advertising

Main @jiefeilau

Wednesday 20 May 2015

Sajak Kata-kata



Maksud Sajak

Rangkap 1: Kita perlulah mempertahankan maruah diri dengan menggunakan kebijaksanaan berhujah sekiranya dihina orang.

Rangkap 2: Apabila diherdik, kita mestilah berusaha untuk mempertahankan diri.

Rangkap 3: Martabat bangsa dan kedaulatan negara dapat kita pertahankan dengan menggunakan kebijaksanaan berhujah dan berfikir.

Rangkap 4: Kemerdekaan yang kita kecapi ialah hasil kebijaksanaan para pemimpin kita berhujah dan berunding. Negara kita mencapai kemerdekaan bukannya melalui pertumpahan darah.

Rangkap 5: Penyajak menyeru generasi muda agar menggunakan kebijaksanaan berhujah jika menginginkan kehidupan mereka lebih terjamin.

Tema
Tema sajak ini ialah maruah dan jati diri yang perlu dipertaruhkan dengan kebijaksanaan kata-kata.

Persoalan
(a)    Kebijaksanaan berhujah amat diperlukan agar tidak mudah ditewaskan musuh.
(b)   Perundingan dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan.
(c)    Kebijaksanaan berhujah mampu mengangkat martabat bangsa dan negara.
(d)   Keberanian berdebat secara bijak.

Nada
Patriotik

Bentuk
(a)    Berbentuk bebas.
(b)   Terdiri daripada lima rangkap.
(c)    Rangkap pertama mempunyai empat baris, rangkap kedua mempunyai empat baris, rangkap ketiga mempunyai empat baris, rangkap keempat mempunyai dua baris dan rangkap kelima mempunyai tiga baris.
(d)   Bilangan katanya dua hingga lima patah kata sebaris.
(e)   Terdiri daripada empat hingga lima belas suku kata sebaris.
(f)     Rima akhir rangkap pertama ialah aaaa, rima akhir rangkap kedua ialah aaaa, rima akhir rangkap ketiga ialah aaaa, rima akhir rangkap keempat ialah aa dan rima akhir rangkap kelima ialah aaa.

Unsur-unsur Bunyi
(a)    Asonansi (pengulangan vokal a). Contohnya: lawan kata dengan kata, jangan kerana putus kataAduhaanakanda.
(pengulangan vokal e). Kita merdeka bukan kerana senjata.(pengulangan vokal u). Contohnya: kalau hidup mahu terbela.
(b)   Aliterasi (pengulangan konsonan h). Contohnya: Pertahankanlah maruah kita.
(pengulangan konsonan k). Contohnya: Kita merdekkerana bijak kata.
(pengulangan konsonan p). Contohnya: dengan kepantasan kata daripada kepala.

Gaya Bahasa
a)      Anafora (pengulangan kata pada awal baris). Contohnya, kata ini pada rangkap ketiga baris 1 dan 2; frasa kita merdekapada rangkap keempat baris 1 dan 2.
b)      Epifora. Contohnya, kata kata pada rangkpa pertama baris 1, 2 dan 4; kata kita pada rangkap ketiga baris 1 dan 2.
c)       Sinkope. Contohnya, tak.

Nilai
(a)    Keberanian. Contohnya, berani dalam mempertahankan hujah.
(b)   Kebijaksanaan. Contohnya, bijak berfikir dan berhujah.
(c)    Kegigihan. Contohnya, tidak mudah berputus asa.
(d)   Patriotisme. Contohnya, mempertahankan martabat dan kedaulatan bangsa.

Pengajaran
(a)    Kita hendaklah bijak dan berani mempertahankan hujah.
(b)   Kita hendaklah gigih mempertahankan maruah diri dan maruah negara.
(c)    Kita perlulah berhujah dengan cara bijaksana.

No comments :

Post a Comment