  1. Nilai keberanian
       Contoh:Laksamana berani untuk menentang dan membunuh Kertala Sari.

2. Nilai tolong-menolong
Contoh: Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka.


3. Nilai kebijaksanaan
       Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari degan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.

4. Nilai pemurah
       Contoh: Laksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan 
       orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
       sedikitpun harta itu.

PENGAJARAN
 
  1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan terjamin.
  2. Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang.
  3. Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia.
  4. Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa dirahmati tuhan

Jika anda meminati komsas tingkatan 4, klik di sini

Friday, 6 March 2015

Novel Wira Persona Avatari - Gaya Bahasa

Diksi

Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian 

dengan jalan cerita yang berkaitan dengan kepintaran 

dalam bidang pengkomputeran serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Antara istilah komputer yang digunakan ialah CPU, kayu ria, papan litar, cip mikroelektrik dan ruang siber. 

Selain itu, terdapat penggunaan slanga seperti amoi cantik dan hei tambi.


Pembinaan Ayat

a)    Ayat pendek.

Contohnya:
  • “Masuk?”                                                                                   
  • Anas terdiam.                                                                          

b)    Ayat panjang.

Contohnya:
  • Di hujung talian kawalan avatar Shogun, di sebuah kafe siber di kawasan hiburan Tokyo, seorang gadis bernama Aya Morita mendengar jawapan Hang Tuah dengan teliti melalui skrin komputer multimedianya.
                                                                      
Simile
  • Mereka nampak pergerakannya seperti satu tarian yang lancar dan penuh seni, tetapi masih pasti amat berbisa. 
  • Kalau ikatan untuk bersama dalam satu pasukan itu kuat, maka ribut yang berlaku tak ubah seperti ribut dalam cawan.
  • ...seperti halilintar membelah bumi.
  • ...seperti semut merah menghurung lipas mati.                      


Hiperbola
  • mata yang tajam
  • berjalan di atas kepulan awan


Personifikasi

Adeen, Anas, Aina, dan Pauline diam kerana minda mereka masih menghadam apa yang baru disampaikan oleh Cikgu Nisah.
Petang semakin tua. 


Sinkope
  • “Papa ni... kalau kami menang papa pun tentu akan dapat pulangan berlipat ganda daripada pelaburan papa tu,” usik Pauline pula.
  • “Ala, Abang Anas ni. Aina bergurau sikit pun tak boleh.


Metafora
  • Memang ayah pelita hidup ibu. 


Peribahasa
  • Hendak seribu daya, tidak hendak seribu seribu dalih.
  • Nasi sudah menjadi bubur.
  • Kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga. 
  • Macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. 


Kata-kata hikmat atau falsafah 
  • Tiada guna api melawan api. Dia lebih suka menjadi air yang sejuk dan tenang.          
  • Jodoh, pertemuan, ajaldan maut di tangan Allah. Berpantang mati sebelum ajal. Selagi ada nyawa selagi itu ada saya.


Wednesday, 4 March 2015

Novel Wira Persona Avatari - Plot dan Teknik Plot

Binaan Plot


Permulaan

Aina mengajak abangnya, Anas untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Avatari
Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Mereka menubuhkan
Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat
rakan mereka, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani.

Perkembangan

Pasukan Zamrud II menjalani latihan sebagai persediaan untuk pertandingan. Berkat kegigihan dan kerjasama berpasukan, mereka berjaya melepasi halangan dan cabaran dalam pusingan pertama, pusingan kedua, dan pusingan ketiga. Anjali telah mensabotaj Pasukan Zamrud II dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari.

Puncak

Semasa Pasukan Zamrud II bersedia ke peringkat keempat, iaitu pusingan akhir pertandingan, Aina cedera ditembak di bahu oleh penjahat yang cuba mencuri baju-baju khas pertandingan Avatari di bilik persalinan. Aina dibawa ke hospital dan tempatnya digantikan oleh Zuriani.

Peleraian

Pasukan Zamrud II menjuarai menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dan memenangi hadiah sebanyak hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia. Aina yang masih dirawat di hospital mendapat berita gembira bahawa ayahnya, iaitu Profesor Muhammad Fitri dan kumpulan penyelidik yang hilang di Lautan Andaman telah dijumpai.

