advertising

Main @jiefeilau

Friday 30 January 2015

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Sinopsis Bab 11 - 20

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa





Sinopsis

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

Bab 11: Yakin boleh

Cikgu Nazri menyatakan bahawa pada bulan depan akan diadakan pertandingan syarahan dalam bahasa Inggeris. Adnan menyatakan kesanggupannya untuk menyertai pertandingan tersebut walaupun rakan-rakannya memperlekehkan tindakannya. Cikgu Nazri memuji sikap berani mencuba Adnan walaupun dia masih belum fasih berbahasa Inggeris. Pak Saidi sekeluarga hadir ke tempat berlangsungnya pertandingan syarahan bagi memberikan sokongan moral kepada Adnan. Adnan telah menjadi juara dalam pertandingan syarahan bahasa Inggeris tersebut.


Bab 12: Jaguh Kampung

Perlawanan bola sepak antara Kampung Sungai Merap dengan Kampung Sungai Ramal telah menjadi buah mulut orang ramai. Budin daripada pasukan Kampung Sungai Merap tidak berpuas hati kerana kekalahan di tangan pasukan Kampung Sungai Ramal. 

Mereka mengatur pula perlawanan tinju antara kedua-dua pasukan. Budin daripada pasukan Kampung Sungai Merap akan bertinju dengan Adnan daripada pasukan Kampung Sungai Ramal. 

Akhirnya, Budin dan Adnan bersepakat untuk tidak meneruskan perlawanan tinju itu dan mereka menjadi sahabat. 


Bab 13: Darah Muda

Masyarakat kampung sudah dapat menerima dengan baik anak-anak Pak Saidi belajar di sekolah aliran Inggeris. Pak Saidi berbangga kerana dia berjaya membuka mata orang - orang kampung. 

Adnan berjaya menamatkan pelajarannya dengan cemerlang. Adnan telah terpilih sebagai guru pelatih dan diarah mengajar di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun, bidang perguruan bukanlah menjadi minatnya kerana cita-citanya adalah untuk menjadi askar. 

Adnan semakin berminat untuk mengetahui perkembangan politik tanah air. Minatnya untuk melihat negara ini bebas daripada penjajahan begitu ketara sekali. 


Bab 14: Askar Melayu Diraja

Dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pads 23 Januari 1933, Rang Undang-undang Askar Melayu telah diluluskan. Kerajaan telah menubuhkan pasukan Askar Melayu.

Pihak British sedang mencari anak-anak muda Melayu yang berminat untuk menyertai Askar Melayu yang baru ditubuhkan itu. Adnan tidak melepaskan peluang dan mendaftarkan nama bagi menyertai Askar Melayu.

Adnan akan berangkat ke Port Dickson untuk menjalani temu duga bagi membolehkannya terpilih untuk menjadi askar. Ayah dan ibunya merestui cita-cita Adnan untuk menjadi askar. 


Bab 15: Buku Bertemu Ruas

Adnan terpaksa menahan ejekan dan cemuhan daripada beberapa orang pemuda di kampungnya. Bagi mereka, askar merupakan tali barut orang putih dan pembelot bangsa.

Untuk ke Port Dickson, Adnan bersama-sama dengan tiga orang rakannya yang lain telah menumpang sebuah lori. Setibanya di Port Dickson, mereka berempat terus ke Kem Haig Lines. Perasaan mereka berdebar-debar ketika menjalani proses temu duga. 

Akhirnya, Adnan telah terpilih menjadi tentera. Dia akan menjalani latihan ketenteraan. Kejayaannya telah menjadi buah mulut orang di pelusuk kampung.

Pak Saidi mengadakan majlis doa selamat sempena dengan pemergian Adnan ke Port Dickson untuk menjalani latihan ketenteraan.



Bab 16: Perwira


Seorang pegawai mengalu-alukan kedatangan rekrut-rekrut baharu. Beliau mengucapkan tahniah dan memberikan kata-kata perangsang. 

