advertising

Main @jiefeilau

Tuesday, 27 January 2015

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Nilai dan Pengajaran

Nilai

1. Keberanian

Contohnya, Leftenan Adnan merupakan seorang anggota tentera yang memiliki keberanian yang luar biasa.

2. Cinta akan negara

Contohnya, Leftenan Adnan sanggup melepaskan jawatan guru pelatih dan memohon untuk menjadi tentera.

3. Kasih sayang

Contohnya, Leftenan Adnan amat menyayangi isterinya, Sophia dan dua orang anaknya, iaitu Mokhtar dan Zainuddin.

4. Kerajinan

Contohnya, semasa di sekolah rendah lagi, Adnan rajin membantu ibu dan bapanya.

5. Amanah dan bertanggungjawab

Contohnya, Leftenan Adnan bekerja keras bukan kerana pangkat tetapi kewajipannya sebagai seorang anggota tentera.


Pengajaran

1. Kita perlulah berani mempertahankan negara.

Contohnya, keberanian Leftenan Adnan dan askar Melayu yang lain ketika mempertahankan negara menjadi buah mulut pihak rakan dan pihak musuh.

2. Kita perlulah memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi.

Contohnya, perjuangan Leftenan Adnan dan askar Melayu membuktikan mereka memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi.

3. Kita perlulah memiliki wawasan dan berpandangan jauh.

Contohnya, Pak Said memilih sekolah beraliran Inggeris untuk anak-anaknya kerana dia sedar banyak ilmu pengetahuan yang dapat ditimba di sana.

4. Kita perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.

Contohnya, Pak Said rajin membaca hasil penulisan Syed Syeikh al-Hadi dalam majalah Al Imam dan risalah yang diterbitkannya.

5. Kita perlulah pasrah menerima ketentuan takdir.

Contohnya, Pak Saidi dan Mak Milah pasrah akan kehilangan dua orang anak mereka yang mati dalam pertempuran dengan tentera Jepun.


Anda mungkin meminati juga:

    -Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa Plot

- Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa Teknik Plot


Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa Tema dan Persoalan





-Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa Biodata Penulis


Student KoolAid
xx

Monday, 26 January 2015

Novel Merenang Gelora - Nilai dan Pengajaran

NILAI-NILAI MURNI

1 - Nilai Kasih Sayang

Badri tetap meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira walaupun tahu Nadira tidak akan mempercayai. Hal ini demikian kerana Badri sayang akan masa depan Nadira.

2 - Nilai Ketabahan

Badri tetap dengan tugasnya sebagai pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan,cemuhan, ugutan dan tindakan yang dihadapi dengan tabah 

3 - Nilai Kegigihan

Badri gigih berusaha sehingga memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan SPM 

4 - Nilai Bertanggungjawab

Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan pagi anak-anaknya

5 - Nilai Prihatin

En Tan berusaha mendapatkan tempat di asrama untuk anaknya Meng Kong supaya anaknya berubah dan tidak terjebak dengan gejala sosial.

6 - Nilai Sayang Kepada Seni Warisan Bangsa

Badri mempelajari seni mempertahankan diri iaitu silat dengan Pak alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada.

7 - Nilai Keberanian

Badri tetap ingin berjumpa seseorang yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang terdapat di dalam poketnya.

8 - Nilai Persahabatan

Walaupun Badri,Jamil,Shahrul,Meng Kong,Siew Mei telah ada kehidupan masing-masing namun ingatan persahabatan tetap kekal di sanubari masing-masing



PENGAJARAN


1. Kita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah.

Contoh, Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai seorang pengawas sehingga dia berjaya menyelesaikan masalah disiplin pelajar.

2. Kita haruslah mempelajari seni mempertahankan diri untuk menjaga keselamatan.

Contoh, Badri dapat mengelakkan serangan Shahrul secara spontan dengan menggunakan ilmu silatnya.

3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.

Contoh, Badri dan Siew Mei gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan SPM.

4. Kita mestilah tegas dan adil menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak menganiaya orang lain.

Contoh, Cikgu Jailani menyelidiki secara terperinci penemuan telefon bimbit di dalam beg Badri.

5. Kita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi sesuatu masalah.

Contoh, Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan masalah disiplin pelajar.

6. Kita hendaklah berbincang secara rasional supaya tidak dipengaruhi emosi.

Contoh, Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham iaitu abang Jamil yang bekerja di kedai telefon bimbitnya setelah percaya dengan dakwaan Meng Kong bahawa Idham yang mencuri telefon bimbit dari kedainya.

7. Kita haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan.

Contoh, Meng Kong akur dengan tindakan bapanya untuk tinggal di asrama sekolah.

8. Kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak terus-menerus mengalami kesusahan.

Contoh, Shahru tidak sedar dan insaf sekalipun terlibat dalam kemalangandan dikenakan hukuman rotan di sekolah oleh pengetua.


Anda mungkin meminati juga:

Anda mungkin meminati juga:



-Novel Merenang Gelora Biodata Penulis

-Novel Merenang Gelora Gaya Bahasa 


- Novel Merenang Gelora Sinopsis bab


-Novel Merenang Gelora Teknik Plot dan Plot


-Novel Merenang Gelora Tema dan Persoalan


-Novel Merenang Gelora Nilai dan Pengajaran


-Novel Merenang Gelora Watak dan Perwatakan


-Novel Merenang Gelora Latar Tempat


-Novel Merenang Gelora Latar Masa

-Novel Merenang Gelora Latar Masyarakat


Student KoolAid 
xx

Novel Merenang Gelora - Sinopsis bab

Sinopsis Bab


Bab 1 - Tugas Baharu 

Badri anak sulong daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai seorang pengawas sekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau seorang yang tegas dan berdisiplin. Bercita-cita ingin menjadi pemimpin pada masa hadapan. Jamil merupakan kawan baik kepada Badri, manakala  Shahrul seorang murid yang nakal, Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu yang cantik menjadi rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri dan sebaliknya untuk mendapatkan Siti Cahaya 
Nadira.

Bab 2 – Api Yang Mula Membara

Jamil mengajak Badri melepak di Mastika Mall tetapi ditolak. Mereka berbeza dari segi soal prinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke kedai telefon selalu dikerumuni oleh murid-murid lain. Badri telah disimbah air semasa berada di dalam tandas. Peristiwa itu menjadi heboh di kantin. Nadira menyindirnya. Cikgu Jailani menyiasat kes tersebut. Badri dibenarkan balik ke rumah lebih awal kerana keadaan bajunya yang basah dan berbau. Selepas itu Badri pergi ke perpustakaan untuk menenangkan jiwa dan berjalan-jalan tetapi terserempat dengan Shahrul yang menunggang motosikal dengan Nadira. Badri telah pergi ke rumah Pak Alang dan agak terkejut kerana terserempat dengan Nadira di sana. Pak 
Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah.

Bab 3 – Main Api

Badri dapat mengenali murid yang ada di dalam tandas semasa dia disimbah air berdasarkan tanda lahir yang terdapat di leher murid tersebut. Kumar ditangkap dan dibawa kepada Cikgu Jailani , iaitu guru disiplin. Kumar ditangkap kerana turut membawa telefon bimbit. Ah Chun dan Selva , rakan sekelas Badri yang menyuruh Kumar, Meng Kong dan Shahrul menjual kad prabayar kepada murid-murid di sekolahnya. Kumar telah memberitahu Jamil agar Badri tidak memerhatikan Meng Kong lagi. Nadira memberi amaran agar Badri tidak melaporkan apa-apa kepada Mak Alang. Badri digelar sebagai pelapor. Badri dimalukan dengan dijatuhkan apabila dirempuh dengan kuat oleh Bob dan disindir oleh Kumar serta ditertawakan oleh Nadira. Semasa di dalam bas, dia mendapat nota untuk datang ke pasar raya pada petang itu. Dia ke pasar raya itu dan bertemu dengan Siew Mei yang belum pernah dikenalinya sebelum ini.

Bab 4 – Duri Dalam Daging

Kumar bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Beliau bercerita dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Badri kerana telah ditangkap oleh Badri dan telefonnya dirampas. Kumar masih berdendam dengan Badri.

Bab 5 -  Pertemuan

Badri berjumpa dengan Jamil dan bertanya adakah dia juga terlibat dalam kegiatan menjual  kad prabayar. Semua rahsia itu diceritakan oleh Siew Mei setelah diberitahu oleh abangnya yang bekerja di kedai telefon ayah Meng Kong, iaitu Encik Tan. Hal ini kerana kerap berlaku kehilangan kad prabayar dan telefon di kedai Encik Tan. Badri pula melakukan  sesuatu untuk menyelamatkan Nadira dari terus berkawan dengan Shahrul. Kemungkinan Shahrul turut terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.

Bab 6 – Kemuncak Dunia

Nadira dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya kerana berpakaian sendat untuk keluar pada Sabtu pagi. Nadira menunggu Shahrul dalam keadaan marah kerana selalu lewat, tetapi sering terpujuk oleh kata-kata manis Shahrul. Nadira marah kepada Badri kerana menegurnya berkawan dengan Shahrul. Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar dengan menunggang motosikal. Shahrul bertemu dengan rakannya, mat motor yang selalu berlumba haram. Nadira tidak senang dengan Aziz iaitu salah seorang kawan dalam kumpulan mat motor Shahrul. Mereka telah diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan rakan-rakannya dapat melarikan diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh Shahrul. Akhirnya, Nadira ditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis. Pihak polis menerangkan bahawa Nadira telah berkawan dengan mat rempit yang diburu oleh pihak polis. Ada kalangan mereka yang terlibat dengan jenayah. Nadira dimarahi kakaknya.

Bab 7 – Secantik Sinar

Jamil menjauhi diri daripada Badri. Taufik kawan sekelas Badri ingin mengetahui masalahnya. Badri menyembunyikannya dan memarahinya kerana bersikap menjaga tepi kain orang lain. Taufik memberitahu kejadian yang menimpa Nadira dan Shahrul. Nadira telah ditangkap dan disoal oleh pihak polis. Hal ini telah diketahui oleh pengetua dan menyebabkan Nadira dipanggil untuk menceritakan situasi sebenar kejadian  tersebut. Nadira berjumpa dengan badri di perpustakaan untuk meminta maaf atas kesalahannya terhadap Badri. Nadira menyatakan hasratnya ingin berkawan dengan Badri tetapi Badri serba salah dan malu. Pertemuan dengan Shahrul membuatkan Nadira amat marah kepada Shahrul. Badri dicabar oleh Shahrul.

Bab 8 – Mengharung Badai

Jamil menceritakan kepada Badri yang dia telah dituduh mencuri telefon bimbit di kedai ayah Meng Kong. Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong tidak membuat laporan kepada pihak polis dan sekolah. Dia tidak dapat membela diri. Badri bersyukur kerana Jamil sudah insaf atas perbuatannya. Nadira masih berharap Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan kawan-kawannya, tetapi Badri masih tekad menyelongkar kebenarannya. Siew Mei mengajak Badri berjumpa di bengkel dan menasihati Badri tentang pergaduhannya dengan Shahrul kerana Nadira. Siew Mei meminta Badri membimbing Nadira . Akhirnya Badri bertanya kepada Siew Mei mengapa dia mengambil berat tentangnya. Siew hanya menutup mulut dan lari tergesa-gesa kerana malu.   

 Bab 9 – Rahsia Hampir Terbongkar

Badri mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan mereka untuk terus menjual telefon bimbit dan kad prabayar ketika sedang berjoging di tasik. Mereka agak risau jika Jamil membongkar kegiatan mereka itu. Mereka telah disergah oleh Badri. Shahrul menyerang Badri tetapi dapat dielak kerana Badri mahir dalam ilmu persilatan.

Bab 10 – Semarak Api

Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga tahun mendiaminya. Dia masih lagi rindu akan rumah lamanya yang besar dan mewah itu. Rakan-rakan Shahrul sering menganggapnya daripada golongan yang berada, namun sebaliknya. Dia telah dipanggil oleh Cikgu Jailani kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul bertemu dengan Badri yang sedang makan bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia cuba mengungkit rancangan mereka dahulu untuk mengenakan  Badri. Tujuannya adalah untuk memisahkan Badri dengan Nadira. Suatu hari, Shahrul dan Kumar memungut hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapi dibayar separuh sahaja kerana emaknya tidak membenarkan dia membelinya dan meminta dipulangkan kembali. Apabila Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul, telefon tersebut telah jatuh dan dilihat oleh Cikgu Jailani. Amir dibawa ke bilik guru. Amir telah diugut oleh Shahrul dan Kumar agar tidak menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani, sebagai balasan hutang Amir akan dihapuskan.  Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailani untuk menutup rahsia daripada siapa dia membeli telefon itu agar hutangnya lupus.

Bab 11 – Tertangkap

Meng Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam stor tanpa menyedari stor tersebut telah dipasang dengan system CCTV. Dia berpura-pura menunggu Ah Meng. Telefon itu diserahkan kepada Kumar agar tidak dikesan oleh bapanya. Ah Meng telah memainkan semula rakaman CCTV tersebut dihadapan Encik Tan. Encik Tan telah melihat Meng Kong mengambil empat telefon bimbit dari stor itu. Apabila Meng Kong balik dia disuruh berjumpa dengan ayahnya. Ayahnya telah menunjukkan rakaman CCTV kepada Meng Kong lalu Meng Kong meminta maaf dan berharap dia dimaafkan tetapi ayahnya telah menghukumnya dengan menyuruhnya tinggal di  asrama sekolah serta meminta maaf daripada pengetua sekolah iaitu Encik Baharom. Akhirnya, mereka bertiga, Shahrul, Meng Kong dan Kumar tertangkap dan dikenakan hukuman tiga sebatan setiap orang. Meng Kong ditempatkan di asrama. Badri meminta Taufik memerhatikan Meng Kong.

 Bab 12 – Suasana Baharu

Meng Kong mengikuti rutin jadual di asrama walaupun dia berasa kekok, tetapi atas keramahan Taufik dan Saiful, dia cuba menyesuaikan diri. Dia berasa lega kerana tiada orang bertanya sebab dia tinggal di asrama. Meng Kong mula belajar  dan membuat  kerja sekolahnya mengikut masa dan jadual. Dia menceritakan pengalamannya buat kali pertama dapat menyiapkan kerja rumah kepada Shahrul dan Kumar. Mereka tidak berpuas hati dengan perubahan Meng Kong yang tidak mahu menjual telefon lagi kerana Meng Kong takut dihantar untuk tinggal dengan datuknya yang garang. Shahrul dan Kumar masih mengajak Meng Kong meneruskan usahanya, tetapi Meng Kong tetap menolak. Berlaku pertengkaran antara mereka dan Badri datang meleraikan pertengkaran tersebut dengan membawa mereka berjumpa Cikgu Jailani. Mereka dirotan atas kesalahan tersebut.

Bab 13 – Jiwa Remaja

Badri bersiap-siap dengan kemas untuk keluar berjumpa dengan Nadira. Badri diusik oleh Badrul yang menyatakan abangnya mempunyai  dua orang buah hati  kepada emaknya. Nadira menelefon Badri dan bertanya tentang kelewatannya.  Badri akhirnya datang untuk melihat pementasan teater tersebut. Nadira berasa cemburu apabila mengetahui hubungan Badri dengan Siew Mei. Nadira mengelamun semasa pementasan itu dan  disedari oleh Badri. Setelah pulang ke rumah Badri dimaklumkan oleh Badrul  bahawa Jamil datang mencarinya. Badri menelefon Jamil dan berbual-bual melalui telefon. Mereka berjanji untuk bertemu keesokan harinya namun apabila Badri pergi mencarinya tetapi dia tiada di rumah. Jamil hilang tanpa dapat dikesan walaupun  dia telah bertanya kepada ibu bapa Jamil serta Taufik dan Kumar. Badri menemui Kumar  yang sedang memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong  atas arahan Shahrul supaya  Meng Kong dibuang asrama. Kumar mengikut sahaja arahan Shahrul kerana takut dikasari oleh Sahrul.

Bab 14 – Di Persimpangan

Kumar insaf perbuatannya lalu mengelak diri daripada dihasut oleh Shahrul yang memyebabkan dia terikut-ikut dengan gaya mewah Sahrul. Shahrul tetap bertegas untuk memastikan Kumar masih mahu menjadi ahli kumpulannya dan tidak membocorkan rahsia mereka apabila  Jamil dan Meng Kong tidak lagi terlibat dalam kumpulan mereka. Shahrul tetap memujuk Kumar mengikutnya untuk membalas dendam terhadap Badri.

Bab 15 – Kehilangan Yang Misteri

Kehilangan Jamil menjadi misteri. Walau bagaimanapun, Badri tidak dapat melupakan sahabatnya itu. Kini  Badri sudah berkawan baik dengan Kumar. Badri dikejutkan dengan berita di akhbar yang dibaca oleh Siew Mei tentang kematian Amran iaitu kawan Jamil yang mati ditembak kerana terlibat dengan kes jenayah  dan dadah. Badri risau sekiranya Jamil turut terlibat dalam kes jenayah tersebut.

Bab 16 – Tersayat Pedih

Shahrul ketakutan mendengar berita kematian Amran  dan  mengurung diri serta mencari jalan untuk mendekati Nadira semula sebagai sahabat. Shahrul mula merasakan kehilangan rakan-rakannya dan mula bergaul dengan rakan-rakan yang  lebih dewasa. Apabila melihat Badrul, Shahrul ingin membalas dendam terhadap Badri dengan mengupah Din memukul Badrul iaitu adik Badri. Din tidak mahu terlibat dan hal ini menyebabkan Shahrul marah lalu memecut motosikalnya menyebabkan dia terjatuh. Badrul dan kawan-kawannya menolong menghantar Shahrul ke hospital.  Persahabatan  Kumar dengan Badri menyebabkan Siew Mei tidak berpuas hati. Apabila berjumpa Badri, Kumar menceritakan niat sebenar Shahrul melalui maklumat yang diperoleh melalui Din tetapi Nadira curiga dengan kata-kata Kumar, sebaliknya Siew Mei tidak bersetuju dengan pendapat Nadira yang menyatakan Shahrul telah berubah.

Bab 17 – Mangsa Fitnah

Badri banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran dengan Kumar. Namun begitu Badri kesal dengan sikap Siew Mei yang tidak semesra sebelum ini. Kumar menyatakan ada perasaan cemburu antara Siew Mei dengan Nadira yang ingin merebut hati Badri. Untuk menghindari perasaan tersebut Badri lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji dengan Kumar. Badri  telah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah apabila Cikgu Jailani menemui telefon tersebut di dalam begnya. Badri dibawa oleh Cikgu Jailani ke bilik disiplin. Taufik menyatakan Shahrul telah menyuruh Kumar melakukannya. Badri terkilan kerana Nadira tidak menyokongnya sebaliknya menyalahkannya juga. Berita negatif tersebut masih tersebar walaupun Cikgu Jailani mendapati Badri tidak bersalah. Badri juga disindir oleh Shahrul. Semua rakan menjauhkan diri daripadanya kecuali Siew Mei dan Taufik.

Bab 18 – Pentas Sandiwara

Badri dan Taufik mendengar perbualan Shahrul dan Kumar. Mereka mendapati Shahrul telah mengarahkan Kumar meletakkan telefon bimbit ke dalam beg Badri tetapi Kumar tidak mematuhi arahan tersebut. Hal ini menyebabkan Shahrul berasa marah. Pertengkaran antara Shahrul dan Kumar telah dilihat oleh Lokman dan Badri. Mereka dibawa ke bilik pengawas oleh Lokman, iaitu ketua pengawas. Badri diberi semangat oleh Taufik dan Lokman berkenaan fitnah yang ditabur kepadanya.

Bab 19 – Cerita Baharu

Meng Kong berjumpa dengan Badri, Taufik dan Siew Mei di kantin. Mereka bersimpati dengan nasib Badri.  Badri  menyatakan bahawa Kumar tidak terlibat dalam hal tersebut. Mereka berbincang tentang sikap Shahrul yang tidak serik  dengan kejadian yang telah berlaku kerana ibu bapanya tetap menyokongnya walaupun Cikgu Jailani pernah ke rumah Shahrul memberitahu sikap Shahrul kepadanya.

Bab 20 – Hati Yang Terluka

Hubungan Nadira dan Shahrul kembali mesra. Hal  Ini menimbulkan sedikit rasa cemburu di hati Badri. Semasa mengelamun, Badri tersalah menyebut nama Nadira kepada Siew Mei menyebabkan Siew Mei agak berkecil hati. Doa Badri agar dia ditemukan dengan Nadira untuk mengetahui pandangan Nadira terhadapnya. Akhirnya dia bertemu dengan Nadira yang ditemani Shahrul di rumah Pak Alangnya. Badri menyatakan kesalahan Shahrul telah dikesan oleh Cikgu Jailani menyebabkan Shahrul berasa bimbang. Badri menyindir sikap Nadira.

Bab 21 – Harapan

Shahrul terlibat dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang Nadira. Shahrul menduduki SPM di hospital. Kesan daripada kemalangan tersebut, kaki Shahrul tempang sebelah. Badri meminta maaf kepada Siew Mei akan sikapnya tempoh hari. Badri menyatakan cita-citanya untuk berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia bukan untuk mengejar cinta. Hal ini disokong oleh Siew Mei. Badri, Taufik dan Siew Mei sama-sama belajar untuk menduduki SPM dan berjaya menjawab soalan dengan baik. Selepas tamat peperiksaan, mereka sama-sama berbincang tentang cara untuk menghabiskan masa cuti mereka. Taufik akan mengikut Badri berkerja di resort bapa saudara Badri. Badri dan Siew Mei berjaya mendapat 9A dalam SPM. Taufik pula mendapat 7A. Selepas mendapat keputusan, Badri bergegas pergi membeli tiket untuk balik bekerja semula.  Badri telah memohon kemasukan ke universiti.

