advertising

Main @jiefeilau

Sunday, 15 March 2015

Novel Kabus di Perbukitan - Tema dan Persoalan

TEMA:

Jati Diri Bangsa Melayu

Jati diri bangsa dan kekuatan pegangan agama menjadikan seorang wanita Melayu berupaya menghadapi cubaan hidup dengan tenang tanpa terkikis nilai wanita Melayu dan penganut agama yang setia. Kekuatan diri membentuknya menjadi wanita glokal yang masih sedar akan asal usul diri.
a) Faridah yang bermaustatin di Rosewood , New Zealand tidak pernah melupai tanah tumpah darahnya Malaysia walaupun sudah 25 tahun menetap di Rosewood.
b) Faridah masih menggemari masakan Melayu iaitu kari yang juga merupakan masakan kegemaran anaknya Anne.
c) Faridah masih mengekalkan panggilan namanya dengan nama Melayu iaitu Idah 
a) Faridah masih kuat berpegang pada agama Islam yang menjadi pegangan kuat bangsa Melayu.
· Faridah dan Soleh Johnsons menerapkan ajaran Islam kepada anak-anak mereka iaitu larangan meminum arak.
· Faridah dan Johnsons menghantar anak-anak mereka Anne dan Melina belajar di sekolah rendah Islam ketika berusia enam tahun di Christchurch yang terletak 30 km dari rumah mereka di Rosewood

PERSOALAN

a. Sayang akan bangsa dan tanah air
o Faridah amat menyayangi tempat asalnya , Sungai Besar , Selangor walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand.

b. Keretakan rumah tangga yang memisahkan kasih sayang anak-anak
o Perpisahan Salmah dengan Kamarudin menyebabkan perpisahan anak kembarnya Rahayu dan Faridah. Mereka tidak bertemu lebih dari 20 tahun


c. Kasih sayang antara ibu, ayah dan anak
i. Perasaan sayang Salmah tidak pernah pudar walaupun telah berpisah dengan Rahayu selama lebih 20 tahun
ii. Mejar (B) Kamarudin meredah hutan belantara mencari anaknya yang Faridah yang hilang di dalam hutan Cameron Highlands walaupun selama lebih 20 tahun dia tidak pernah pernah bersua denga Faridah setelah berpisah dengan Salmah (ibu Faridah )
iii. Hamidah amat menyayangi Rahayu walaupun Rahayu hanya anak tirinya yang dibela bagai anak sendiri sejak berusia 7 tahun.


d. Pelestarian alam semula jadi
· Soleh Johnsons mengusahaknan sebuah kawasan peranginan di Lojing,Cameron Highlands tanpa menebang pokok-pokok balak merbau dan tualang dan pokok-pokok balak yang lain demi mengekalkan ekosistem Cameron Highlands.


e. Kepentingan agama dalam kehidupan
i. Faridah masih kekal sebagai Muslim yang taat walaupun telah tinggal di Nez Zealand selama 25 tahun.
ii. Soleh Johnsons seorang Muslim yang kuat pegangan agama, anak-anaknya Anne dan Melina dihantar belajar di sebuah sekolah rendah agama yang jauhnya 30 km dari Rosewood semata-mata mahu anak-anaknya mendapat pendidikan Islam yang baik.


f. Pengamalan agama yang sederhana dan penuh unsur lemah lembut
i. Melina amat terpesona dan kagum dengan cara pengamalan Islam yang ditunjukkan oleh Ustaz Hassan Syukri (Imam Masjid Marang )dan Haji Awang (jirannya) penuh berhemah dan berlemah lembut
ii. Haji Awang tidak agresif apabila bercakap tentang agama Islam. Pendapatnya tidak terburu-buru berbanding Mohd. Attar rakan Benny (suami Melina ) yang sangat agresif iaitu menggunkan unsur keganasan yang menakutkan.


g. Ketaksuban agama yang keterlaluan/ masalah kumpulan militan Islam
· Mohd. Attar , rakan Benny memperjuangkan Islam secara agresif . Ditangkap ketika membawa bom di Singapura


h. Semangat kental untuk memajukan sektor pertanian
i. Azrul meneruskan usaha bapanya menjadi usahawan tani dan berjaya membina empayar perniagaannya sehingga mendapat penghargaan (bergelar Datuk ) kerana usaha gigihnya memajukan industri tani di Sungai Besar
ii. Zain , anak Azrul meneruskan pengajian di bidang pertanian di New Zealand untuk meneruskan legasi perniagaan tani ayahnya.
iii. Soleh Johnsons mengusahakan industri ternak kambing secara Islam di New Zealand dan usaha ini diteruskan pleh zain yang berkahwin dengan anaknya Anne.

a. Sikap optimis terhadap sektor agrikultur/pertanian
Azrul amat yakin akan keputusannya untuk memajukan sektor pertanian selepas tamat pengajian di UPM . 25 tahun kemudian dia bergelar Tokoh Peladang Jaya.

