advertising

Main @jiefeilau

Monday 9 February 2015

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Sinopsis Bab 21 - 30

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa


Sinopsis

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.




Bab 21: Di Ambang Perang

Pada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat mengadakan  persidangan di Manila,Filipina. Antara yang hadir Laksamana Thomas C. Hart, pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet), dan Laksamana Sir Thomas Phillips, komander Tentera Laut British, Timur Jauh. Mereka membincangkan mengenai persiapan tentera Jepun untuk menakluk Asia termasuk Tanah Melayu dan Filipina. Masing-masing yakin serangan tentera Jepun itu dapat dipatahkan tambahan pula dengan adanya askar Melayu yang diberi tugas bersama tentera Inggeris mempertahankan Tanah Melayu.

Bab 22: Hati-hati yang Resah

Sebuah pesawat peninjau Lockheed Hudson Australia yang berpangkalan di lapangan terbang Tanah Melayu terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon, Indochina Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan pada mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima buah penjajapdan tujuh buah kapal pembinasa (Ramshaw tersilap melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal tempur). Pada pendapatnya, kapal-kapal tersebut sedang menuju ke arah Thailand yang berkecuali, atau ke Tanah Melayu.

     Situasi merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan meletus. Kedua-dua laksamana itu bertindak dengan segera. Empat buah kapal pembinasa Amerika Syarikat di Balikpapan menerima arahan agar belayar ke laut lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E.F. Palliser dan Panglima Besar Phillips menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk membatalkan pelayarannya ke Darwin, Australia, dan kembali ke Singapura secepat mungkin. Lebih banyak perutusan mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat British diperintahkan agar melakukan lebih banyak penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak Jepun bernasib baik pada hari itu kerana cuaca buruk menghalang pesawat British daripada berlepas. Pada pukul 7 petang, angkatan penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke utara menujui Teluk Siam.


Bab 23: Bermulanya Sengketa


Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu.
Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi  tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan.
Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-=adiknya sambil memberi kata-kata peransang  supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.


Bab 24: Perangkap Tidak Mengena

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit.

Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat.


Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur. 

Bab 25: Gagalnya Operasi Matador

Pada pagi 8 Disember 1941, bertempat dalam Bilik Gerakan Tentera British, Kota Bharu suatu mesyuarat tergempar diadakan. Pemerintah Kor. Jeneral Heath segera menghubungi Ibu Pejabat bagi memaklumkan bahawa tinjauan dari udara di Teluk Siam mendapati adanyanya gerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkla dan Pattani. Tetapi Ops Matador tidak dapat d dilakasanakan kerana Jeneral A. E. Percival yang bertanggungjawab dengan Ops Matador sedang menghadari mesyuarat Majlis Perundangan Negeri Selat. Mereka mendapati Tentera Jepun sudah mendarat di Kota Bharu. Keadaan di Barat, nasi sudah menjadi bubur. Jeneral A. E. Percival menghubungi Panglima Sir Brooke-Popham memaklumkan perkara tersebut barulah Ops Matador dapat dijalankan. Di Kota Bharu kemaraan tersekat di Sungai Kelantan. Pihak Tentera Jepun telah terkorban akibat letupan yang kuat.

 Bab 26Serangan Bertali Arus

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh Tentera Jepun dalam masa yang singkat. Kebanyakan pertahanan telah pun musnah. Empat buah kapal pembinasa yang menjadi kapal pengiring tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka juga diserang oleh kapal terbang Jepun. Jener A.E Percival mengarahkan tentera India British menyerang tentera Jepun. Dalam keadaan kelam kabut, berundur dari Nongka, Panglima Brid. Jen. Garret dilaporkan hilang semasa menyeberangi sungai dan mereka terputus hubungan. Pada masa yang sama, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Pak Saidi mengatakan bahawa Ahmad sudah tiada. Pegawai tentera laut yang membawa berita tentang Ahmad, sudah terkorban di medan perang. Penduduk kampung ramai membaca Yasin untuk Ahmad.

 Bab 27: Perancangan Dua Jeneral

Penduduk Johor Bharu gempar dengan kehadiran ramai Tentera Jepun. Mereka tiba di Johor Bharu setelah hampir sebulan mendarat di Kota Bharu.Pertempuran demi pertempuran telah berlaku dan jatuhnya satu demi satu negeri-negeri di Semananjung Tanah Melayu dalam masa yang singkat Pihak British terpaksa berputih mata dan terpaksa mengundurkan tenteranya ke Singapura. Lalu membuat pertahanan di situ. Panglima Tertinggi British di Timur Jauh Sir Robbert Brooke-Propham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh LT. Jen. Sir Henry Pownall. Petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun. Tentera Jepun telah menawarkan Samad agar berkerjasama dengan mereka untuk membebaskan Singapura , Samad bersetuju dengan tawaran tersebut. Jeneral A. E. Percival agak tertekan dengan keadaan yang sedang melanda. Panglima Tentera Australia Henry Gordon Bennett membuat pemeriksaan kedudukan pertahanan pasukan tenteranya di bahagian Barat Laut. Kapten Rix dan Adnan mengatur persiapan bagi menentang tentera Jepun di Bukit Candu dan Pasir Panjang.

Bab 28: Pertempuran Demi Pertempuran

Serangan mengejut segera dibalas angkatan tentera diraja British. Serangan balas tersebut membuatkan tentera Jepun menggandakan bedilan yang bertubi-tubi. Pasukan tentera India dan tentera British yang bertahantidak berupaya memberikan tentangan berkesan dan terpaksa berundur. Kejayaan tentera Jepun amat menggembirakan hati Jeneral Yamashita. Jeneral Yamashita telah menghantar surat kepada Jeneral A. E. Precival supaya menyerah kalah. Leftenan Adnan akan mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit Candu dengan apa cara sekalipun.

 Bab 29Terus Berjuang

Penghulu Deraman bersama anak-anak buahnya yang terdiri daripada pengawal kampung datang bertemu dengan Leftenan Adnan. Tujuan mereka untuk menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan Askar Melayu menentang Tentera Jepun. Pasukan Rejimen Askar Melayu memilih mengadakan pertahanan di satu rabung dipanggil dengan nama Rabung Pasir Panjang. Jeneral Yamashita berang apabila tiga pengintipnya mati ditembak Askar Melayu. Berita penawanan Askar Melayu dari Kompeni "B" meresahkan Leftenan Adnan. Leftenan Adnan terus bersemangat untuk berjuang hingga ke titisan yang terakhir.



Bab 30: Serangan Balas


Suasana Pagi itu hening Askar Melayu yang tidak bertugas sedang tidur-tidur ayam.Tiba-tiba suasana yang tenang itu dikejutkan dengan satu jeritan. Tentera Jepun sudah menyerang Tanah Melayu. Leftenan Renya memimpin pasukan penggempur memerintahkan orang-orangnya terus melapskan tembakan mortar ke arah pertahanan pihak lawan. Kebanyakan tembakan tepat mengenai sasaran. Jeneral Yamashita bertambah berang, dia mahu pasukannya mencari jalan bagaimana mahu menembusi kubu pertahanan tentera Melayu. Tentera Jepun memakai pakaian tentera Sikh untuk mengelirukan musuh. Dua puluh orang tentera Jepun yang memakai turban telah dibunuh dari jarak yang dekat.





1 comment :