advertising

Main @jiefeilau

Sunday 15 March 2015

Novel Kabus di Perbukitan - Plot dan Teknik Plot

PLOT


Perkembangan plot dalam sesebuah novel berpunca daripada konflik yang berlaku antara watak-watak dalam cerita. Semakin rumit sesuatu konflik menyebabkan plot semakin berkembang. Konflik yang berlaku dalam novel Sutera Dalam Lukisan juga telah menyebabkan plot cerita ini berkembang dengan baik mengikut peringkatnya yang jelas.

Plot pada peringkat permulaan dalam  novel ini agak singkat. Pengarang telah memperkenalkan dua watak iaitu Rahayu dan Azrul. Melalui watak Rahayu pengarang telah memperkenalkan watak-watak lain dalam novel ini. Watak-watak yang diperkenalkan selepas itu mempunyai kaitan rapat dengan Rahayu. Pada peringkat ini pengarang memperkenalkan watak Rahayu dan Azrul sebagai seorang pelajar UPM. Mereka bersarapan dan kemudian pergi ke perpustakaan untuk mengulangkaji. Mereka juga berbincang tentang rancangan Azrul untuk menyertai kempen kesedaran terhadap kepentingan sungai di KLCC. Rahayu mahu ikut serta dalam kempen tersebut.

Plot segera beralih ke peringkat perkembangan apabila Rahayu tiba-tiba tergambarkan satu kemalangan. Kenderaan berpusing-pusing dan terjunam ke dalam gaung. Rahayu menjerit dan dia pengsan. Rahayu dibawa ke hospital dan disahkan menghidap penyakit kanser. Manakala di Bukit Fraser, kakak kembar Rahayu iaitu Faridah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan dari Bukit Fraser ka Raub. Van yang dipandunya berputar-putar akibat brek yang ditekan secara tiba-tiba. Van kemudiannya terjunam ke dalam gaung sebagaimana yang tergambar oleh Rahayu.

Dua peristiwa yang mencetus konflik itu telah menyebabkan pengarang memperkenalkan watak Mejar (B) Kamarudin dan Salmah yang merupakan ibu bapa kepada Faridah dan Rahayu. Kehilangan Faridah selepas kemalangan jalan raya memberikan tekanan kepada Salmah. Menambahkan tekanan perasaannya apabila bekas suaminya Mejar (B) Kamarudin telah menghantar Rahayu ke rumahnya di Sungai Besar dalam keadaan lemah akibat penyakit kanser. Tambahan pula Rahayu telah terpisah dengannya sejak usia tujuh tahun. Manakala Mejar (B) Kamarudin pula berasa bersalah setelah mendapat tahu Faridah yang tinggal bersama Salmah telah hilang. Dia berkonflik dengan dirinya sendiri kerana rasa menyesal kerana mengabaikan Faridah selama ini. Atas rasa sayang dan tanggungjawab itu dia telah masuk ke hutan untuk mencari sendiri Faridah setelah usaha pencari dan penyelamat menghentikan operasi. Nasibnya baik kerana Faridah Berjaya ditemui di perkampungan orang Asli di Sungai Dua.

Konflik terus berkembang apabila Rahayu dapat berjumpa dengan kakak kembarnya yang selama ini dirindui di hospital. Namun Faridah dalam keadaan koma. Mereka berjaya bertemu dalam alam psikik apabila Rahayu memegang kuat tangan Faridah. Rahayu merayu Faridah pulang kerana sudah tiba masanya dia akan pergi. Faridah sedar dari koma dan pada masa yang sama Rahayu telah meninggal dunia. Kematian Rahayu telah membuatkan perasaan Salmah tertekan akibat terlalu rindukan Rahayu. Dia melawat kubur Rahayu sehingga dua kali sehari. Keadaan itu amat merisaukan Faridah.

Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini juga agak singkat. Tekanan perasaan dialami oleh Faridah apabila ibunya Salmah semakin uzur. Namun Salmah masih ke sawah. Dalam masa yang Salmah semakin rindukan Rahayu. Perasaan terus tertekan apabila ibunya meninggal semasa dia kejutkan ibunya untuk solat Subuh. Konflik perasaan Faridah sampai ke kemuncak apabila suaminya Ghazali meninggal dunia setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Faridah telah hilang semua tempat bergantung dan hilang semua orang yang disayangi. Tekanan perasaan itu menyebabkan dia membawa diri ke New Zealand.       

Peringkat anti klimaks plot novel ini bermula pada bab 15. Setelah 25 tahun berlalu, Faridah telah dikurniakan dua orang anak hasil daripada perkahwinannya dengan Soleh Johnsons. Faridah telah mendapat kebahagiaan di New Zealand. Namun oleh kerana dia mempunyai jati diri yang tinggi, dia sentiasa rindukan kampung halamannya. Hatinya ingin pulang melihat kampung halaman yang telah lama ditinggalkannya. Cuma dia tidak mempunyai sanak saudara di Sungai Besar untuk dia jadikan alasan pulang ke kampung.

Perkenalan anaknya Anne dengan Zain merupakan jalan penyelesaian terhadap keinginannya selama ini. Dia pulang dan menyewa di CameronHighland untuk berbincang dengna keluarga Zain. Bapa Zain iaitu Azrul yang pernah dikenali dan tinggal sekampung dengannya dahulu telah membuka jalan untuk Faridah mengunjungi kampung halamannya. Perkahwinan Anne dilangsungkan di Sungai Besar. Faridah telah pulang ke rumahnya di kampung. Konflik dalam dirinya terungkai.  Dia Berjaya pulang ke kampung halaman yang selama ini dirinduinya. Dia telah bersolat dan sujud syukur di rumah yang telah lama ditinggalkannya.  



Teknik Plot / Teknik Penceritaan

1. Pemerian
Contoh:
• Gambaran Azrul dan Rahayu yang sedang menikmati sarapan pagi sambil memerhatikan gelagat siswa dan siswi UPM yang lalu lalang di hadapan mereka.

2. Dialog
Contoh:
• Dialog yang pendek-pendek dan pantas antara Azrul dan Rohaya. Mereka
bersoal jawab tentang tugasan yang diberi oleh pensyarah dan program Kempen Save Our River.

3. Imbas kembali
Contoh:
• …”Cukup. Malam tadi dah keluar dengan kawan-kawan ke Kajang
• Tentang peranan dan sejarah Rumah Rehat Sri Berkat suatu masa dahulu. Semasa zaman kolonial, rumah tersebut digunakan untuk berehat oleh pengurus-pengurus ladang.

4. Imbas Muka
Contoh:
• ada kemungkinan mereka meredah hutan dan sesat?” tanya Chief Inspektor Aznil.
• …Buyong membuat andaian bahawa Mejar (B) Kamarudin pasti akan terpesona dengan kawasan Bukit Kutu.

5. Suspens
Contoh:
• Pihak-pihak yang terlibat dalam operasi pencarian Faridah dan Iqbal tertanya-tanya ke manakah hilangnya jasad kedua-dua mangsa.
• kehilangan Benny menimbulkan tanda tanya. Melina membuat laporan polis.
• Azrul menyatakan bahawa dia sudah memiliki gadis pilihannya.

6. Monolog Dalaman
Contoh:
• “Tidak mungkin boleh bertahan hingga pagi,” desis hati kecil Buyung.

No comments :

Post a Comment