advertising

Main @jiefeilau

Monday 16 March 2015

Novel Sutera dalam Lukisan - Biodata Penulis

Huraikan biodata penulis novel Sutera dalam 

Lukisan


Novel yang saya pelajari ialah novel Sutera Dalam Lukisan karya Abdul Talib Mohd Hassan. Beliau telah dilahirkan pada 1947. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Laki-Laki Teluk Intan pada tahun 1954 hingga 1957. Beliau kemudiannya menyambung pengajian di Sekolah Rendah Anglo-Chinese, Teluk Intan pada 1958 hingga 1960, sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Horley Methodist, Teluk Intan pada tahun 1960 hingga 1965.

 Selepas mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Harian, Teluk Intan, beliau kemudiannya mengajar di Sekolah Kebangsaan Spang Loi, Johor. Antara karya yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Di Rahang Sumpah (1992), Sutera Dalam Lukisan (1993), Jerebu (1994), Khailee (1997) dan Diari Hati (2005). 

Selain itu, banyak kejayaan yang diperoleh beliau dalam penulisan karya sastera seperti memenangi pertama Sayembara Novel GAPENA pada tahun 1976 menerusi novel Saga serta hadiah tempat kedua Sayembara Novel Hari Guru pada tahun 1977 menerusi novel Pelarian. Beliau juga  memenangi tempat kedua Sayembara Novel GAPENA dan Yayasan Sabah pada tahun 1979 menerusi novel Warisan.

No comments :

Post a Comment