Teknik Plot

1. Dialog

Contoh: “Kenapa Abang Adeen lambat?” tanya Aina lagi.
“Maaf, terlepas komuter tadi,” jawab Adeen.

2. Suspens

Contoh: Pak Cik Tan bersembunyi di dalam bilik persalinan untuk mengetahui orang yang mencuri cip pemecut mesin Avatari.

3. Kejutan

Contoh: Ad
een ternampak dua orang lelaki yang mencurigakan di bilik persalinan.

4. Imbas kembali

Contoh: Anas teringat akan kata-kata ayahnya yang mahu Anas dan Aina menjadi juara pertandingan Avatari seperti yang pernah dicapai oleh ayahnya dan Pasukan Zamrud sepuluh tahun lalu.

5. Monolog

Novel Merenang Gelora - Plot dan Teknik Plot


Teknik Plot


Pemerian - Badri tidak mengendahkan usikan adiknya. Dia menyuap nasi lemak dan mengunyahnya perlahan-lahan.

Dialog - ” Kalau Badrul buat salah, abang jangan tangkap”, usik Badrul lagi.

Imbas kembali - Jamil menjelaskan kehilangannya dari sekolah kerana berpindah ke Sarawak ketika bertemu semula dengan Badri di resort Jamil.

Imbas Muka - Kumar mengandaikan sekiranya Meng Kong mengambil telefon bimbit dari kotak baharu ayahnya pasti akan mengesyaki sesuatu.

Saspens - Kehilangan Jamil di sekolah tidak dapat dijejaki oleh Badri.

Kejutan - Shahrul dan rakan-rakannya terkejut apabila Badri tiba-tiba muncul di pondok tempat mereka berbincang tentang jualan telefon bimbit.

Monolog dalaman- Shahrul mengucapkan terima kasih kepada Badrul dalam hatinya


Permulaan


Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatan pengawas sekolah. Turut diperkenalkan watak Badrul, adik kepada Badri yang cuba mengusik abangnya tentang jawatan yang baru disandang olehnya. Badri merasakan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya.


Perkembangan

  • Watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri diperkenalkan tetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup. Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu pertelagahan antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian.
  • Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabit dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin.
  • Siew Mei menceritakan aktiviti haram Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad prabayar kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam aktiviti tersebut.Hubungan Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan perkara tersebut daripada Badri.
  • Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh polis ketika Shahrul keluar dengan Nadira.
  • Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong menuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya. Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang di kedai dan di stor milik Encik Tan.
  • Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil merahsiakan keberadaan Jamil.

Klimaks
  • Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah telefon bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau turut memohon agar anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya lebih berdisiplin dan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran.
  • Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Meng Kong disuruh memohon maaf kepada pengetua atas kesalahan yang dilakukan.
  • Meng kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman 3 rotan setiap seorang.
  • Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg Meng Kong tujuannya supaya Meng Kong dibuang dari asrama.
  • Peristiwa mengejutkan apabila cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg Badri.
  • Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya tempang sebelah.

Peleraian
  • Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu juga dengan Kumar yang telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya.
  • Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala Sahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan.
  • Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik memperoleh 7A dalam peperiksaan SPM.
  • Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan menjadi doktor yang akan bekerja di Hospital besar Kuala Lumpur.
  • Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan dan berjaya membuka resort di terengganu manakala Shahru dan Kumar melanjutkan pelajaran di politeknik mengambil kursus kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka bengkel kereta.
  • Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira membuka sebuah butik dengan kelulusan diploma fesyen di UITM yang dimilikinya.
  • Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.
  • Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka.



Monday, 2 March 2015

Novel Sukar Membawa Tuah - Plot dan Teknik Plot

Permulaan

Adit, 10 tahun, anak lelaki Pak Katan, kanak-kanak orang Asli. Adit anak yang patuh kepada ibu bapa dengan membantu mereka untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga yang hidup miskin. Adit sudah menyiapkan tali sejak malam sebelumnya dan sanggup meredah hutan sendirian untuk melihat belat di sungai. Dalam usia semuda itu, Adit sangat cekap dan tangkas mengayuh sampan ke hilir. Adit juga mahir mencari damar di celah-celah daun kering. Adit juga sangat berpegang kepada janji kepada Tuk Batin Ahboi dengan tidak menjual ikan kepada orang lain. 