i. Perkahwinan campur pelbagai bangsa
i. Faridah berkahwin dengan Soleh Johnsons seorang bangsa Inggeris New Zealand
ii. Melina berkahwin dengan Benny berbangsa Arab
iii. Anne berkahwin dnegan Zain berbangsa Melayu


j. Amalan agama yang longgar dalam kehidupan masyarakat kini sehingga mudah dipergunakan oleh orang lain
· Benny seorang lelaki yang longgar pegangan agama walaupun seorang Muslim dia masih minum arak dan sering berfoya-foya, akhirnya tanpa sedar telah diperalatkan oleh Mohd. Attar seorang anggota militan Islam sehingga terpaksa melarikan diri dan meninggalkan Melina seorang diri di Marang.


a. Prejudis terhadap agama
· Kegiatan vandalisme berlaku di An Noor Islamic Centre,
· Media yang memberi gambaran negatif tentang Islam

b. Kepelbagaian budaya dan adat resam bersatu di bawah satu pegangan agama
· Benny seorang Arab, Melina dan Anne mengamalkan cara hidup Barat dan Timur
· Asraf penuntut Muslim dari Afrika.
· Orang Barat tidak suka mencampuri urusan peribadi orang lain seperti yang digambarkan oleh Zain tetapi Orang Melayu lebih terbuka apabila berbicara tentang keluarga/peribadi.
· Asraf berpendapat orang Afrika Muslim lebih berkongsi berbanding bahagian lain Afrika yang saling mencurigai.

c. Pemuliharaan khazanah negara
· Bukit Kutu diwartakan sebagai Hutan Rizab Hidupan Liar.
· Bangsa Maori di New Zealand dipelihara sebagai warisan unik New Zealand dan amat dihormati di New Zealand.


Anda mungkin meminati juga: 

Novel Kabus di Perbukitan









xx

Novel Merenang Gelora - Gaya Bahasa

GAYA BAHASA




Personifikasi

Contoh: Ombak memukul pantai

Peribahasa

Contoh: Macam pinang dibelah dua, Biar pecah di perut 

jangan pecah di mulut,

Menang jadi arang kalah jadi abu

Pengulangan kata

Contoh: Dia benar-benar bencikan kau. Dia merasakan kau 

sabagai batu penghalang kegiatannya. Dia juga menyatakan 

dalam hati kecilnya, sebenarnya dia mencemburui kau.

Kata ganda

Contoh: mandi-manda

Simpulan bahasa

Contoh: Buah mulut

Sinkope

Contoh: Kau, Nak

Simile

Contoh: Langkahnya terasa berat seperti sedang memikul 

beban yang amat besar ,

Antara kau dengan Shahrul macam burung gagak dengan 

kapal terbang


Hiperbola

Contoh: Seribu penyesalan bertakhta dalam sanubari Badri

Bahasa Asing (bahasa Inggeris)

Contoh: Romeo rupa-rupanya, Understanding daripada 

Novel Merenang Gelora - Biodata Penulis

BIODATA PENULIS


Ruslan Ngah, 41, lelaki tinggi lampai berkulit sawo matang ini cukup sinonim dengan penulisan novel remaja dan kanak-kanak malah pembabitannya bermula sejak zaman persekolahan melalui penghasilan cerpen.
Sehingga kini, dia telah mengarang hampir 100 novel kanak-kanak dan remaja, cerpen selain bahan bacaan berkonsepkan humor.Antara judul yang masih diingatinya seperti Yang Tercinta, Di Hujung Senja, Merenang Gelora dan Gelora di Hati Arini.
Walaupun telah menceburi bidang itu sejak 25 tahun lalu, perasaannya kembali berbunga pada tahun 2000 untuk menghasilkan sebuah karya yang lebih serius dan mampu memberi kesan mendalam kepada masyarakat khususnya buat remaja yang masih bersekolah.
Justeru, novel Merenang Gelora terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) antara hasil istimewanya apabila ia merungkai situasi sebenar yang berlaku di sekolah khasnya di persekitaran sekolah menengah.Beliau  yang berasal dari Marang, Terengganu memberitahu, sekitar tahun 90-an, kepincangan pelajar jarang dihebohkan oleh pihak sekolah kerana bimbang nama baik sekolah terjejas walaupun keadaan itu benar-benar berlaku.Karya yang memenangi pertandingan novel remaja hadiah sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2001 itu juga memaparkan keadaan di mana tidak semestinya seseorang yang baik dan rajin belajar akan memperoleh kejayaan kerana banyak individu rajin masih gagal. Jadi, kegagalan itu menjadi pemangkin bagi seseorang terus berusaha.
Beliau mula menulis semasa zaman persekolahan pada tahun 1985 ketika di tingkatan empat. Pada tahun 1986 pula beliau mula menulis cerpen dan kemudian pada tahun 1988 beliau  menghasilkan novel pertama.
Ruslan yang kini bekerja di sebuah syarikat berkaitan pengiklanan dan pengurusan acara di ibu negara memberitahu, sepanjang bekerjasama dengan UP&D, mereka tidak pernah mengecewakan malah memintanya menghantar hasil karya terbaru untuk diterbitkan.



