advertising

Main @jiefeilau

Sunday 3 May 2015

Drama Cabaran

TEMA

 Perubahan sikap dan pemikiran generasi muda dalam mencapai kemajuan. Firdaus dan Yahya mempunyai gagasan fikiran untuk membela nasib masyarakat kampung. Antara perubahan yang cuba diketengahkan adalah dengan menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dengan harapan dapat membela masyarakat.


PERSOALAN
i.        Penentangan arus perubahan. Persoalan ini dapat dilihat daripada watak Zainal yang sentiasa tidak mahu mengikut arus perkembangan.

ii.    Kepentingan berpegang pada janji. Perkara ini dapat dilihat dalam watak Yang Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji semasa berkempen untuk pilihan raya.

iii.       Kepentingan kejujuran dalam memegang amanah. Hal ini dapat dilihat melalui sikap orang-orang yang menggelapkan keuntungan syarikat sehingga kilang padi terpaksa ditutup.

 iv.      Keperluan perubahan sikap dalam masyarakat. Perkara ini dapat dilihat dalam watak-watak seperti Yahya dan Firdaus yang mahukan perubahan dalam masyarakatnya. Contohnya Yahya telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat untuk membantu rakyat desa.


PLOT

Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.

Pembinaan plot

Empat peringkat garapan plot:

 i.        Permulaan

Perbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cabaran dalam kemajuan, ekonomi dan pelajaran. Kemunduran masyarakat adalah disebabkan sikap masyarakat yang suka membuang masa. 

ii.        Perkembangan

Perbualan antara Yahya dan Mariah  tentang sikap  anak-anak muda  mereka yang berbual kosong. Yahya  mencadangkan pengumpulan dana agar dapat menubuhkan yayasan untuk membantu anak-anak ke universiti. 

 iii.       Konflik

 Barisan Pembela Rakyat  Desa ditubuhkan dan telah mengutip wang bagi tabung pelajaran agar  dapat membela nasib rakyat desa. Mereka juga menyediakan kelas pemimpin dan berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama. Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak. Mereka seharusnya sanggup berubah ke arah kebaikan.Firdaus berpendapat bahawa hidup mestilah percaya kepada diri sendiri untuk maju serta berfikir dahulu sebelum membuat keputusan. Yahya menyindir sikap pemimpin yang mudah lupa akan orang bawahan. Yahya teringat kembali ucapan pemimpin yang berjanji untuk menolong orang bumiputera jika mereka menyokongnya. Zainal berpandangan negatif terhadap penglibatan masyarakat Melayu dalam bidang perniagaan.

iv.        Klimaks

Firdaus menegaskan masyarakat Melayu tidak boleh berlembut atau merendah diri lagi. Baginya adat resam yang tidak sesuai harus ditinggalkan sebaliknya  masyarakat harus mencipta generasi yang dinamis dan progresif.

 v.        Peleraian 

Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari kekuatan permuafakatan.


TEKNIK PENCERITAAN

i.        Imbas Kembali

Contoh: Yahya teringat ucapan Yang Berhormat Encik Osman semasa berkempen menjelang pilihan raya sedikit masa dahulu.

ii.        Dialog

Contoh: Firdaus : Salah kita juga Ani. Salah aku. Salah engkau.

             Hani      : Ani tak mengaku salah, Ani.

iii.        Monolog

Contoh: Yahya bercakap pada diri sendiri sambil menyindir Yang Berhormat mudah lupa akan jasa yang dilakukan oleh orang-orang bawahan.


WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Yahya

i.        Ketua Pemuda Parti dan suami Mariah.

ii.        Pemuda kampung bersemangat tinggi. 

Contoh: Yahya mahu masyarakat Melayu berani mengkritik diri sendiri demi mencapai kemajuan

iii.        Berpandangan jauh dan berpendirian tegas. 

Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca-punca kemunduran masyarakat Melayu.

 iv.        Gigih berusaha. 

Contoh: Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa.

Watak Sampingan

Firdaus

i.        Berfikiran positif. 

Contoh:  Firdaus yakin masyarakat Melayu sanggup bertungkus lumus.

ii.        Pemuda yang tetap pendirian. 

Contoh: Firdaus percaya masyarakat Melayu layak menjalankan perusahaan walaupun disanggah oleh Zainal.

iii.        Bijak berhujah. Contoh: Firdaus mematahkan setiap sindiran Zainal. 

Zainal

i.        Berfikiran negatif. 

