advertising

Main @jiefeilau

Monday 2 March 2015

Novel Sukar Membawa Tuah - Plot dan Teknik Plot

Permulaan

Adit, 10 tahun, anak lelaki Pak Katan, kanak-kanak orang Asli. Adit anak yang patuh kepada ibu bapa dengan membantu mereka untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga yang hidup miskin. Adit sudah menyiapkan tali sejak malam sebelumnya dan sanggup meredah hutan sendirian untuk melihat belat di sungai. Dalam usia semuda itu, Adit sangat cekap dan tangkas mengayuh sampan ke hilir. Adit juga mahir mencari damar di celah-celah daun kering. Adit juga sangat berpegang kepada janji kepada Tuk Batin Ahboi dengan tidak menjual ikan kepada orang lain. 

Pak Katan juga bijak merancang pekerjaan dengan mengasah parang hingga tajam sebelum turun ke hutan. Walaupun sudah berusia, Pak Katan masih bertenaga untuk kerja hutan. Pak Katan berjalan pantas hingga Adit tercungap-cungap mengekorinya. 

Mak Tawi pula ibu yang penyayang dan prihatin. Dia menegur perbuatan Adit yang tergesa-gesa minum kopi panas. Mak Tawi cekap menyediakan hidangan untuk seisi keluarga.

Perkembangan

Adit berbeza pendapat dengan pak Katan dari segi impian kehidupan. Adit menyatakan keinginannya untuk bersekolah seperti Akeh, rakan karibnya. Pak Katan pula seperti penduduk kampung orang Asli yang lain tidak menaruh impian besar, melainkan berterung hidup dalam persekitaran leluhur (turun-temurun) mereka di hutan yang terasing daripada dunia luar. Dalam diam, Pak Katan akur akan hasrat Adit, lalu ke pekan untuk menguruskan pendaftaran persekolahan Adit. Mak Tawi pula masih bersikap konservatif dan pesimis. 

Tijah, 13 tahun, anak Tuk Batin memberi sokongan penuh kepada Adit untuk menggapai cita-citanya. Dia sanggup mendengar luahan perasaan Adit dan menunggu sehingga Adit selesai mandi di sungai.

Konflik

Masalah timbul apabila Adit tidak mendapat tempat tinggal di asrama. Adit juga harus mula belajar dalam darjah satu, berbanding dengan Akeh yang sudah masuk darjah enam. Impian Adit seperti sudah berkecai.


Klimaks
Mujur Ah Tong, penyelia pembalakan sanggup menumpangkan Adit ke sekolah, sambil Pak Atan, pemandu lori balak sudi mengambil Adit pulang. Pada suatu hari, Adit tidak pulang-pulang ke rumah sedangkan, hari sudah merangkak malam. Gerak hati (sixth sense) Mak Tawi nyata tepat bahawa Adit terbabit dengan kemalangan hingga mengalami kecederaan parah. Gerakan mencari yang diselaraskan oleh Tuk Batin akhir menemui Adit mengerang kesakitan di sebelah mayat Ah Tong di dalam gaung. Adit dimasukkan di Unit Rawatan Rapi dan berada di hospital selama dua bulan sebelum disahkan pulih. Kaki Adit berubah tempang.



Peleraian


Adit murid yang pintar. Dalam tempoh yang singkat, Adit boleh membaca, menulis dan mengira dengan cekap. Dia mendapat tempat pertama dan dibenarkan melompat kelas. Akhirnya, Adit memperoleh 3A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Adit memilih untuk kekal di sekolah harian. Adit menjadi ikutan dan dorongan kepada kanak-kanak orang Asli di kampungnya untuk turut bersekolah...


~ Pemerian ~

Pengarang memerihalkan suasana di persekitaran desa terpencil di kaki Bukit Lokan.

~ Imbas Kembali ~ 

Adit teringat akan Akeh yang menceritakan pengalamannya selama tinggal di asrama.

~ Dialog ~

“Saya katan,” jawab Pak Katan.
"Ada apa kamu datang malam-malam ni?" tanya Tok Batin lagi.

~ Monolog ~

“Bersungguh-sungguh benar Adit hendak ke sekolah. Bagaimana lagi cara untuk membantu Adit itu. Aku buntu. Aku kasihan melihat Adit yang kecewa kerana tidak dapat belajar. Sebagai bapa, aku harus mencari jalan,” bisik hatinya sambil fikirannya melayang memikirkan cara menyelesaikan masalah itu.

~ Suspens ~

Adit tidak pulang-pulang dari sekolah meskipun hari telah malam.
Penemuan jip yang dinaiki oleh Adit dan Ah Tong yang terbalik di bawah gaung. Namun setelah jip itu diangkat, baik Adit mahupun Ah Tong tiada di dalam jip itu.

~ Kejutan ~

Ah Tong ditemui mati setelah jipnya terbabas ke dalam gaung.

No comments :

Post a Comment