Rangkap 1
Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.
Seorang lelaki gagah/penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda yang ada di padang dengan cemeti (rotan panjang-alat untuk mengawal kuda) supaya segera masuk ke dalam kandang.
Rangkap 2
Rumput dan jerami terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.
Di dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan dan akan dimakan oleh kuda ketika lapar. Setelah kenyang,kuda-kuda ini tidak sedar dijadikan tunggangan untuk menjejaki kuda yang lain.
Rangkap 3
Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan
Penjaga kuda/ sang gembala kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas . Dia juga bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan. Namun ada juga yang berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan penguasa.
Rangkap 4
Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!
Sang gembala hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira kepenatan kuda yang ditunggangnya.Dia juga hanya mahu kuda yang dapat membawa kemenangan dan tidak menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.Semua kudanya terus ditunggangi berulang kali tanpa belas kasihan.

TEMA
Sajak ini bertemakan kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan
tenaga haiwan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda
tunggangannya. Berbekalkan kuasa yang dimiliki, dengan angkuh
dan berani, penjaga kuda berjaya menakutkan serta mengawal
kuda-kudanya kembali ke kandang. Penjaga kuda hanya
mementingkan diri dan sanggup menggunakan sepenuh tenaga
kuda-kudanya tanpa mempedulikan nasib haiwan tunggangannya
itu.

PERSOALAN
1. Kekuasaan mempengaruhi gaya kepimpinan.
2. Ketegasan dalam memimpin.
3. Penganiayaan terhadap haiwan.
4. Kepatuhan menurut pemerintah.
5. Keberaniaan menempuh cabaran dan rintangan.
6. Kebijaksanaan mengeksploitasi golongan yang lemah.
7. Pasrah dan reda akan ketentuan Ilahi.
BENTUK SAJAK
1. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
2. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
3 . Bilangan barisnya tidak sama, iaitu rangkap pertama ada lima
baris, rangkap kedua ada lima baris, rangkap ketiga ada sebelas
baris, dan rangkap keempat ada lapan baris.
baris, rangkap kedua ada lima baris, rangkap ketiga ada sebelas
baris, dan rangkap keempat ada lapan baris.
4. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata setiap baris.
5. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga tiga belas suku kata.
6. Rima akhir sajak ini bebas/tidak sama; abcdd, abcab, aabccadecc, abaabacc.
GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI
1. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contohnya:
(a) Rembat angkuhnya memacu takut – rangkap 1, baris 3
(b) Meredah onak di rimba perburuan – rangkap 3, baris 5
2. Epifora. Contohnya, perulangan kata ditunggangi – rangkap 4, baris 7 dan baris 8.
3. Repetisi atau perulangan. Contohnya:
Ditunggangi dan ditunggangi – rangkap 4, baris 8.
4. Penggunaan metafora. Contohnya:
(a) Rimba pemburuan
(b) Paya penindasan
(c) Cemeti durjana
5. Personifikasi. Contohnya:
(a) Rembat angkuhnya memacu takut – rangkap 1, baris 3
(b) Pacuannya diiringi seribu keberanian – rangkap 3, baris 4
6. Hiperbola. Contohnya:
Dimamah rakus kala lapar – rangkap 2, baris 3
7. Sinkope. Contohnya:
Tak peduli nasib diri setelah kenyang – rangkap 2, baris 4
8. Inversi. Contohnya:
Dan kuda-kuda itu ditunggangi – rangkap 4, baris 7
Sepatutnya: kuda-kuda itu ditunggangi dan
9. Unsur bunyi:
(a) Asonansi. (perulangan bunyi vokal). Contohnya:
i. sesekali suaranya lebih gempita
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vocal I sebanyak tiga kali.
ii. menentang semua kebobrokan
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vocal e sebanyak tiga kali.
(b) Aliterasi. (perulangan bunyi konsonan). Contohnya:
i. ditunggangi dan ditunggangi!
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan dsebanyak tiga kali.
ii. dia melampar muslihat
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan msebanyak dua kali.
NADA
Sajak ini bernada sinis. Nada sinis sesuai dengan sajak “Sang
Gembala Kuda” yang menyatakan sikap mementingkan diri
penjaga kuda dalam menjalankan tugasnya hingga menganiayai dan
mengabaikan soal-soal penjagaan khusus terhadap haiwan itu.
Gembala Kuda” yang menyatakan sikap mementingkan diri
penjaga kuda dalam menjalankan tugasnya hingga menganiayai dan
mengabaikan soal-soal penjagaan khusus terhadap haiwan itu.
NILAI
1. Nilai tanggungjawab. Contohnya, penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya dengan mengurus makan dan minum secara baik.
2. Nilai keberanian. Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
3. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya detika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
4. Nilai kegigihan. Contohnya, penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu.
5. Nilai kepatuhan. Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh ketua.
2. Kita mestilah berani mengahadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah berputus asa.
3. Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan satu-satu tugas agar kejayaan dapat dikecapi akhirnya.
4. Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi keharmonian sesebuah organisasi.
5. Kita hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.
Jika anda meminati komsas tingkatan 4, klik di sini
terima kasih atas perkongsian saudari, sangat bermanfaat
ReplyDeleteSiapakah aku?
ReplyDelete