Contoh: Zainal tidak yakin masyarakat Melayu boleh terlibat dalam bidang perusahaan.

ii.        Mementingkan diri sendiri. 

Contoh: Zainal menganggap setiap individu hanya perlu berusaha untuk diri sendiri.

Osman

i.        Ahli parlimen.

ii.        Pandai berkata-kata. Contoh: Osman dapat mempengaruhi pengundi sewaktu berkempen.

LATAR

Latar Masa

1.            Malam :

Contoh: Beberapa orang pemuda iaitu Yahya, Mariah, Firdaus, Hani. Zainal dan Husin berbual-bual tentang kemajuan masyarakat mereka di rumah Yahya.

2. Petang :

Contoh: Yahya, Zainal, Firdaus dan Husin berbual-bual tentang berita yang tersiar di dada akhbar tentang kerugian Syarikat Kilang Padi di balai raya

Latar Tempat

1.            Rumah Yahya

Contoh: Beberapa anak muda berbual-bual selepas makan malam mengenai pemikiran masyarakat yang tidak mahu menerima perubahan.

2. Rumah Firdaus

Contoh: Hani meluahkan rasa kecewa setelah melihat anak-anak muda menghabiskan masa dengan duduk di tepi jalan.


3. Balai raya

Contoh: Berlaku perbincangan hangat mengenai masyarakat kita perlu menerajui ekonomi kerana perusahaan adalah punca kemajuan sebuah negara.

 Contoh: Perbincangan mengenai masyarakat kita perlu sedar dan bergerak seiring dengan arus perubahan semasa.


Latar Masyarakat


i.       Masyarakat kampung yang tidak mahu berubah. 

Contoh: Yahya menyatakan bahawa penduduk kampung  hanya rajin menanam bunga, tetapi tidak mahu menanam sayur-sayuran.

ii.        Masyarakat yang mahukan perubahan. 

Contoh: Pemuda kampung seperti Yahya dan Firdaus mempunyai pandangan yang jauh untuk mengubah kehidupan penduduk desa.

iii.        Masyarakat yang mementingkan diri sendiri. 

Contoh: Zainal berfikiran sempit dan tidak mahu menerima perubahan

iv.        Masyarakat yang berusaha membela nasib bangsa sendiri. 

Contoh: Yahya dan penduduk kampung telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dan menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama.

v.        Masyarakat yang suka membazir masa. 

Contoh: Ramai pemuda kampung bertenggek di tepi tembok batu dengan membuang masa.  

vi.        Masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama. 

Contoh: Husin dan Firdaus mengaitkan agama dengan cara kehidupan masyarakat sekarang dan mencontohi cara kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W.



GAYA BAHASA

 i.        Peribahasa

Contoh: Hangat-hangat tahi ayam., cakap besar dan tahi tersangkut di gelegar.

 ii.        Kata ganda

Contoh: Tuan-tuan, puan-puan

 iii.        Kata Pinjaman

Contoh: Flasback, transistor


NILAI

 i.        Nilai permuafakatan

Contoh: Yahya dan rakan-rakan berjaya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa bagi membantu masyarakat Melayu kampung mereka.

ii.        Nilai ketegasan. 

Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca-punca kemunduran masyarakat Melayu.

iii.        Nilai kegiigihan. 

Contoh; Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan Barisan pembela Rakyat Desa.


PENGAJARAN

i.        Kita hendaklah menerima perubahan mengikut kesesuaian zaman. 

Contoh: Yahya ingin mengubah masyarakat yang tidak maju dalam bidang ekonomi kepada masyarakat yang pandai berniaga

 ii.        Kita mestilah menunaikan janji. 

Contoh: Yang Berhormat Encik Osman seorang pemimpin yang berjanji kepada masyarakat namun beliau hanya pandai berkata-kata.

iii.        Kita mestilah menjelaskan hutang apabila kita berhutang dengan seseorang. 

Contoh: Masyarakat suka berhutang di kedai runcit tetapi tidak mahu membayarnya.

iv.        Kita hendaklah memanfaatkan masa lapang. 

Contoh: Hani tidak suka melihat remaja kampungnya yang suka melepak.

 v.        Kita hendaklah bijak memilih. 

Contoh: Penduduk kampung lebih suka menanam bunga daripada menanam sayur.

vi.        Kita hendaklah berpandangan jauh. 

Contoh:  Firdaus matang dalam memberi pendapat tentang sikap masyarakat.





No comments :

Post a Comment