advertising

Main @jiefeilau

Friday 16 January 2015

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Biodata Penulis





Abdul Latip bin Talib, 61, anak Rembau tetapi kini menetap di Jelebu, Negeri Sembilan. Kini, beliau penulis residen PTS Fortuna, sebuah syarikat penerbitan terkemuka tanah air, milik Ainon Mohamad. Abdul Latip dikenali lewat novel-novel sejarah beliau . Novel sejarah Islam beliau berjaya menembusi pasaran negara Brunei yang begitu ketat peraturannya. Pak Latip Juga tidak sunyi daripada kecaman terhadap kesahihan fakta dalam karya novel sejarah beliau. Sejak berkecimpung dalam dunia penulisan pada tahun 1999, Pak Latip telah menghasilkan 50 buah novel, termasuk siri novel sejarah Islam terbitan PTS berjumlah 30 naskhah semuanya. Novel 'Leftenan Adnan' edisi murid ini juga berunsur sejarah dan dilesenkan oleh PTS kepada Mika Cemerlang Sdn. Bhd. selaku penerbit rasmi untuk teks novel komsas tingkatan empat wilayah selatan Semenanjung.




xx

No comments :

Post a Comment