advertising

Main @jiefeilau

Wednesday 20 May 2015

Seorang Insan Istimewa

MAKSUD

Rangkap
Maksud

1
Penyajak menyatakan seseorang itu tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai seorang insan istimewa atau cacat. Namun siapalah dirinya untuk melawan takdir Tuhan. Segalanya telah ditakdirkan sejak azali lagi dan dia perlu meneruskan kehidupan seharian.
2
Seorang insan istimewa perlu reda dalam menanggung segala kepayahan walaupun dalam keadaan terpaksa. Walaupun ada orang yang bersimpati dengan nasib yang menimpa diri, namun segalanya tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan yang dialaminya.
3
Nasib insan istimewa dianggap sebagai anugerah dan ujian Tuhan kepada hamba-hambanya. Biarpun sukar, mereka tetap mempunyai peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.
4
Penyajak menyeru agar kita membantu dan membimbing insan istimewa dengan hati yang ikhlas kerana setiap kebaikan yang kita lakukan pasti mendapat keredaan Allah.


























TEMA

Dugaan hidup sebagai golongan kelainan upaya. Golongan istimewa 
telah menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

PERSOALAN


i.         Ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan. Walaupun dilahirkan 
sebagai insan istimewa mereka tabah menghadapi ujian Tuhan.
ii.        Tanggungjawab membantu sesama manusia. Sebagai insan 
sempurna kita bertanggungjawab membantu golongan kelainan upaya.
iii.      Bersyukur kepada Tuhan. Golongan kelainan upaya ini 
bersyukur walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa.
iv.      Keyakinan diri menghadapi dugaan Tuhan. Keyakinan diri
insan istimewa dapat mengatasi segala halangan dan dugaan.
v.       Sikap berdedikasi walaupun bergelar insan istimewa. 
Walaupun bergelar insan istimewa sikap dedikasi perlu ditonjolkan
oleh mereka dalam melaksanakan sesuatu perkara.

BENTUK
                                                                                                                                                    
i.            Sajak ini berbentuk bebas.
ii.           Mengandungi empat rangkap.
iii.         Baris-baris ayat dan rima akhir
·         Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabacd.
·         Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabcdc.
·         Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abbbacbb.
·         Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb.

GAYA BAHASA

i.         Repitisi 
Contoh  :  Seorang insan istimewa.
ii.        Anafora 
Contoh    :  sebuah.
iii.      Responsi.
Contoh  :  suatu.
iv.      Asonansi – pengulangan vokal ‘e
Contoh  :  meneruskan kehidupan.
v.       Aliterasi – pengulangan konsonan ‘b
Contoh  :  bantulah, bimbinglah.
vi.      Inversi 
Contoh  :  biar sukar mesti disempurnakan.

NILAI

i.         Nilai keredaan
Contoh: Reda menerima takdir diri yang cacat.

ii.        Nilai ketabahan
Contoh: Tabah menerima takdir diri yang cacat.

iii.      Nilai simpati
Contoh: Bersimpati kepada orang yang kurang upaya.

iv.      Nilai bantu-membantu
Contoh: Bersedia membantu orang yang kurang upaya.

v.       Nilai keikhlasan
Contoh: Membantu orang lain dengan hati yang ikhlas.

vi.      Nilai amanah
Contoh: Membantu golongan kurang upaya merupakan amanah Allah.

vii.    Nilai bertanggungjawab
Contoh: Semua insan yang sempurna bertanggungjawab 
menolong golongan kurang upaya.


PENGAJARAN

i.         Kita haruslah reda menerima takdir sekiranya dilahirkan atau ditakdirkan cacat.

ii.        Kita haruslah menerima takdir yang tersurat terhadap kita.

iii.      Kita perlulah bersedia membantu golongan kurang upaya pada bila-bila masa.

iv.      Kita haruslah ikhlas menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja.

v.       Kita bertanggungjawab membantu golongan kurang upaya seikhlas hati.


Anda mungkin meminati juga:



1 comment :

  1. The new online gaming sites - drmcd
    With a growing list of trusted gambling sites and a 동해 출장안마 dedicated staff, you can be sure to discover some of the 영천 출장안마 best casino gambling sites for  Rating: 당진 출장마사지 4 서귀포 출장마사지 · ‎Review by Dr 제천 출장샵

    ReplyDelete