Nilai
|
1.Nilai bertanggungjawab ada pada Pak Katan kerana selaku ketua keluarga beliau
menjalankan tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarganya.
2 Nilai kerajinan ada pada Adit kerana beliau tidak pernah sekali pun tidak hadir ke sekolah.
3 Nilai keberanian ditunjukkan oleh Adit yang langsung tidak merasa takut atau geli semasa
digigit oleh pacat.
4 Nilai kegigihan ada dalam diri Adit yang sanggup berulang alik dari rumah ke sekolah
walaupun terpaksa menaiki jip dan lori balak.
5.Mak Tawi menunjukkan nilai kasih sayang kepada Adit dengan menyediakan makanan setiap pagi sebelum dia pergi ke sekolah.
6.Ah Tong mengamalkan nilai baik hati kerana dia telah mempelawa Adit pergi ke sekolah
dengan menumpang jipnya pada setiap pagi dan menumpang lori balak yang dipandu
kawannya semasa pulang dari sekolah.
Pengajaran
|
1.Kita hendaklah bertanggungjawab menyara dan menjaga keselamatan keluarga .
2. Kita hendaklah berusaha mengubah keadaan hidup diri,keluarga dan masyarakat kepada
yang lebih baik.
3.Kita hendaklah tabah dalam menempuh pelbagai kesusahan.
4.Kita janganlah cepat berputus asa.
5.Kita hendaklah sanggup berkorban untuk masa depan yang selesa.
6.Kita hendaklah mengekalkan hidup bermuafakat dalam masyarakat majmuk.
7.Kita haruslah mementingkan pendidikan kepada anak-anak agar mereka berjaya.
8.Kita perlulah bersabar dalam menghadapi pelbagai pancaroba kehidupan.
9.Kita perlulah sentiasa menunjukkan perasaan kasih sayang dan mengambil berat antara satu sama lain.
10.Kita mestilah berfikiran terbuka sekiranya kita inginkan perubahan dalam hidup.
Anda mungkin meminati juga:
-Novel Sukar Membawa Tuah Gaya Bahasa
-Novel Sukar Membawa Tuah Sinopsis Ringkas
-Novel Sukar Membawa Tuah Gaya Bahasa
-Novel Sukar Membawa Tuah Sinopsis Ringkas
Student KoolAid
xx
No comments :
Post a Comment