advertising

Main @jiefeilau

Thursday 30 April 2015

Cerpen Budi Semangkuk Daging

Sinopsis

Mengisahkan Puan Ainun yang hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Pada suatu hari, Puan Ainun memberi  setiap orang jirannya semangkuk  daging masak Minang. Semua jirannya memuji  keenakan masakannya kecuali  Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Cik Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau bali pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.


Tema

Kepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian.


Buktinya Puan Ainun, Puan Salbiah, Puan Cheng, dan Cik Punita saling bertegur sapa dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Persoalan

i.        Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.


Contoh:  Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita yang tinggal di satu taman perumahan.


ii.        Larangan dalam agama.


Contoh:  Cik Punita mengembalikan semangkuk daging  pemberian Puan Ainun kerana amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci.


iii.        Dendam yang berpanjangan.


Contoh: Puan Ainun berdendam terhadap Cik Punita yang mengembalikan semangkuk daging pemberiannya.


iv.        Tolong- menolong dalam hidup bermasyarakat.


Contoh: Anak- anak Puan Ainun menyiram pokok- pokok bunga Cik Punita ketika dia balik ke kampung.


Plot

i.        Permulaan


Mengisahkan Puan Ainun seorang yang suka memasak dan mencuba resipi baharu, iaitu daging masak Minang.


ii.        Perkembangan


Puan Ainun meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang jirannya iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah.


iii.        Puncak  


Puan Ainun akhirnya mengetahui  punca Cik Punita mengembalikan masakannya  melalui penjelasan suaminya. Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan daging kerana penganut agama  Hindu tidak boleh  makan daging lembu. 


iv.        Peleraian


Akhirnya Puan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang kepada Cik Punita.


Teknik Penceritaan

i.        Pemerian


Contoh: Memerihalkan peristiwa Puan Ainun mencuba resepi baharu, iaitu daging masak Minang.


ii.        Dialog


Contoh:  Perbualan antara Puan Ainun dengan Puan Cheng tentang masakan Puan Ainun di halaman rumah mereka.


iii.        Imbas Kembali


Contoh: Puan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan yang dijual oleh Cik Punita.


iv.        Saspens


Contoh: Pembaca tertanya-tanya sebab Cik Punita tidak menerima masakan pemberian Puan Ainun.


v.        Monolog Dalaman


Contoh:  Sewaktu Puan Ainun tertanya-tanya di dalam hati sebab Cik Punita tidak menerima pemberiannya.


vi.        Monolog


Contoh:  Puan Ainun mengeluh sendirian memikirkan perbuatan Cik Punita yang menolak pemberiannya.


Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Puan Ainun


 i.          Isteri kepada Encik Hilal.


 ii.         Ibu kepada Shafiq dan Hanif.


 iii.        Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan Salbiah.


 iv.        Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran.


Contoh : Sekiranya Cik Punita pulang ke kampungnya di Ipoh selama beberapa 


hari, Puan Ainun jugalah yang ringan tangan menolong menyiramkan pokok-pokok bunga di rumah Punita. Dia juga menolong mengawasi rumah jirannya itu agar sentiasa  dalam keadaan yang selamat.


 v.        Seorang yang suka memasak dan mencuba sesuatu yang baharu.


Contoh : Puan Ainun mencuba memasak daging masak Minang.


 vi.        Seorang yang mudah kecil hati dan  pendendam.


Contoh: Puan Ainun kecil hati dan berdendam dengan Cik Punita kerana mengembalikan masakan pemberiannya.


 vii.        Insaf akan kesilapannya.


Contoh:  Puan Ainun insaf atas kesilapannya berprasangka buruk terhadap Cik Punita.



Watak Sampingan

Cik Punita


 i.          Jiran Puan Ainun yang berketurunan India dan beragama Hindu.


 ii.         Berusia 30-an tetapi belum berkahwin.


 iii.        Fasih berbahasa Melayu.


 iv.        Berasal dari Ipoh.


 v.         Menjual barangan kesihatan keluaran syarikat jualan langsung.


 vi.        Patuh pada ajaran agamanya .   Contoh : Cik Punita tidak makan daging lembu.


 vii.       Mempunyai semangat kejiranan. Contoh : Cik Punita memberikan buah limau  bali kepada keluaga Puan Ainun.


Encik Hilal


i.        Suami kepada Puan Ainun.


ii.        Bapa kepada Shafiq dan Hanif.


iii.        Menasihati  isterinya yang  menghadapi  masalah dengan jirannya.


iv.        Memahami adat dan budaya masyarakat kaum lain.


 Contoh: Dia menjelaskan bahawa  penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.



Latar

 Latar Masa


i.        Waktu pagiContoh: Puan Ainun  menyidai pakaian di ampaian di halaman rumahnya.


ii.        Waktu tengah hariContoh: Puan Ainun memasak daging masak Minang  untuk makan tengah hari.


 iii.      Waktu petangContoh: Puan Ainun memasak bubur kacang untuk minum petang.


Latar  Tempat


i.         Rumah Puan Ainun.Contoh: Tempat tinggal Puan Ainun, Encik Hilal, Shafiq dan Hanif.


ii.        Kawasan PerumahanContoh: Terdapat rumah Puan Ainun, Puan Cheng, Puan Salbiah dan rumah  


         sewa Punita.



Latar Masyarakat


i.        Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.


Contoh: Terdapat tiga kaum yang diwakili oleh Puan Ainun (Melayu), Puan Cheng (Cina) dan Cik Punita (India).


 ii.        Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan .


Contoh: Puan Ainun sering bertukar-tukar makanan dengan jiran-jirannya dan menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita.


 iii.        Masyarakat yang prihatin terhadap adat, budaya dan agama kaum lain.


Contoh: Encik Hilal menjelaskan kepada Puan Ainun sebab Cik Punita tidak mahu menerima makanan pemberian Puan Ainun.

 Gaya Bahasa

i.         Pengaruh bahasa asing. Contoh:  Penggunaan bahasa Inggeris - best.


 ii.        Perlambangan Contoh:   hatinya berasa kembang. 


iii.        Sinkope Contoh : “ Tak ada. Semuanya saya dah beli semalam,” jawab Puan Ainun


iv.        Simile Contohnya : Sakit hati Puan Ainun makin bertambah bagai dicucuk dengan duri.


v.         Peribahasa Contoh :  Penggunaan pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.


vi.        Kata Ganda Contoh:  Berhari-hari selepas itu Punita tidak juga pulang.



Nilai

i.        Nilai  tolong- menolong.


Contoh:  Puan Ainun  menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita sewaktu ketiadaan jirannya itu.


ii.        Nilai bertanggungjawab.


Contoh: Puan Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti  menolong mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita.


iii.        Nilai kepatuhan.


Contoh: Anak-anak Puan Ainun patuh pada arahannya supaya menghantar juadah kepada jiran-jirannya.


iv.        Nilai keinsafan.


Contoh:  Puan Ainun insaf akan kesilapannya berburuk sangka terhadap Cik Punita.


 v.        Nilai prihatin


Contoh:  Encik Hilal prihatin terhadap adat dan budaya agama lain. Misalnya dia memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.



Pengajaran

 i.        Kita hendaklah menghormati jiran dan adat budaya kaum lain.


Contoh: Encik Hilal memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.


 ii.        Kita mestilah tolong-menolong sesama jiran.


Contoh:  Anak-anak Puan Ainun menolong Cik Punita menyiram pokok-pokok bunga  dan Puan Cheng menawarkan diri untuk menolong  Puan Ainun membeli  barang-barang  kerana dia hendak ke kedai.


 iii.        Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.


Contoh: Puan Ainun menyangka Cik Punita memulangkan makanan kerana marah terhadapnya yang tidak membeli barangan yang dijual oleh Cik Punita.


 iv.        Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik.


Contoh:   Puan Ainun mendidik Shafiq dan Hanif agar bertimbang rasa dan tolong-menolong sesama jiran.


Anda mungkin meminati juga:

No comments :

Post a Comment