advertising

Main @jiefeilau

Saturday 21 February 2015

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Plot


Plot Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat lima peringkat garapan plot iaitu:

Permulaan

Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah.  Adnan mendapat pendidkan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu.  Dia berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.

Perkembangan

Perkembangan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua.  Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir Candu  bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu.  Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital tentera.  Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur.  Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.


Klimaks

Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun.  Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah.  Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu.  Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adanan turut tercedera.  Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.


Peleraian

Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki.  Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal.  Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.





8 comments :

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Saya suka ini blog maaa.....mmg mudah....utk saya ulang kaji maaa...

    ReplyDelete
  3. Yang baca komen aku ni,harap korang dapat buat spm tu betul2...dan aku harapkan korang berjaya didunia mahupun di"sana"

    ReplyDelete
  4. doakan anak ii spm 2020 cemerlang
    dunia akhirat amin

    ReplyDelete