advertising

Main @jiefeilau

Friday 16 January 2015

Novel Sukar Membawa Tuah - Tema dan Persoalan

Tema
Tema novel ini ialah tentang kegigihan remaja berketurunan Orang Asli yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarganya. Buktinya, Adit anak Pak Katan yang berusia 10 tahun dapat melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR, walaupun menghadapi kesukaran dalam kehidupan.  Walaupun dia ditawarkan untuk belajar di sekolah berasrama penuh, namun begitu, Adit enggan menerimanya kerana keadaan keluarganya yang susah.  Dalah hal ini, Adit berpendapat  bahawa sekolah tempat  tidak penting,  bagi Adit asalkan  seseorang itu berusaha pasti dia boleh berjaya.

Persoalan

Antara persoalan yang dikemukakan dalam novel Sukar Membawa Tuah ialah persoalan tentang pentingnya  kemajuan dalam pelajaran untuk mengubah nasib keluarga. Contohnya, Adit mempunyai semangat dan kesedaran untuk bersekolah kerana menyedari betapa pentingnya ilmu untuk mengubah kehidupan keluarganya yang miskin dan ketinggalan arus pembangunan.
Selain itu terdapat juga persoalan tentang kemiskinan masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman kerana mereka hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan. Misalnya, masyarakat Orang Asli di kaki Bukit Lokan yang hidup dalam kemiskinan dan kemunduran.  Rumah mereka dalam keadaan daif dan pada waktu malam rumah mereka hanya diterangi dengan pelita minyak.  Sumber air mereka ialah dari sungai.
Di samping itu, persoalan tentang sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat merentasi sempadan bangsa, agama dan budaya. Contohnya, Ah Tong yang berbangsa Cina menolong Adit dengan menumpangkan  Adit pergi  ke sekolah dan balik ke rumah setelah tamat masa persekolahan.
Akhir sekali, terdapat juga persoalan tentang semangat kekitaan dan bekerjasama dalam kalangan masyarakat. Tamsilnya, guru-guru di sekolah membantu Adit agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.  Apabila Adit terlibat dalam kemalangan pula, pekerja-pekerja balak bekerjasama dengan penduduk kampung Orang Asli mencari Adit.



xx

No comments :

Post a Comment