advertising

Main @jiefeilau

Wednesday 18 March 2015

Novel Sutera dalam Lukisan - Latar Tempat, Masa, Masyarakat

Latar Tempat


a)              Di rumah Bujei. Di sinilah ibu Bujei meninggal dunia dalam kebakaran.
b)              Di rumah nenek Bujei. Di sinilah Alias merosakkan radio baru Bujei.
c)              Di rumah Sidang Saman. Di sinilah Faizal dating menemui Alias.
d)              Di rumah Alias. Di sinilah Alias membuli Bujei dengan menyuruhya membasuh motosikalnya tanpa memberikan sebarang upah.
e)              Di tebing sungai. Di sinilah Harun telah memukul Bujei kerana Bujei merosakkansurat jual beli tanah.


Latar Masa


a)              Pada waktu subuh, iaitu Bujei terjaga apabila terdengar bunyi azan subuh dan segera mandi dan bersiap .
b)              Pada waktu awal pagi, iaitu Bujei menunggu penoreh getah dengan harapan dapat dia dipelawa mereka membantu menorah getah.
c)              Pada waktu senja, iaituSidang Saman yang lalu di kawasan jambatan terkejut apabila melihat Bujei terjun ke sungai lalu menyuruh Bujei segera pulang.
d)              Pada waktu malam, iaitu Bujei tersedar daripada pensan setelah dipukul oleh bapa tirinya lalu pulang ke rumah.
e)              Tempoh masa selama dua bulan , iaitu Adila telah tinggal di kampung selama dua bulan setelah dia membawa diri kerana tunangnya telah berkahwin dengan gadis lain.


Latar Masyarakat


a)              Masyarakat yang bersimpati terhadap sesama manusia, contohnya, siding Saman dan Mak Lamah sentiasa mengambil berat tentang Bujei dan memberikan makanan kepadanya.
b)              Masyarakat yang mendapat pendidikan di luar Negara. Contohnya, Adila dan Faizal yang menuntut di luar Negara selama limatahun.
c)              Masyarakat yang suka menindas golongan yang lemah. Contohnya, Alias sering membuli Bujei yang dianggap dungu.
d)              Masyarakat yang tamak akan harta dan wang ringgit. Contohnya Harun yang merupakan baa tiri Bujei yang ingin merampas tanah sawah tapak rumah milik arwah ibu Bujei.
e)              Masyarakat yang sabar dalam menghadapi dugaan. Contohnya, Adila tetap sabar dan berusaha memulihkan Bujei walaupun terpaksa menghadapi pelbagai dugaan.
f)                Masyarakat yang mudah mempercayai khabar angin dan berita palsu. Contohnya, penduduk kampung termasuklah Bujei percaya akan kata-kata Alias kononnya Adila menghidap penyakit AIDS.


No comments :

Post a Comment