Bab 22 – Senja Belum Berlabuh

Pertemuan semula antara Badri dengan Jamil berlaku di resort milik Jamil setelah masing-masing berjaya dalam kehidupan. Mereka mengimbau kembali kenangan lalu. Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM. Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan. Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu. Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap berjaya merenang gelora yang akan mendatang.


Anda mungkin meminati juga:



-Novel Merenang Gelora Biodata Penulis

-Novel Merenang Gelora Gaya Bahasa 


- Novel Merenang Gelora Sinopsis bab


-Novel Merenang Gelora Teknik Plot dan Plot


-Novel Merenang Gelora Tema dan Persoalan


-Novel Merenang Gelora Nilai dan Pengajaran


-Novel Merenang Gelora Watak dan Perwatakan


-Novel Merenang Gelora Latar Tempat


-Novel Merenang Gelora Latar Masa

-Novel Merenang Gelora Latar Masyarakat


Student KoolAid 
xx



Monday, 19 January 2015

Novel Wira Persona Avatari - Latar Tempat

Latar Tempat

 Kompleks Beli-belah Anggun – tempat pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dilangsungkan

 Rumah Profesor Fitri – tempat tinggal Anas dan Aina

 Pusat Permainan Game Star – Anjali dan Sudin bertanding dalam permainan Robot War

 Pangsapuri Pak Cik Ho – Anas dan Aina berkunjung ke pangsapuri Pak Cik Ho untuk berbincang tentang penubuhan Pasukan Zamrud II.

 Kawasan bukit di Batu Layar – tempat Cikgu Pasukan Zamrud II menjalani latihan kembara


Anda mungkin meminati juga:


-Novel Wira Persona Avatari Sinopsis Ringkas


Novel Wira Persona Avatari - Latar Masa

Latar Masa

 Zaman sekarang – golongan remaja bermain permainan 
komputer dan menggunakan
Internet

 Zaman prasejarah – setiap pasukan dikehendaki ke zaman prasejarah secara maya dalam peringkat pertama pertandingan Avatari

 _ Zaman Mesir kuno – pasukan yang layak ke peringkat kedua pertandingan Avatari
mengembara secara maya ke zaman Mesir kuno untuk mencari pelbagai objek harta
karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata yang
diselesaikan oleh peserta.

 Zaman Kesultanan Melayu Melaka – Pasukan Zamrud II memilih untuk ke zaman Kesultanan Melayu Melaka secara maya untuk menghalang Portugis daripada menawan Melaka.



Anda mungkin meminati juga:



-Novel Wira Persona Avatari Sinopsis Ringkas


Sunday, 18 January 2015

Novel Wira Persona Avatari - Latar Masyarakat

Masyarakat bandar yang celik komputer

Contoh: Anas dan Aina melayari Internet untuk mencari maklumat tentang pertandingan
Avatari


Masyarakat elit

Contoh: Anas, Aina, Pauline, Adeen, dan Kumar datang daripada keluarga elit kerana
ayah mereka merupakan jutawan, ahli perniagaan, dan profesor.

Masyarakat bandar yang miskin

Contoh: Anjali ialah anak yatim yang dibesarkan dalam keadaan yang amat daif lagi
mencabar.

Masyarakat yang gemar melakukan jenayah

Contoh: Abang Anjali, iaitu Muthu merupakan ketua samseng yang diarahkan untuk
menimbulkan huru-hara di Pusat Permainan Video Game Star.



Anda mungkin meminati juga:


-Novel Wira Persona Avatari Sinopsis Ringkas


Novel Sukar Membawa Tuah - Latar Masa

Latar masa

Awal pagi:  

-Adit bersedia menemani bapa ke hutan / bersiap ke sekolah / mandi dalam keadaan menggigil



Sesi persekolahan pagi

- Adit berjumpa semula dengan Akeh menerusi pertolongan Pak Kassim



Tengah hari / petang:  

-Adit menumpang lori balak yang dipandu oleh Pak Atan yang peramah



Malam

- Hujan turun mencurah-curah. Atap rumah Adit ditampal dengan kain guni. Tanpa diduga rusa menyerah diri.
          

-  Gerakan mencari Adit dilancarkan oleh Tuk Batin dengan kerjasama seluruh penduduk kampung



Enam tahun berselang / kemudian

- Adit berjaya mencatat keputusan 3A dalam UPSR





Student KoolAid 
xx