Daripada 1000 pemohonan, hanya 25 orang yang terpilih dalam pasukan yang digelar pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka merupakan skuad pertama yang akan menjalani latihan ketenteraan. 

Pada 1 Mac 1933, semua rekrut bersedia untuk menjalani latihan ketenteraan. Akhirnya, Adnan berjaya menamatkan latihan ketenteraan selama setahun. Adnan telah terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Adnan telah diarahkan bertugas di Singapura.


Bab 17: Kehidupan Baharu

Adnan telah dinaikkan pangkat sebagai sarjan. Namun begitu, bukan pangkat yang dikejar sebaliknya kewajipan menjalankan tanggungjawab dan amanah perlu diberikan keutamaan. 

Adnan telah dipilih mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di London. Pihak British berpuas hati dengan kegigihan yang ditunjukkan Askar Melayu. Mereka mengambil lebih banyak pemuda Melayu berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu. Bilangannya bertambah menjadi 232 orang.

Adnan telah dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Muda dan dilantik mengetuai Platun ke-7, Kompeni 'C'. Hal ini berdasarkan prestasi cemerlang yang telah ditunjukkannya selama berkhidmat dalam Askar Melayu. Pak Saidi telah menjodohkan Adnan dengan seorang gadis bernama Sophia. 


Bab 18: Berhari Raya di Kampung

Perkahwinan Adnan semakin bahagia apabila dikurniai dua orang cahaya mata. Anak lelaki yang sulung bernama Mokhtar dan yang kedua pula bernama Zainudin. Adnan berkhidmat di Singapura manakala isteri dan anak-anaknya menetap di Kajang. 

Adnan membawa keluarganya berpindah ke Singapura. Dia memulakan tugas baharunya di pangkalan tentera Pasir Panjang.  Isterinya mudah menyesuaikan diri dengan cara hidup di tempat baharu. Jiran-jirannya terdiri daripada isteri anggota tentera yang berkhidmat di sana. 


Bab 19: Perang Dunia Kedua

Berita yang mengejutkan diterima oleh Adnan. Ada ura-ura mengatakan bahawa Jepun akan menyerang Tanah Melayu dan Singapura.

Adnan terpaksa menghantar Sophia dan anak-anaknya pulang ke kampung bagi menjamin keselamatan mereka walaupun hatinya berat untuk berpisah daripada mereka. Sophia berjanji akan menjaga anak-anak mereka dengan baik.

Nordin yang suatu ketika dahulu kerap memusuhi Adnan kini telah berubah. Dia menjadi tentera dan rakan setugas Adnan.  


Bab 20: Bukit Candu

Adnan telah diarahkan bertugas di Bukit Candu yang terletak di kawasan berbukit di sebelah timur yang menghadap ke laut. Leftenan Adnan telah mengarahkan anggota tenteranya menggali lebih banyak parit untuk dijadikan kubu. Guni-guni pasir diletakkan di sekitar kawasan Bukit Candu. 

Leftenan Adnan dan Sarjan Hasan telah bertemu dengan Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk kampung yang enggan berpindah. 

Samad bertengkar dengan Penghulu Sidek. Dia mengatakan bahawa bukannya Jepun yang mahu menjajah Tanah Melayu tetapi British yang mahu menguatkan cengkaman penjajahannya. 
















Novel Merenang Gelora - Latar Masyarakat

Latar Masyarakat

i. Masyarakat yang prihatin terhadap anak

Contoh, Encik Tan menguruskan kemasukan anaknya, Meng Kong ke asrama supaya Meng Kong berdisiplin dan berjaya dalam peperiksaan.

ii. Masyarakat yang bijak menguruskan masa

Contoh, Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi agar tidak tertinggal bas.

iii. Masyarakat pelajar yang rajin belajar

Contoh, Badri, Siew Mei dan Taufik bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.

iv. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas

Contoh, Badri sebagai seorang pengawas membuat rondaan di kawasan sekolah pada setiap pagi.

v. Masyarakat guru yang tegas dan adil

Contoh, Cikgu Jalani dapat menyelesaikan masalah disiplin pelajar dengan berkesan.

vi. Masyarakat pelajar yang terjebak dengan gejala sosial

Contoh, Shahrul, Kumar dan Meng Kong melepak di kompleks beli-belah dan Shahrul bercampur dengan budak-budak motor.

vi. Masyarakat yang bekerjasama menyelesaikan masalah

Contoh, Lokman dan badri bekerjasama untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti Shahrul dan Kumar.

vii. Masyarakat yang emosional

Contoh, Shahrul cepat melenting apabila ditegur.



Anda mungkin meminati juga: 



-Novel Merenang Gelora Biodata Penulis

-Novel Merenang Gelora Gaya Bahasa 


- Novel Merenang Gelora Sinopsis bab


-Novel Merenang Gelora Teknik Plot dan Plot


-Novel Merenang Gelora Tema dan Persoalan


-Novel Merenang Gelora Nilai dan Pengajaran


-Novel Merenang Gelora Watak dan Perwatakan


-Novel Merenang Gelora Latar Tempat


-Novel Merenang Gelora Latar Masa

-Novel Merenang Gelora Latar Masyarakat


Student KoolAid 
xx





Novel Merenang Gelora - Latar Masa

Latar Masa

i. Pagi
• Mak Siti memasak nasi lemak dan sambal sotong

ii. Waktu selepas rehat
• Para pengawas diberikan kelonggaran untuk makan selepas tamat waktu rehat kerana bertugas pada waktu rehat.

iii. Selepas waktu sekolah
• Shahrul, Kumar dan Meng Kong melepak di kompleks beli-belah.

iv. Hari Sabtu
• Meng Kong pergi ke kedai telefon bimbit bapanya untuk membantu.

v. Pukul 4.00 petang
• Badri sampai ke pasar raya untuk menemui Siew Mei.

vi. Petang
• Shahrul berkumpul dengan budak-budak motor.


Anda mungkin meminati juga: 

Novel Merenang Gelora - Latar Tempat

Latar Tempat

i Tepi tasik
• Badri berjoging untuk latihan pertandingan bola sepak

ii. Pondok kecil
• Shahrul, Kumar dan Meng hong duduk berbincang tentang aktiviti menjual telefon bimbit dan kad prabayar.

iii. Rumah Badri
• Ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan sarapan pagi.

iv. Tempat menunggu bas
• Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah

v. Blok C bagunan sekolah
• Tempat Badri bertugas sebagai pengawas sekolah pada hari yang ditetapkan.

vi. Tandas sekolah
• Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas.

vii. kelas 5 Bestari
• Jamil dan Badri belajar bersama-sama.

viii. Kedai telefon bimbit Encik Tan
• Idham, abang Jamil bekerja sebagai pembantu kedai.

ix. Stor dan kedai telefon bimbit
• Meng Kong mencuri telefon bimbit

x. Rumah Pak alang
• Badri ke rumah pak alang.

xi. Kompleks beli-belah
• Tempat lepak Shahrul, Kumar dan Meng Kong.

xii. Resort Jamil
• Badri dan Jamil bertemu semula setelah Badri menjadi doktor .


Anda mungkin meminati juga:

Novel Merenang Gelora - Tema dan Persoalan

TEMA 

Novel ini bertemakan cabaran dan tangggungjawab seorang pelajar dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas.Tema ini dijelmakan melalui watak utama,Badri yang merempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya.

PERSOALAN

i. Ibu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak yang terlibat dalam gejala sosial.

Contoh: Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya telah terlibat dalam masalah displin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor.

ii. Kasih sayang ibu. bapa terhadap anak-anak

Contoh: Encik Tan memohon kepada pegetua supaya Meng Kong ditempatakan di asrama sekolah supaya anaknya berdisplin dan berjaya dalam peperiksaan.

iii. Hasad dengki dalam persahabatan.

Contoh: Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong dibuang dari asrama

iv. Tanggungjawab terhadap tugas .

Contoh: Badri sebagai pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat dalam kes displin walaupun melibakan kawannya Jamil. 

v. Semangat kerjasama dalam menyelesainya masalah.

Contoh: Siew Mei memberikan maklumat kepada Badri tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam perjualan telefon bimbit secara ansuran kepada pelajar di sekolahnya.

vi. Sikap gigih golongan perlajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan.
Contoh: Badri,Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

vii. Buruk sangka dalam kalangan pelajar.

Contoh: Shahrul,Kumar,Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri sehingga menyimbahkan air ketika Badri di dalam tandas sekolah.

viii. Gejala lumba haram dalam kalangan pelajar.

Contoh: Shahrul dan Aziz terlibat dalam perlumbaan haram sehingga hampir di tangkap oleh polis.

ix. Berdiri untuk mendapatkan pengalaman.

Contoh:Badri dan Taufik bekerja sambilandi resort bapak saudara Badri sementara menungu keputusan SPM.

x. Perpaduan kaum.
Contoh:Badri,Siew Mei,Tufik dan Kumar belajar bersama-sama walaupun mereka berlainan agama dan bangsa.


Anda mungkin meminati juga: 


-Novel Merenang Gelora Biodata Penulis

-Novel Merenang Gelora Gaya Bahasa 


- Novel Merenang Gelora Sinopsis bab


-Novel Merenang Gelora Teknik Plot dan Plot


-Novel Merenang Gelora Tema dan Persoalan


-Novel Merenang Gelora Nilai dan Pengajaran


-Novel Merenang Gelora Watak dan Perwatakan


-Novel Merenang Gelora Latar Tempat


-Novel Merenang Gelora Latar Masa

-Novel Merenang Gelora Latar Masyarakat


Student KoolAid 
xx


Novel Merenang Gelora - Watak dan Perwatakan

Kajian Novel Merenang Gelora (K2) - Bahasa Melayu Tingkatan 3 - PMR. Berikut ini adalah contoh garapan Watak Dan Perwatakan untuk novel Merenang Gelora.

Watak ialah pelaku atau pemegang peranan dalam sesebuah cereka. Manakala perwatakanpula merujuk kepada ciri-ciri fizikal (luaran) dan ciri-ciri peribadi (dalaman) seseorang itu.


Watak Utama


Badri


  • Anak sulung kepada Mak Siti, abang kepada Badrul.
  • Seorang pengawas sekolah
  • Berperawakan segak, berdedikasi dan berwibawa
  • Bertanggungjawab - sebagai seorang pengawas sekolah, Badri sedar dia harus menggalas tugas berat dan perlu menunjukkan perilaku yang baik
  • Berdisiplin - Badri tidak pernah melanggar peraturan sekolah
  • Menepati masa dan seorang yang sistematik - setiap hari, seawal pukul 6.40 pagi Badri sudah menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.
  • Setia dalam persahabatan - Badri bersahabat baik dengan Jamil dan banyak membantunya dalam pelajaran.
  • Berani menghadapi cabaran - Badri tidak gentar apabila berdepan dengan pelajar yang berlagak samseng, suka melanggar peraturan, ditangkap menggunakan telefon bimbit semasa di sekolah.
  • Rajin mengulang kaji pelajaran - mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar.
  • Berpendirian teguh atau berprinsip - tidak mengendahkan usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.
Watak Sampingan

