advertising

Main @jiefeilau

Thursday 26 February 2015

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Gaya Bahasa

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA - GAYA BAHASA

1. Peribahasa

Contoh: gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati tinggalkan belang.


2. Simile

Contoh: macam ayam berak kapur, seumpama ombak besar menghempas pantai.


3. Metafora

Contoh: api kemarahan, menyentuh jiwa


4. Sinkope


Contoh: "Cakap orang putih pun tak betul, macam mana nak bersyarah?" balas suatu suara yang lain.


5. Bahasa Inggeris

Contoh: Good morning, sir! Yes, No.



Tuesday 24 February 2015

Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)

Rangkap 1
          Apabila terpelihara mata,
          Sedikitlah cita-cita.


Maksud: Apabila seseorang itu berjaya menjaga penglihatannya dengan baik, maka tidak akan timbul pelbagai keinginan yang dapat merosakkannya.


Rangkap 2
          Apabila terpihara kuping,
          Khabar yang jahat tiadalah damping.


Maksud: Apabila seseorang berjaya menjaga pendengarannya dengan baik, berita-berita yang tidak elok dapat dihindarinya. 


Rangkap 3
          Apabila terpelihara lidah,
          Nescaya dapat daripadanya faedah.


Maksud: Apabila seseorang berjaya mengawal pertuturannya, banyak kebaikan akan diperolehnya. 


Rangkap 4
          Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
          Daripada segala berat dan ringan.


Maksud: Apabila seseorang berjaya mengawal anggota tangannya, perkara yang berat dan ringan akan dapat diselesaikannya.


Rangkap 5
          Apabila perut terlalu penuh,
          Keluarlah fiil yang tiada senonoh.


Maksud: Sekiranya seseorang gagal mengawal nafsu makan, maka banyak perkara yang memudaratkan akan timbul.


Rangkap 6
          Anggota tengah hendaklah diingat,
          Di situlah banyak orang yang hilang semangat.


Maksud: Perlunya kebijaksanaan mengawal nafsu syahwat supaya semangat mereka tidak mudah luntur.


Rangkap 7
          Hendaklah peliharakan kaki,
          Daripada berjalan yang membawa rugi.


Maksud: Perlunya mengawal pergerakan kaki agar tidak pergi ke tempat-tempat yang dapat membawa kepada kerosakan.



TEMA   

Nasihat memelihara anggota diri. Gurindam ini memberi nasihat supaya memelihara anggota diri dan berbudi pekerti. 



PERSOALAN   

-Persoalan memelihara penglihatan dalam kehidupan 
Contoh: Kita haruslah menjaga penglihatan dengan baik, supaya tidak timbul pelbagai keinginan yang dapat merosakkannya.

-Persoalan kebaikan memelihara tutur kata 
Contoh: Kita patutlah mengawal pertuturan supaya dapat memperoleh banyak kebaikan

-Persoalan pentingnya memelihara pendengaran
Contoh: Kita mestilah menjaga pendengaran kita dengan baik supaya dapat menghindari berita-berita yang tidak elok. 
-Persoalan pentingnya mengawal nafsu makan
Contoh: Sekiranya kita dapat mengawal nafsu makan, maka kesihatan tubuh badan kita dapat dijamin.



Bentuk dan Ciri-ciri Gurindam

- Terdiri daripada tujuh rangkap
- Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap
- Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara dua hingga tujuh patah perkataan dalam sebaris
- Terdiri daripada lapan hingga lima belas suku kata sebaris
- Rima akhir gurindam ialah aa



Gaya bahasa dan Keindahan Bunyi

- Pemilihan kata yang indah

Contoh: Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita


- Penggunaan bahasa kiasan

Contoh: Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh


-Penggunaan inversi

Contoh: Khabar yang tiadalah damping


- Asonasi (perulangan vokal a)

Contoh: Daripada segala berat dan ringan


- Aliterasi (perulangan konsonan d)

Contoh: Nescaya dapat daripadanya faedah




NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI

1. Nilai Kebijaksanaan
Huraian: Kita haruslah mengamalkan kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata

2. Nilai Kesederhanaan
Huraian: Kita wajarlah menunjukkan kesederhanaan ketika memperoleh rezeki

3. Nilai Kesabaran
Huraian: Kita haruslah bersikap sabar untuk memelihara mata daripada melihat perkara negatif



PENGAJARAN

1. Kita hendaklah memelihara mata dengan bijaksana

2. Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan

3. Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.

Jika anda meminati komsas tingkatan 4, klik di sini


Student KoolAid

xx

Sunday 22 February 2015

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Teknik Plot

Teknik plot merujuk kepada cara atau kaedah pengarang mengembangkan plot cerita supaya menjadi lebih menarik dan menambat hati pembaca. Perkara ini menyebabkan pembaca ingin meneruskan pembacaannya hingga ke penamat cerita. Biasanya, teknik plot yang digunakan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka, kejutan dan saspens. 


Pemerian
Contoh :  Pengarang menggambarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang.  Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya.  Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu

Dialog
“Macamana belajar di sekolah orang putih?  Seronok?”, Tanya Mamat ingin tahu.  (

Imbas Kembali
Contoh :  Koperal Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung tentang pembunuhan kejam  Leftenan Adnan yang digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun setelah kesihatannya pulih.

Imbas Muka
Contoh :Semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar.  Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.
Adnan membayangkan bagaimana rasanya apabila digigit kerengga.  Dia memang selalu digigit kerengga apabila memanjat pokok buah-buahan.  Dan setiap kali digigit kerengga, pasti terasa sakitnya.  Apatah lagi kalau digigit pada bahagian yang paling sulit.

Monolog Dalaman

Saturday 21 February 2015

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Plot


Plot Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat lima peringkat garapan plot iaitu:

Permulaan

Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah.  Adnan mendapat pendidkan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu.  Dia berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.

Perkembangan

Perkembangan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua.  Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir Candu  bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu.  Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital tentera.  Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur.  Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.


Klimaks

Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun.  Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah.  Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu.  Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adanan turut tercedera.  Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.


Peleraian

Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki.  Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal.  Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.





Wednesday 18 February 2015

Novel Wira Persona Avatari - Biodata Penulis

Biodata Penulis


(#muchgorgeous)
Profesor Dr. Ahmad Zaki bin Abu Bakar, 56, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ialah lulusan Diploma Kejuruteraan, UTM (1974), B.Sc (Essex, UK), M.Eng (Calif., USA) 1984, dan Ph.D (UTM) 1989. Selain pengalaman luas dalam bidang akademik, kepakaran teknikal, penyelidikan dan kepimpinan universiti, beliau turut aktif dalam dunia penulisan kreatif dan bahasa. Prof. Zaki pernah mengendalikan ruangan komputer surat khabar Utusan Malaysia antara tahun 1987 - 1991 dengan nama pena Tuk Pepijat. Beliau juga diiktiraf sebagai penulis novel siberberbahasa Melayu yang pertama, dan WPA ialah buah tangan beliau yang kedua, serta menang anugerah novel remaja. Puisi Cyberfriendship nukilan prof Zaki (2001) tersenarai sebagai antara 33 puisi siber terbaik dunia.


Anda mungkin meminati juga:

-Novel Wira Persona Avatari Sinopsis Ringkas

Novel Wira Persona Avatari - Sinopsis Ringkas

Sinopsis Ringkas

Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat rakannya, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Tujuan mereka menyertai pertandingan ini adalah untuk mengulangi kejayaan Pasukan Zamrud yang diketuai oleh ayah Anas, Profesor Fitri yang telah menjadi juara pertandingan Avatari sepuluh tahun dahulu. Sebelum pertandingan, mereka telah menjalani beberapa sesi latihan yang keras seperti latihan silat, latihan kecergasan, dan latihan menempuh halangan yang dijalankan oleh Cikgu Nisah.

Pertandingan Avatari ini ialah pertandingan kembara di ruang siber atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan yang menggunakan rangkaian Internet ini dijalankan serentak di seluruh dunia. Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui oleh setiap pasukan untuk menjuarai pertandingan yang menawarkan hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia ini. Untuk peringkat pertama, seratus pasukan terbaik akan layak ke peringkat kedua. Pada pusingan kedua pula, hanya dua puluh pasukan terbaik yang akan dipilih. Selepas disaring dalam pusingan ketiga, hanya lima pasukan terbaik yang akan meneruskan cabaran ke pusingan yang keempat, iaitu pusingan terakhir.

Pasukan Zamrud II telah berusaha dengan gigih dan berjuang bermati-matian untuk melepasi halangan dan cabaran yang terdapat dalam setiap pusingan. Di samping itu, mereka juga terpaksa menghadapi ancaman dari dalam pasukan sendiri kerana salah seorang ahli pasukan mereka, iaitu Anjali telah mensabotaj pasukan dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari. Masalah menjadi rumit apabila Aina cedera parah akibat ditembak oleh penjahat ketika pasukan mereka bersiap sedia untuk ke pusingan akhir. Namun begitu, semua halangan dan masalah dapat diatasi oleh Pasukan Zamrud II, dan akhirnya pasukan mereka telah menjuarai pertandingan tersebut.




Novel Sukar Membawa Tuah - Sinopsis Ringkas

Novel Sukar Membawa Tuah: Sinopsis Ringkas

Novel Sukar Membawa Tuah karya Suziana Che Will mengisahkan kesukaran hidup Adit yang merupakan seorang remaja daripada kaum Orang Asli tinggal di kawasan pedalaman. Kehidupan mereka hanya bergantung pada hasil-hasil hutan, kampung mereka kekurangan kemudahan infastruktur, tambahan pula Masyarakat di situ tidak mementingkan pendidikan dan masih berpegang teguh pada kepercayaan yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.
Dalam diam-diam Adit menaruh impian untuk bersekolah. Pada mulanya hasratnya itu dibantah oleh ayahnya Pak Katan yang masih mementingkan tradisi kehidupan mereka. Akhirnya Aidit bersekolah juga, namun begitu dia tidak mendapat kemudahan untuk tinggal di asrama. Hal  ini menyebabkan dia terpaksa berulang alik dari rumah ke sekolah setiap hari dengan menumpang kenderaan Ah Tong, pekerja balak. Walaupun terpaksa berulang-alik, Adit tidak pernah ponteng sekolah.  Pada suatu hari Adit ditimpa kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya menjadi tempang. Walaupun cacat, keadaan itu tidak melemahkan semangat Adit untuk meneruskan persekolahannya. Akhirnya Adit ini telah mendapat tempat di asrama.  Dia berkongsi katil dengan sahabatnya Akeh. Adit menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran sehingga mendapat tempat pertama dalam kelasnya.
Kejayaan Adit menyebabkan semakin ramai anak Orang Asli yang bersekolah. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR.  Dia ditawarkan untuk bersekolah di sekolah berasrama penuh, namun begitu Adit menolak tawaran tersebut kerana menyedari kemiskinan keluarganya. Adit  berpendapat walaupun dia belajar di sekolah biasa, dia tetap boleh berjaya asalkan dia rajin berusaha.




xx 

Friday 13 February 2015

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Watak dan Perwatakan

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama: Leftenan Adnan
Watak Sampingan: Pak Saidi, Sophia, Nordin, Samad, Jeneral A.E Percival, Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita dan sebagainya. 

Leftenan Adnan


Fizikal
  • Dilahirkan di kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dan mendapat pendidikan di sekolah Inggeris pekan Sungai Ramal.
  • Anak sulung daripada tiga orang adik beradik.  Bapanya bernama Pak Saidi dan ibunya bernama Mak Milah.
  • Pernah menjadi guru pelatih sebelum memasuki bidang ketenteraan yang bertempat di Kem Latihan Haig Lines Port Dickson.

Dalaman
  • Berani
Contoh :  Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata.
  • Bijaksana.
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
  •  Patriotik
Contoh :  Laftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
  • Rajin
Contoh :  Leftenan Adnan rajin membantu ayahnya bekerja di sawah dan menoreh getah pada setiap pagi walaupun baru berusia 10 tahun.
  • Penyayang
Contoh :  Leftenan Adnan sangat sayang akan isterinya dan berasa sayu ketika ingin meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum dia berangkat ke Singapura untuk berjuang menyekat kemaraan Jepun.
           

Watak Sampingan
Pak Saidi
  • Mempunyai isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah.
  • Tinggal di Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai pesawah.
  • Berpandangan jauh
Contoh :  Seorang yang mementingkan pelajaran anak-anak dengan menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun anak-anak kampung yang lain hanya bersekolah pondok.
  • Bertanggungjawab
Contoh :  Setiap pagi  mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya balik pada waktu tengahari.
  • Rajin
Contoh :  Setiap pagi dia menoreh getah dan mengerjakan sawah.

Sophia
  • Nama sebenarnya ialah Sophia Pakih Muda.
  • Isteri kepada Leftenan Adnan dan mempunyai 3 orang anak.
  • Seorang guru di sekolah Sungai Ramal sebelum berkahwin dan selepas kematian suaminya.
  • Penyayang
Contoh : Seorang yang sangat sayang akan suaminya.  Sophia menangis ketika hendak berpisah dengan Leftenan Adnan sebelum berlepas ke Singapura.
  • Tabah
Contoh :  Tabah dengan kematian suaminya di Bukit Candu.
  • Bertanggungjawab
Contoh :  Menyara anak-anaknya sendiri setelah kematian suami dengan bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah sebelum menjadi guru semula.

Mamat
  • Sahabat baik Leftenan Adnan.
  • Menyertai pasukan askar Melayu.
  • Setiakawan
Contoh :  Tetap berkawan dengan Leftenan Adnan walaupun  Adnan dipulau oleh rakan-rakan yang lain kerana bersekolah Inggeris.

Anda mungkin meminati juga:

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Latar Tempat, Latar Masyarakat, Latar Masa

Latar Tempat

Sungai Ramal.
Contoh : Tempat kelahiran Leftenan Adnan dan tempat Laftenan Adnan dibesarkan.

Kem Latihan Haig Lines Port Dickson
Contoh :  Tempat Leftenan Adnan menerima latihan ketenteraan.

 Pasir panjang
Contoh :  Kompeni C di bawah pimpinan Leftenan Adnan memberi tentangan hebat terhadap tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur.

Bukit Candu
Contoh :  Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri.  Mayatnya digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun.

Alexandria
Contoh :  Benteng terakhir tentera British yang diserang oleh tentera Jepun.
           
Latar Masa

Tahun 1937
Contoh:  Leftenan Adnan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan dan pada tahun yang sama juga dia pergi ke London untuk menyertai upacara pertabalan King George VI.

Tahun 1941
Contoh :  Jepun menjajah Tanah Melayu melalui jalan darat.

Waktu pagi.
Contoh :  Setiap pagi sebelum pergi ke sawah Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.

Waktu malam.
Contoh :  Kompeni C menerima perintah untuk bergerak ke Bukit Candu

Waktu petang.
Contoh :  Tentera Jepun melancarkan serangan berhelah dengan menyamar sebagai tentera India yang berturban.

Latar Masyarakat

Masyarakat kampung.
Contoh :  Pak Saidi dan penduduk kampung menjalani kehidupan di Kampung Sungai Ramal yang bergantung hidup dengan bersawah.

Masyarakat yang mementingkan ilmu.
Contoh :  Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran.

Masyarakat yang berani.
Contoh :  Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.

Masyarakat yang bijaksana.