Anda mungkin meminati juga: 

Novel Wira Persona Avatari - Gaya Bahasa

GAYA BAHASA

1. Peribahasa

- berpantang mati sebelum ajal (halaman 23)
- Nasi sudah menjadi bubur (halaman 19)
- siapa yang makan cili dia yang terasa pedas (halaman 33)

2. Simile

- Terasa seperti di dalam penjara (halaman 188)
- Pauline lebih marah seperti harimau betina yang sudah terluka (halaman 97) 

3. Sinkope

- "Kenapa Aina tak berani jawab?" 
- "Apa? Muthu, ketua samseng tu abang awak?"
- "Awak nak main mahjong?"

4. Paradoks

- Mereka menjadi seteru dan kawan yang baik ( halaman 34)

5. Penggunaan bahasa asing

- Check mate (halaman 45)
- ring master (halaman 103)
- chalet (halaman 100)


Anda mungkin meminati juga:



Novel Sukar Membawa Tuah - Gaya Bahasa

Gaya Bahasa


1.Simile

Contoh: 
- hutan bagi mereka ibarat taman permainan ; Desakan Adit seolah-olah menghentak kepalanya

2.Metafora

Contoh: 
- kepompong tradisi


3. Personifikasi 

Contoh: 
- deruan air sungai menerjah telinga, dimamah usia, pandangannya melewati arus sungai yang mengalir, hujan terus memuntahkan airnya

4.Sinkope

Contoh: 
- pak,mak kau,nak,tapi,la,tu,ni,kan

5.Peribahasa

Contoh : 

-kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

-kais pagi makan pagi,kais pagi makan pagi,kais petang makan petang




Sunday, 8 March 2015

Kepimpinan Melalui Teladan

SINOPSIS
 
            Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk  mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.   
            Patih Gajah  membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri  menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.
            Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka daripada kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini disebabkan Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk mengelakkan diri daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.
            Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari
            Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.  




PLOT 

Permulaan

Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk  mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.   

Perkembangan


 Patih Gajah  membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri  menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.

Perumitan

  Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka daripada kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini disebabkan Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.

Puncak/Klimaks

Laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula. Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari

Peleraian

 Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.  

TEMA

Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara.

Keberanian dan kegagahan Laksamana mempertahankan negeri Melaka daripada ancaman penjurit tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang menimbulkan hura hara.

PERSOALAN
 
  1. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.
  2. Persoalan pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
  3. Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
  4. Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
  5. Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk.

WATAK DAN PERWATAKAN
 
  1. Laksamana
    • Seorang yang berani
    • Seorang yang pemurah
    • Seorang yang bijaksana
    • Cinta akan keamanan negara
      • Taat setia kepada pemerintah
      • Pandai dalam ilmu kesaktian
      • Memiliki sifat kepahlawanan

  1. Kertala Sari
    • Anak kepada Petala Bumi
    • Berasal dari Majapahit
    • Seorang pencuri yang handal
    • Seorang yang tamak dan angkuh
    • Seorang pendendam
    • Pandai dalam ilmu kesaktian
    • Suka membuat huru hara
    • Taat kepada pemerintah

  1. Sultan Melaka
    • Seorang yang prihatin
    • Seorang pemimpin yang adil
    • Seorang yang mengenang budi

  1. Patih Gajah Mada
    • Berasal dari Majapahit
    • Seorang pendendam


LATAR
 
Latar Masyarakat
  1. Masyarakat feudal
      Contoh:  Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .

2. Masyarakat yang bertanggungjawab

      Contoh :    Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka.
3.   Masyarakat yang mengenang budi
Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas serta harta mereka ditemui.
4.Masyarakat yang taat pada pemerintah
              Contoh :  Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.

Latar Tempat
  1. Negeri Melaka     
Contoh: Kartala Sari membuat huru hara dengan mencuri harta sudagar dan orang-orang kaya di Melaka

2. Majapahit 
      Contoh: Patih  Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas kematian penjurit tujuh  bersaudara di Bukit Cina.

3. Di tengah pasar

     Contoh :  Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh Laksamana.

Latar Masa
  1. Malam
      Contoh: Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-orang kaya pada sebelah malam.

2. Siang
Contoh: Bendahara melaporkan kepada Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan habis segala harta-hartanya.  

GAYA BAHASA
 
  1. Bahasa istana
       Contoh:    sultan, patik, tuanku,

2. Bahasa pinjaman bahasa Jawa
       Contoh:      manira,kula,pakanira

3. Kata ganda
       Contoh: kaya-kaya, sekuasa-kuasa, menampar-nampar,tikam-menikam,radak-meradak

NILAI
 
  1. Nilai keberanian
       Contoh:Laksamana berani untuk menentang dan membunuh Kertala Sari.

2. Nilai tolong-menolong
Contoh: Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka.


3. Nilai kebijaksanaan
       Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari degan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.

4. Nilai pemurah
       Contoh: Laksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan 
       orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
       sedikitpun harta itu.

PENGAJARAN
 
  1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan terjamin.
  2. Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang.
  3. Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia.
  4. Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa dirahmati tuhan

Jika anda meminati komsas tingkatan 4, klik di sini