advertising

Main @jiefeilau

Tuesday 17 March 2015

Novel Sutera dalam Lukisan - Sinopsis Bab 11 - 20

BAB 11 
     
       Adila meminta Samsul mencari Bujei. Alias meminta Samsul menyampaikan pesan kepada Adila. Dia ingin berjumpa dan mengajak Adila ke bandar. Sidang Saman telah membawa Bujei pulang pada malam itu. Bujei tidur di bangsal. Dia memberitahu Samsul bahawa Harun telah memukulnya. Keesokan hari Adila membawa Same’ah, Bujei, Samsul dan Saniah ke bandar. Samsul menemani Bujei memotong rambut, membeli radio dan pakaian. Apabila pulang ke rumah, Bujei mengemas rumah dan berjanji pada dirinya untuk berubah.

Pada pagi besoknya Alias datang ke rumah Bujei untuk membuli. Bujei melawan menyebabkan Alias marah dan menghempaskan radio Bujei ke lantai. Bujei amat marah lalu menumbuk dan menyerang Alias dengan parang dan meminta ganti rugi. Alias pulang. Tidak lama kemudian orang kampung datang bersama Sidang Saman. Sidang Saman terpengaruh dengan kata-kata Alias menyebabkan dia memarahi Bujei. Setelah mengetahui perkara sebenar, Sidang Saman memaksa Alias membayar ganti rugi sebanyak RM 80 kepada Bujei.

BAB 12       

      Perubahan yang berlaku pada Bujei meyakinkan Adila bahawa Bujei boleh dipulihkan. Mak Lamah mengingatkan Adila tentang hubungan dengan Bujei. Mak Lamah takut Adila difitnah. Pak Imam datang ke rumah Sidang Saman untuk merisik Adila bagi pihak Opah Arah, nenek Alias. Adila menolak. Berita itu sampai ke pengetahuan Bijei menyebabkan dia rasa gelisah.

BAB 13    

         Perasaan Bujei terus gelisah memikirkan hubungannya dengan Adila. Namun dia menyedari dirinya tidak layak bersama Adila. Samsul datang menjemputnya ke rumah Sidang Saman untuk menolong menyiapkan astaka. Keluarga Adila tiba dariKuala Lumpur. Ayah Adila diperkenalkan kepada Bujei. Pada malam majlis perkahwinan Same’ah, Bujei dijemput untuk menyanyi. Nyanyian yang lancar dan suaranya yang merdu membuatkan hadirin terpegun. Dia meninggalkan majlis selepas nyanyian itu.

BAB 14      

       Samsul datang membawa makanan kepada Bujei. Dia menyampaikan pesan ayah Adila, Pak Lang Dahlan supaya datang ke rumah Sidang Saman. Di rumah Sidang Saman, Bujei dilayan dengan baik oleh Pak Lang Dahlan. Faizal datang menghantar Adila.

Pada malam itu Wak Senen datang ke rumah Bujei. Dia menjelaskan kedudukan sebenar tentang tanah pusaka ibu Bujei yang dujual oleh Harun kepadanya. Dia ingin menyerahkannya semula kepada Bujei. Dia juga menasihatkan Bujei supaya jangan jual tanah itu.

Pada keesokan harinya Bujei datang ke rumah Sidang Saman untuk membantu Samsul mengemas. Dia bertanyakan Samsul tentang kedudukan Adila dengan Faizal dan Alias. Selepas mengemas mereka makan laksa.

BAB 15      

       Adila kesunyian setelah Same’ah tiada. Dia memikirkan untuk kembali ke Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun dia keberatan untuk meninggalkan Bujei. Dalam masa yang sama, dia rasa hatinya lebih sakit sekiranya dia kembali ke Kuala Lumpursetelah mengenangkan hubungannya dengan Faizal.

BAB 16        

     Alias datang ke rumah Bujei. Dia memfitnah Adila. Dia memberitahu Bujei bahawa Adila menghidap penyakit AIDS menyebabkan dia membatalkan peminangannya. Bujei percaya dengan fitnah Alias. Bujei tidak berani lagi untuk pergi ke rumah Sidang Saman. Pada hari yang sama Adila mendapat surat layang yang mengandungi fitnah yang sama. Dia tidak dapat menahan kesedihan dan menangis. Adila pulang ke Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun dia bercadang untuk kembali semula ke kampung.

BAB 17        

     Bujei menunggu Samsul pulang dari sekolah dan mengikut Samsul ke rumah Sidang Saman. Samsul menjelaskan kepadanya bahawa Adila tidak sakit. Namun Bujei masih ragu-ragu. Bujei menceritakan kenangan semasa dia dibuli oleh Alias di kedai Pak  Sulong.

BAB 18   

          Dua minggu kemudian Samsul datang ke rumah Bujei. Dia mengajak Bujei ke hospital kononnya untuk melawat Adila yang sakit tenat. Dengan berat hati Bujei datang ke rumah Sidang Saman untuk sama-sama pergi ke hospital. Bujei terkejut berjumpa dengan Adila dalam keadaan sihat di rumah Sidang Saman. Mereka pergi ke hospital untuk melawat Sahak yang cedera kerana kemalangan akibat lumba haram. Adila menderma darahnya kepada Sahak.

BAB 19    

         Alias datang lagi ke rumah Bujei. Dia sekali lagi menghasut Bujei supaya menjauhi Adila yang dikatakan menghidap AIDS. Alias memberi amaran kepada Bujei tentang penyakit Adila yang akan berjangkit kepada Bujei. Bujei akan dihalau dari kampung itu sekiranya dijangkiti. Bujei mencabar Alias menghalau Adila dari kampung itu. Gagal menghasut Bujei, Alias merancang untuk menculik Adila. Kemudian dia memujuk neneknya Opah Arah mendapatkan ilmu pengasih. Alias menjadi tidak siuman.

BAB 20       

      Adila memberitahu hasratnya kepada Mak Lamah dan Sidang Saman bahawa dia ingin memilih Bujei sebagai bakal suaminya. Sebagai menghormati pilihan Adila, mereka setuju. Perkara itu masih dirahsiakan daripada orang lain. Sidang Saman menjelaskan bahawa Bujei belum bersedia menjadi suami kepada Adila. Adila menasihatkan Bujei supaya belajar ilmu agama daripada Sidang Saman. Adila pulang ke Kuala Lumpur untuk mula bekerja.


Anda mungkin meminati juga:

Novel Sutera dalam Lukisan










No comments :

Post a Comment