advertising

Main @jiefeilau

Tuesday 17 March 2015

Novel Sutera dalam Lukisan - Sinopsis Bab 1 - 10

BAB 1    
         
  Bujei berada di sungai sehingga senja. Dia sudah biasa berada di sungai itu. Bujei sentiasa terkenangkan bapanya yang meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia dan ibunya berpindah ke kampung. Ibunya berkahwin dengan Harun. Akibat daripada sikap buruk Harun, ibunya meninggal dalam tragedi kebakaran rumah mereka.

BAB 2          

     Bujei pulang ke rumah arwah neneknya setelah hari gelap. Dia menyalakan pelita minyak tanah. Selepas itu dia makan pisang sambil menonton televisyen yang tidak kelihatan apa-apa gambar. Kemudian dia tidur di dalam kelambu yang bertampal-tampal. Menjelang waktu Subuh dia bangun mandi dan bersiap. Dia terus ke simpang jalan dengan harapan ada orang yang akan mengupahnya di kebun getah. Dia tertidur. Dia dikejutkan oleh Kasim dan Husin ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah. Bujei membawa beg mereka dengan upah sedikit makanan dai minuman. Selepas itu dia ke kedai Pak Sulong dengan harapan ada orang yang akan mempelawanya bersarapan. Dia hampa dan tertidur di kaki limakedai.

BAB 3        

       Adila melihat Bujei tertidur di kaki lima kedai semasa dia dan Same’ah dalam perjalanan ke bandar. Adila meluahkan rasa simpatinya kepada Bujei. Dia berpendapat bahawa Bujei tidak harus dilayan sebegitu rupa oleh masyarakat kampung. Adila dan Same’ah teringatkan  peristiwa Adila mula-mula berjumpa dengan Bujei. Adila berasa amat takut kepada Bujei.

BAB 4        

       Alias menyuruh Bujei membersihkan motosikalnya dan berjanji untuk memberi upah satu ringgit. Setelah selesai, Bujei menuntut janji. Alias ingkar malah Bujei mahu ditamparnya. Perbuatan Alias dihalang oleh ibunya sendiri, Mak Som. Mak Som memberikan Bujei minum, sarapan dan wang satu ringgit. Mak Som menasihatkan Bujei agar tidak menurut perintah Alias lagi.

BAB 5            

   Same’ah dan Adila sedang menyiapkan bunga telur di serambi. Mak Lamah, ibu Same’ah berada di dapur. Sidang Saman, ayah Same’ah pulang dari kebun getah. Dia memberitahu Mak Lamah bahawa Harun, bapa tiri Bujei telah pulang ke kampung itu. Sidang Saman dan Mak Lamah risau. Malam itu Same’ah dan Adila bermalam di rumah ibu saudara mereka, Mak Usu Bakyah. Adila menjelaskan bahawa dia pulang kampung kerana kecewa dengan kekasihnya yang telah berkahwin semasa dia menuntut di England.

BAB 6         

      Harun datang ke rumah Sidang Saman untuk meminta Sidang Saman memujuk Bujei supaya menyerahkan kuasa terhadap tanah pusaka milik arwah ibu Bujei kepadanya. Harun juga mahu mengambil balik tanah yang dijual kepada Wak Senen. Harun cubamenyogok Sidang Saman.

BAB 7         

      Bujei telah mendapat tahu tentang kepulangan Harun. Dia cuba mengelak daripada bertemu dengan Harun. Adila meminta Bujei datang ke rumah Sidang Saman. Dengan perasaan malu Bujei bertemu dengan Adila. Mereka berkenalan. Adila menjelaskan tujuannya ingin berbual dengan Bujei. Adila melayan Bujei dengan baik.

BAB 8           

    Pertemuan Adila dengan Bujei diketahui oleh Alias. Alias marah dan datang ke rumah Sidang Saman lalu menghalau Bujei. Alias berkenalan dengan Adila. Dia memburuk-burukkan Bujei membuatkan perasaan Adila terhadap Bujei terganggu. Setelah meninggalkan Adila dan Alias, Bujei pergi ke sungai dan tertidur. Dia dikejutkan oleh Harun untuk memujuk Bujei menurunkan cap jari pada surat menyerahan kuasa atas tanah pusaka ibunya. Cap jari itu rosak dan Bujei dibelasah oleh Harun hingga pengsan di tebing sungai.

BAB 9       

        Petang itu Adila menunggu kedatangan Bujei. Namum Bujei tidak muncul. Tiba-tiba Faizal datang untuk berbincang dengan Adila tentang masa depan mereka. Permintaan Faizal tidak dilayan oleh Adila. Faizal pulang dengan hampa. Bujei sedar daripada pengsan setelah hari malam. Dia pulang dan tidur dalam kesakitan. Keesokan harinya dia semakin sakit dan demam. Dia tidak dapat bangkit  hingga ke malam.

BAB 10    

         Adila risau kerana Bujei tidak datang seperti yang dijanjikan. Namun dia ditenangkan oleh Same’ah. Same’ah menceritakan kenangan lucu tentang Bujei semasa remajanya. Kononnya Bujei jumpa dan membawa bom dalam keadaan marah kepada Alias dan rakan-rakan.


Anda mungkin meminati juga:

Novel Sutera dalam Lukisan









No comments :

Post a Comment