Shahrul


  • Salah seorang rakan Badri, anak orang berada
  • Berkawan baik dengan Kumar dan Meng Kong
  • Berlagak dan sombong - Shahrul tidak betah tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo.
  • Materialistik - Shahrul terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri semata-mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan berjenama.
  • Suka berfoya-foya - bercampur gaul dengan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah.
  • Berprasangka buruk - menganggap Badri berlagak menjadi pengawas.
  • Panas baran - Shahrul mencekak kolar baju Kumar agar Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.
  • Mudah terpikat dengan gadis cantik - berani membawa keluar Nadira menunggang motosikal.
  • Mementingkan diri sendiri – Shahrul meninggalkan Nadira keseorangan ketika polis cuba menangkap rakan-rakan mat rempitnya.
  • Memperalat orang lain untuk tujuan jahatnya – Shahrul menyuruh Kumar untuk memasukkan sesuatu ke dalam beg Meng Kong supaya Meng Kong dibuang asrama.
  • Pendendam – Shahrul meminta Din untuk memukul Badri bagi melepaskan dendamnya terhadap Badri.
Nadira


  •  Seorang pelajar perempuan baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah yang mengikut ayahnya bertugas di Kuala Lumpur.
  • Sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas 5 Bestari.
  • Tidak berpendirian tegas - Nadira mudah dipengaruhi Shahrul untuk mempercayai kes telefon bimbit yang dijumpai di dalam beg Badri.
  • Mengalami kejutan budaya - setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.
  • Ego dan sombong - bersikap bena tidak bena akan nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah.
  • Tidak mendengar nasihat - Nadira enggan menerima nasihat kakaknya, Nurul Ain yang menegur tentang penampilannya.
  • Tidak menghormati orang lain – meninggikan suara ketika kakaknya menegur tentang pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata.
  • Suka membazirkan masa – sering membazirkan masa dengan bersiar-siar dan melepak di kompleks beli belah bersama-sama Shahrul.
Meng Kong


  • Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.
  • Rakan kepada Shahrul dan Kumar
  • Tidak jujur - Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit lalu dijual kepada pelajar di sekolahnya.
  • Mata duitan atau materialistik - Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.
  • Insaf akan kesalahan yang dilakukan - setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV, dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
  • Patuh dan taat kepada ibu bapa - Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.
Kumar


  • Rakan kongsi kepada Shahrul dan Meng Kong dalam perniagaan menjual telefon bimbit dan kad prabayar kepada pelajar sekolah.
  • Menyimbah air ke atas Badri semasa Badri di dalam tandas.
  • Benci dan marah terhadap Badrul yang menyebabkan telefon bimbitnya dirampas oleh Cikgu Jailani.
  • Mata duitan atau materialistik – Kumar bersama dua rakan karibnya Shahrul dan Meng Kong terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit dan kad prabayar untuk memperoleh wang lebih.
  • Mudah dipergunakan oleh orang lain – Kumar cuba memfitnah Meng Kong supaya Meng Kong dibuang asrama atas arahan Shahrul.
  • Insaf akan kesalahan yang dilakukan – Tidak mahu lagi dipergunakan oleh Shahrul. Sedar bahawa dia telah banyak ketinggalan dalam pelajarn.
  • Berubah menjadi baik setelah beberapa kali diberi sesi kaunseling – mula akrab dengan Badri dan mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
Jamil


  • Kawan baik kepada Badri. Menasihati Badri tentang risiko menjadi pengawas.
  • Terlibat dalam bisnes menjual telefon bimbit terpakai dan kad prabayar yang dijalankan oleh Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
  • Menjauhkan diri daripada Badri setelah Badri mengetahui kegiatannya.
  • Kelurganya menghantar Jamil ke Sarawak setelah mendapati dia mempunyai masalah dengan kumpulan Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
  • Insaf akan kesalahan yang dilakukan - berhenti daripada menjual barangan milik
  • Meng Kong setelah Meng Kong menuduhnya mencuri telefon bimbit.
Cikgu Jailani


  • Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.
  • Tegas - dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.
  • Adil - mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas.
  • Rasional - menyelidiki kes Badri disiram air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg Badri.
  • Bertolak ansur - meskipun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.


Anda mungkin meminati juga: