advertising

Main @jiefeilau

Wednesday 22 April 2015

Hikayat Seri Kelantan

Sinopsis

Seorang raja bernama Encik Siti yang memerintah negeri kelantan ataupun namanya ketika itu ialah Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Beliau merupakan seorang perempuan yang mampu memerintah sebuah negeri yang sangat besar kerajaannya dengan adil dan bijaksana. Namun, Encik Siti ini tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai suami. Encik Siti telah mendengar kabar berita bahawa ada seorang anak raja Jembal yang sangat baik rupanya dan baginda berhajat mahu mengambil anak tersebut daripada Raja Jembal sebagai anak angkat kerana baginda sangat menginginkan seorang anak disebabkan baginda tidak mempunyai anak. Oleh itu Raja Jembal telah menyerahkan anaknya ynag bernama Puteri Sa’dung kepada Encik Siti. Encik Siti sangat menyayangi Puteri Sa’dung dan apabila puteri itu membesar, beliau mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan menjadi dambaan para lelaki. Namun, En Siti telah mengambil langkah menjodohkan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah iaitu anak Raja Jembal. Niat En Siti adalah mahu mencari seseorang bagi menggantikan tempatnya sebagai raja sekiranya baginda meninggal dunia. Majlis perkahwinan Puteri Sa’dung dan Raja Abdullah dijalankan selama empat puluh hari empat puluh malam. 

Setelah berkahwin En Siti menyerahkan takhta negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kepada Sultan Abdullah dan En Siti juga berpindah dari istana tersebut dan membina kerajaan baru. Namun, ada sebuah kerajaan di Siam yang rajanya sangat suka dan berahi kepada Puteri Sa’dung kerana beliau mendengar cerita tentang kecantikan yang dimiliki oleh Puteri Sa’dung. Raja kerajaan negeri Siam telah mengarahkan beberapa orang suruhannya termasuk seorang ahli nujumnya yang bernama Tuk Cha untuk datang ke kerajaan Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung bagi mengambil Puteri Sa’dung kerana raja Siam sudah tidak mampu menahan nafsunya terhadap Puteri Sa’dung lagi. 

Setelah sampai di negeri Tanah Serendah Kebun Bunga, seorang orang suruhan dari Siam datang untuk bertemu dengan Sultan Abdullah untuk menyatakan hasrat mereka datang kemari dan mengambil Puteri Saadong untuk dibawa kepada Raja Siam. Oleh kerana mendengar kata-kata orang suruhan kerajaan Siam itu, Sultan Abdullah sangat marah dan menghalau orang suruhan tersebut dari istana dan orang suruhan Siam kembali ke kapal dengan perasaan sangat malu. Esoknya, orang Siam telah meyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga bagi mengambil Puteri Sa’dung. Namun, dengan kuasa yang ada negeri Tanah Serendah Kebun Bunga berjaya berpindah dari kawasan sebenar ke tengah hutan. Akibatnya, orang Siam tidak dapat mencari negeri tersebut namun dengan bantuan Tuk Cha beliau berupaya menjumpai semula negeri itu. Sekali lagi negeri itu diserang. 

Sultan Abdullah yang tidak mampu menahan serangan itu akhirnya mengambil tindakan pergi bertemu dengan Tuk Cha dan bertanyakan apa sebabnya mereka tidak habis-habis menyerang negeri itu dan setelah diberitahu oleh Tuk Cha, Sultan Abdullah pulang dengan perasaan yang sedih kerana menurut Tuk Cha, mereka mahu mengambil isteri Sultan Abdullah iaitu Puteri Sa’dung untuk dibawa kepada raja mereka. Setelah mendapati suaminya sudah pulang dari kapal Siam, Puteri Sa’dung bertanyakan kepada suaminya apa sebabnya dan Sultan Abdullah menyatakan bahawa tentera Siam mahu mengambil Puteri Sa’dung untuk dibawa ke Siam. Atas rasa bertanggungjawab terhadap rakyat dan mendengar titah suaminya Puteri Sa’dung terpaksa bersetuju untuk dibawa ke Siam. 

Setelah sampai di Siam, Raja Siam telah cuba untuk meniduri Puteri Sa’dung namun belum sempat raja Siam mendekati Puteri Saadong, beliau sempat meludahi di bahagian dada raja Siam. Akibatnya, raja Siam terkena penyakit kayap yang tidak dapat diubati. Setelah mendengar perkabaran daripada Tuk Cha bahawa penyakit kayap raja Siam akan sembuh apabila raja Siam berjauhan dengan Puteri Sa’dung lalu raja Siam mengambil tindakan menghantar semula puteri itu ke negaranya. Setelah Puteri Sa’dung dihantar semula penyakit yang menimpa raja Siam kembali sembuh. 

Setelah sampai di negaranya Puteri Sa’dung mendapat tahu bahawa Sultan Abdullah telah berkahwin lain selepas pemergiannya ke negeri Siam. Akibatnya, Sultan Abdullah tidak mahu menerima Puteri Sa’dung semula lalu berlaku pergaduhan antara mereka yang mengakibatkan kepala Puteri Sa’dung dipenggal oleh Sultan Abdullah dan meninggal dunia. Oleh kerana rasa bertanggungjawab inang-inang telah membawa Puteri Sa’dung dan mengubatinya dengan menggunakan air renjisan mawar yang berada dalam sanggul Puteri Sa’dung. Selepas itu, Puteri Sa’dung hidup semula dan beliau sangat marah dengan Sultan Abdullah dan akhirnya Puteri Sa’dung berjaya membunuh Sultan Abdullah. Setelah itu Puteri Sa’dung meninggalkan istana kota Jelasin dan mencari kawasan baru untuk membina sebuah negeri. Setelah itu, Puteri Sa’dung menyerahkan takhta negeri itu kepada adik iparnya Raja Ibrahim. Namun pemerintahan negeri itu mula bergolak kerana rajanya sangat zalim terhadap rakyat dan ada juga rajanya yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan keamanan negara. Oleh itu, raja negerinya mula bertukar ganti sehingga berlaku pertempuran dan saudara di Kelantan. 

Tema

Keistimewaan seorang puteri raja yang memiliki keistimewaan luar biasa.

Persoalan

-Mengambil hak orang lain – 


Raja Siam sanggup menggunakan kekerasan untuk mengambil hak orang lain iaitu Puteri

 Sa’dung walaupun Tuan Puteri sudah bersuami.

-Kasih sayang antara suami dan isteri – 

Sultan Abdullah dan Puteri Sa’dung sayang antara satu sama lain dan berasa sangat sedih

 ketika hendak berpisah.

-Taat setia kepada raja – 

Rakyat Siam sangat taat kepada rajanya dengan menyerang negeri Tanah Serendah

Kebun Bunga Cerangtegayung walaupun hanya untuk merampas Tuan Puteri Sa’dung 

daripada Sultan Abdullah.



Watak dan Perwatakan

Tuan Puteri Sa’dung

  1. Anak perempuan Raja Jembal.
  2. Dijadikan anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang.
  3. Baginda mempunyai rupa paras yang terlalu cantik sehinggakan Raja Siam ingin memilikinya walaupun sudah berkahwin. 
  4. Baginda memiliki kesaktian yang luar biasa kerana dapat memindahkan seluruh Kota Jelasin ke dalam hutan.

 Sultan Abdullah

  1. Anak Raja Jembal.  
  2. Menjadi pemerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung dan memerintah Kota Jelasin. 
  3. Baginda sayang akan isterinya. Hal ini terbukti apabila baginda sangat sedih apabila terpaksa berpisah dengan isterinya.  
  4. Baginda juga seorang yang sanggup berkorban apabila sanggup menyerahkan isterinya kepada raja Siam demi keselamatan negeri dan rakyatnya.


 Latar Masa



 1. Zaman Pemerintahan Encik Siti

  • Bermula dengan zaman pemerintahan Encik Siti yang aman dan makmur serta mempunyai ramai pengikut

      2. Zaman Pemerintahan Raja Abdullah
  • Pada zaman ini, pemerintahan Sultan Abdullah telah diserang oleh Siam kerana menginginkan Puteri Sa'dung untuk raja mereka iaitu Raja Siam
      3. Zaman Pemerintahan Sultan Ibrahim
  • Zaman pemerintahan selepas Sultan Abdullah dipancung. Pada zaman ini berlaku huru-hara kerana pemerintah yang sangat zalim dan tidak disukai oleh rakyat.  


Latar Tempat 


      1. Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung
  • Tempat pemerintahan Encik Siti
      2. Mahligai
  • Kota baru yang dibina untuk Raja Abdullah dan Puteri Sa'dung. Disini juga tempat jatuhnya Kota Jelasin
      3. Tasik Padang Layang
  • Tempat Raja Abdullah dimakamkan
      4. Negeri Siam
  • Tempat pemerintahan Raja Siam dan tempat Puteri Sa'dung di bawa oleh Tuk Ca untuk bertemu Raja Siam
       5. Bukit Marak
  • Tempat persinggahan Puteri Sa'dung dan wakil-wakil dari Siam yang menghantarnya pulang ke Mahligai
  • Puteri Sa'dung berpindah ke kawasan ini selepas kematian Raja Abdullah.


Latar Masyarakat 


   1. Masyarakat yang menghormati pemerintah
  • Rakyat akan mentaati dan berbuat apa sahaja untuk pemerintah. ini dapat dilihat pada masyarakat Raja Siam.
      2. Masyarakat yang terdiri daripada golongan pemerintah dan pengikut
  • Akan terdapat sultan sebagai pemerintah dan rakyat sebagai pengikut dalam sesebuah organisasi pentadbiran negara.  
      3. Pemerintah yang mengikut hawa nafsu
  • Raja negeri Siam sanggup melanggar negeri Jelasin demi mendapatkan Puteri Sa'dung bagi memenuhi keinginannya mengahwini puteri tersebut.


Gaya Bahasa


1. Pengunaan ayat Al-Quran
  • Contohnya: Bismillahirrahmanirahim wabihi nasta 'inu billahi Taala.
      2. Penggunaan bahasa Melayu klasik
  • Contohnya: cetera, maka, tatkala, alkisah dan sebagainya.
      3. Menggunakan bahasa Istana
  • Contohnya: bonda, ayahanda, dayang.
      4. Penggunaan unsur anafora
  • Contohnya: 
                            maka lalu dipersembahkan oranglah kepada Sultan Abdullah....
                            maka Sultan Abdullah pun sangatlah marahnya...
                            maka utusan Siam pun keluarlah dengan kemaluan yang sangat.

       5. Simile
  • Contohnya: 
                            ...marahnya seperti ular mengeluarkan bisanya.
                            ...merah seperti bunga raya.
                            ...tiadalah siapa-siapa seumpama Sultan Abdullah itu.


Nilai 

1. Setia kepada suami
  • Contohnya: Puteri Sa'dung tidak mahu mengahwini Raja Siam kerana setia kepada Raja Abdullah.
       2. Pemerintahan yang adil
  • Cik Siti memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung dengan adilnya sehingga disayangi oleh semua rakyat jelata.
       3. Taat setia kepada raja.
  • Rakyat Raja Siam menuruti segala kemahuan rajanya walaupun pemerintah itu tidak baik.


Pengajaran 


 1. Perlu pertimbangan yang adil sebelum menjatuhkan hukuman 
  • Sebelum hukuman dijatuhkan, pertimbangan dan kewarasan perlu diambil kira agar hukuman yang bakal dijatuhkan itu tidak berat sebelah dan menganiaya seseorang.
      2. Memerintah dengan adil dan saksama
  • Seorang pemimpin atau pemerintah perlu melaksanakan tanggungjawabnya mentadbir negara dengan adil tanpa menzalimi rakyat.
      3. Menjadi suami yang bertanggungjawab
  • Perlu melunaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang baik kepada seorang isteri.
       4. Menjadi isteri yang taat dan setia kepada suami.
  • Menumpukan sepenuh perhatian dan ketaatan kepada suami serta sentiasa bersedia menempuhi pelbagai kesusahan.


No comments :

Post a Comment