advertising

Main @jiefeilau

Tuesday 17 March 2015

Novel Sutera dalam Lukisan - Nilai dan Pengajaran

Nilai


a)              Ketabahan. 

Contohnya Bujei tabah menghadapi dugaan yang menimpa dirinya.

b)              Simpati.

 Contohnya, Adila simpati akan nasib Bujei dan berusaha untuk memulihkannya.

c)              Baik hati. 

Contohnya, Mak Lamah sering mempelawa Bujei makan di rumahnya dan melayan 
Bujei dengan baik.

d)              Berdikari.

Contohnya, Bujei hidup berdikari selepas kematian neneknya dengan menolong orang kampung mengumpulkan getah sekerap di kebun getah.

e)              Hemah tinggi. 

Contohnya, Adila mesra dan bersopan santun ketika bercakap dengan Pak Longnya.



Pengajaran


a)              Kita hendaklah adil dalam menjatuhkan hukuman.

 Contohnya, Pak Saman meminta Alias membayar ganti rugi kepada Bujei atas kesalahannya merosakkan radio Bujei.

b)              Kita hendaklah membantu orang yang ditimpa musibah. 

Contohnya, Adila mendermakan darahnya kepada Sahak yang terlibat dalam kemalangan dan memerlukan darah jenis AB yang sukar didapati.

c)              Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sebarang aktiviti. 

Contohnya, Samsul dan Bujei bekerjasama menurunkan khemah setelah majlis perkahwinan Same’ah selesai.

d)              Janganlah mudah terpengaruh dengan kata fitnah dan khabar angina . 

Contohnya, Bujei percaya akan fitnah yang disebarkan oleh Alias iaitu,  kononnya Adila menghidap peyakit AIDS.



Anda mungkin meminati juga:

Novel Sutera dalam Lukisan









No comments :

Post a Comment