advertising

Main @jiefeilau

Sunday 18 January 2015

Novel Wira Persona Avatari - Nilai dan Pengajaran

NILAI


1. Nilai bertanggungjawab

  • Anas berasa bertanggungjawab mengambil alih peranan sebagai orang lelaki di rumah selepas ayahnya hilang semasa menjalankan ekspedisi misteri di Laut Andaman.

2. Nilai kasih sayang

  • Anas sangat menyayangi adiknya, Aina.

3. Nilai keberanian

  • Anas membahayakan dirinya dalam usaha untuk memastikan kejayaan Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari.

4. Nilai kesabaran

  • Adeen sabar dengan karenah Kumar yang angkuh.

5. Nilai keinsafan

  • Kumar menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II.

6. Nilai kegigihan

  • Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.



Pengajaran

1. Kita hendaklah berani berjuang untuk mencapai matlamat

Contoh: Anas membahayakan dirinya untuk memastikan Pasukan Zamrud II menjuarai
Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

2. Kita perlulah mengetepikan kepentingan diri sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam pasukan

Contoh: Cikgu Nisah menasihati Pauline supaya mengubah sikapnya yang cemburu terhadap Anjali.

3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai matlamat

Contoh: Ahli kumpulan Pasukan Zamrud II gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

4. Kita haruslah sanggup berjuang untuk mempertahankan agama

Contoh: Anas sanggup menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad semasa peringkat akhir pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dengan dibantu oleh ahli Pasukan.

5. Kita tidak harus mengkhianati kepercayaan orang terhadap kita

Contoh: Anjali mensabotaj Pasukan Zamrud II sehingga pasukan itu hampir-hampir tewas dalam pertandingan Avatari.

6. Kita mesti bekerjasama dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menjamin
kejayaan sesuatu pasukan dalam pertandingan

No comments :

Post a Comment