Pak Katan juga bijak merancang pekerjaan dengan mengasah parang hingga tajam sebelum turun ke hutan. Walaupun sudah berusia, Pak Katan masih bertenaga untuk kerja hutan. Pak Katan berjalan pantas hingga Adit tercungap-cungap mengekorinya. 

Mak Tawi pula ibu yang penyayang dan prihatin. Dia menegur perbuatan Adit yang tergesa-gesa minum kopi panas. Mak Tawi cekap menyediakan hidangan untuk seisi keluarga.

Perkembangan

Adit berbeza pendapat dengan pak Katan dari segi impian kehidupan. Adit menyatakan keinginannya untuk bersekolah seperti Akeh, rakan karibnya. Pak Katan pula seperti penduduk kampung orang Asli yang lain tidak menaruh impian besar, melainkan berterung hidup dalam persekitaran leluhur (turun-temurun) mereka di hutan yang terasing daripada dunia luar. Dalam diam, Pak Katan akur akan hasrat Adit, lalu ke pekan untuk menguruskan pendaftaran persekolahan Adit. Mak Tawi pula masih bersikap konservatif dan pesimis. 

Tijah, 13 tahun, anak Tuk Batin memberi sokongan penuh kepada Adit untuk menggapai cita-citanya. Dia sanggup mendengar luahan perasaan Adit dan menunggu sehingga Adit selesai mandi di sungai.

Konflik

Masalah timbul apabila Adit tidak mendapat tempat tinggal di asrama. Adit juga harus mula belajar dalam darjah satu, berbanding dengan Akeh yang sudah masuk darjah enam. Impian Adit seperti sudah berkecai.


Klimaks
Mujur Ah Tong, penyelia pembalakan sanggup menumpangkan Adit ke sekolah, sambil Pak Atan, pemandu lori balak sudi mengambil Adit pulang. Pada suatu hari, Adit tidak pulang-pulang ke rumah sedangkan, hari sudah merangkak malam. Gerak hati (sixth sense) Mak Tawi nyata tepat bahawa Adit terbabit dengan kemalangan hingga mengalami kecederaan parah. Gerakan mencari yang diselaraskan oleh Tuk Batin akhir menemui Adit mengerang kesakitan di sebelah mayat Ah Tong di dalam gaung. Adit dimasukkan di Unit Rawatan Rapi dan berada di hospital selama dua bulan sebelum disahkan pulih. Kaki Adit berubah tempang.



Peleraian


Adit murid yang pintar. Dalam tempoh yang singkat, Adit boleh membaca, menulis dan mengira dengan cekap. Dia mendapat tempat pertama dan dibenarkan melompat kelas. Akhirnya, Adit memperoleh 3A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Adit memilih untuk kekal di sekolah harian. Adit menjadi ikutan dan dorongan kepada kanak-kanak orang Asli di kampungnya untuk turut bersekolah...


~ Pemerian ~

Pengarang memerihalkan suasana di persekitaran desa terpencil di kaki Bukit Lokan.

~ Imbas Kembali ~ 

Adit teringat akan Akeh yang menceritakan pengalamannya selama tinggal di asrama.

~ Dialog ~

“Saya katan,” jawab Pak Katan.
"Ada apa kamu datang malam-malam ni?" tanya Tok Batin lagi.

~ Monolog ~

“Bersungguh-sungguh benar Adit hendak ke sekolah. Bagaimana lagi cara untuk membantu Adit itu. Aku buntu. Aku kasihan melihat Adit yang kecewa kerana tidak dapat belajar. Sebagai bapa, aku harus mencari jalan,” bisik hatinya sambil fikirannya melayang memikirkan cara menyelesaikan masalah itu.

~ Suspens ~

Adit tidak pulang-pulang dari sekolah meskipun hari telah malam.
Penemuan jip yang dinaiki oleh Adit dan Ah Tong yang terbalik di bawah gaung. Namun setelah jip itu diangkat, baik Adit mahupun Ah Tong tiada di dalam jip itu.

~ Kejutan ~

Ah Tong ditemui mati setelah jipnya terbabas ke dalam gaung.