Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan sehingga dia dianggap oleh orang kampung sebagai pemuda bodoh dan tidak berakal.
|
Hafiz/Bujei menghadapi pelbagai masalah setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan nenek kesayangannya. Harun memberitahu penduduk kampung bahawa Hafiz yang menjadi penyebab kematian ibunya. Pandangan serong orang kampung akibat fitnah yang dilemparkan oleh bapa tirinya itu telah menjadikan Hafiz sebagai manusia abnormal. Masyarakat melihat Hafiz sebagai manusia bodoh, dungu dan tidak berakal walaupun kadang kala dia merasakan dirinya bukan seperti yang diperkatakan oleh orang lain.
Hafiz juga menghadapi konflik dengan Alias yang sering memaksanya melakukan pelbagai perkara sesuka hati. Alias sering memaksa Hafiz turun ke dalam sungai dan membenam-benamkan dirinya di dalam lumpur jika Hafiz melihat kelibatnya. Alias juga merosakkan radio yang baharu dibeli oleh Hafiz sehingga memaksa Hafiz bertindak seperti orang hilang akal. Alias akan memukul, menyepak dan menendang jika Hafiz enggan menurut perintahnya.
Hafiz juga tidak mengetahui sebab Opah Arah, iaitu nenek kepada Alias sangat membencinya sehingga apa yang dibuat oleh Alias terhadap dirinya tidak dibantah oleh Opah Arah. Opah Arah menjadi sangat marah kepadanya apabila dia meminta wang ganti daripada Alias setelah dia merosakkan radio yang baharu dibelinya.
Anda mungkin meminati juga:
Novel Sutera dalam Lukisan
|
Hai kawan! Nama saya Jie Fei dan selamat datang ke blog saya! Blog ini merupakan pentas untuk saya berkongsi informasi tentang novel dan komsas KBSM kita dari tingkatan 1 hingga 5. Saya berharap kalian dapat meraih manfaat daripada blog ini dan sila melayar laman web saya yang lain. Kalian dijemput untuk meninggalkan komen. Terima kasih kerana singgah di blog saya! x
Main @jiefeilau
Wednesday, 18 March 2015
Novel Sutera dalam Lukisan - Tema
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment