advertising

Main @jiefeilau

Sunday 15 March 2015

Novel Merenang Gelora - Biodata Penulis

BIODATA PENULIS


Ruslan Ngah, 41, lelaki tinggi lampai berkulit sawo matang ini cukup sinonim dengan penulisan novel remaja dan kanak-kanak malah pembabitannya bermula sejak zaman persekolahan melalui penghasilan cerpen.
Sehingga kini, dia telah mengarang hampir 100 novel kanak-kanak dan remaja, cerpen selain bahan bacaan berkonsepkan humor.Antara judul yang masih diingatinya seperti Yang Tercinta, Di Hujung Senja, Merenang Gelora dan Gelora di Hati Arini.
Walaupun telah menceburi bidang itu sejak 25 tahun lalu, perasaannya kembali berbunga pada tahun 2000 untuk menghasilkan sebuah karya yang lebih serius dan mampu memberi kesan mendalam kepada masyarakat khususnya buat remaja yang masih bersekolah.
Justeru, novel Merenang Gelora terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) antara hasil istimewanya apabila ia merungkai situasi sebenar yang berlaku di sekolah khasnya di persekitaran sekolah menengah.Beliau  yang berasal dari Marang, Terengganu memberitahu, sekitar tahun 90-an, kepincangan pelajar jarang dihebohkan oleh pihak sekolah kerana bimbang nama baik sekolah terjejas walaupun keadaan itu benar-benar berlaku.Karya yang memenangi pertandingan novel remaja hadiah sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2001 itu juga memaparkan keadaan di mana tidak semestinya seseorang yang baik dan rajin belajar akan memperoleh kejayaan kerana banyak individu rajin masih gagal. Jadi, kegagalan itu menjadi pemangkin bagi seseorang terus berusaha.
Beliau mula menulis semasa zaman persekolahan pada tahun 1985 ketika di tingkatan empat. Pada tahun 1986 pula beliau mula menulis cerpen dan kemudian pada tahun 1988 beliau  menghasilkan novel pertama.
Ruslan yang kini bekerja di sebuah syarikat berkaitan pengiklanan dan pengurusan acara di ibu negara memberitahu, sepanjang bekerjasama dengan UP&D, mereka tidak pernah mengecewakan malah memintanya menghantar hasil karya terbaru untuk diterbitkan.



Anda mungkin meminati juga: 

No comments :

Post a Comment