advertising

Main @jiefeilau

Friday 17 April 2015

Sajak Fragmen Sebuah Kehidupan

Maksud Sajak

Rangkap 1: Dadah merupakan musuh utama negara yang merosakkan jiwa dan menyebabkan kematian.

Rangkap 2: Dadah membawa keburukan kepada banyak pihak seperti negarawan, seniman, olahragawan, jutawan, sasterawan, bijak pandai dan pejuang.

Rangkap 3: Dadah telah menghancurkan istitusi keluarga. Sejarah telah membuktikan bahawa Empayar Melaka jatuh angkara dadah. Hal ini bermakna,  dadah telah menghancurkan sebuah tamadun bangsa dan negara.

Rangkap 4: Dalam mengharungi hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan, penulis memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan iman. Matlamatnya agar cita-cita untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang maju akan tercapai.

Rangkap 5: Nasihat penulis  ialah masih banyak yang menanti pada masa akan datang.  Oleh itu, mereka perlulah bijak memilih jalan yang betul dan menghindari jalan yang salah.

Tema
Tema sajak ini ialah dadah membawa banyak kemusnahan kepada banyak pihak.

Persoalan
(a)    Kerosakan jiwa dan kematian akibat dadah.
(b)   Penyalahgunaan dadah mampu merosakkan pelbagai lapisan masyarakat.
(c)    Peranan generasi muda dalam membangunkan negara.
(d)   Kekuatan iman mampu menangkis pengaruh negative.
(e)   Kebijaksanaan dalam memilih antara yang baik dengan yang keji.

Nada
Sinis.

Bentuk

(a)    Berbentuk bebas.
(b)   Terdiri daripada lima rangkap.
(c)    Rangkap pertama mempunyai empat baris, rangkap kedua mempunyai lapan baris, rangkap ketiga mempunyai tujuh baris, rangkap keempat mempunyai tujuh baris dan rangkap kelima mempunyai empat baris.
(d)   Bilangan katanya satu hingga sembilan patah kata sebaris.
(e)   Terdiri daripada dua hingga dua puluh enam suku kata sebaris.
(f)     Rima akhir rangkap pertama ialah aaaa, rima akhir rangkap keduaialah abbbbbbb, rima akhir rangkap ketiga ialah aaabaca, rima akhir rangkap keempat ialah abcdaee dan rima akhir rangkap kelima ialah abcc.

Unsur-unsur Bunyi
(a)    Asonansi. (pengulangan vokal a).
 Contohnya: dewasa mengejar cita-cita, Sahabatku segenerasiku.

(pengulangan vokal i
Contohnya: mari kita pilih jalan lurus ke syurga, rimba di depan kita masih luas terbentang.

(pengulangan vokal u
Contohnya: bekalkan aku kudrat iman yang tulus, kau tidak mengenal anak, bapak, ibu, saudara atau keluarga.

(b)   Aliterasi. (pengulangan konsonan n). 
Contohnya: yang penuh onak dan duri.

(pengulangan konsonan r). 
Contohnya: tegar memburu negara jaya.

(pengulangan konsonan t).
 Contohnya: seperttercatat dalam sejarah.

Gaya Bahasa

(a)    Anafora (pengulangan kata pada awal baris). 

Contohnya: frasa adalah dadah itu pada rangkap pertama baris 2,3 dan 4; frasa angkara dadah telah mati seorang pada rangkap kedua baris 2,3,4,5,6,7 dan  8.

(b)   Metafora. 
Contohnya: lorong hidup, lorong hitam, laut masa depan.

(c)    Sinkope. 
Contohnya: kau, mu, ku.

(d)   Inversi (ayat songsang). 
Contohnya: adalah dadah itu perosak jiwa, angkara dadah telah mati seorang sasterawan.

(e)   Simile. 
Contohnya: seperti tercatat dalam sejarah.
Penggunaan kata seperti merupakan unsur simile bagi sajak ini.

Nilai

(a)    Rasional. Contohnya, bijak memilih jalan yang baik dan menghindarkan jalan yang keji.

(b)   Bertanggungjawab. Contohnya, mempunyai kesedaran untuk memberikan nasihat kepada rakan-rakan agar berhati-hati memilih jalan hidup.

(c)    Patriotisme. Contohnya, berusaha untuk memajukan negara dan tidak mahu dadah menghancurkan negara. 

(d)   Ketakwaan. Contohnya, memohon petunjuk daripada Tuhan.

Pengajaran

(a)    Kita jangan sesekali terjebak dalam kancah penyalahgunaan dadah yang akan membawa kehancuran.

(b)   Sejarah keruntuhan sebuah empayar akibat dadah perlulah dijadikan iktibar.

(c)    Kita perlulah berusaha sambil memohon pertolongan daripada Tuhan.

(d)   Kita perlulah menasihati rakan-rakan agar tidak menjadi mangsa dadah.

(e)   Kita perlulah gigih berusaha untuk memajukan negara.


Anda mungkin meminati juga:

No comments :

Post a Comment